Showing posts with label mother's day. Show all posts
Showing posts with label mother's day. Show all posts

Sunday, 10 May 2020

HAPPY MOTHER'S DAY

Assalamualaikum wbt
Hari ni PKP ke 54: PKP FASA 4 hari ke 12
17 RAMADHAN 2020 BERSAMAAN DGN 10 MEI 2020
Setiap tahun, tarikh 10 Mei ni merupakan Sambutan Hari Ibu buat semua insan yang bergelar ibu di seluruh dunia. Hari ibu ialah pengiktirafan kaum ibu yang disambut pada hari2 berbeza di kebanyakan tempat di serata dunia.Hari ibu ni sama je peranannya dgn Hari Bapa yg mengiktiraf kaum bapa.
Seperti tahun2 sebelumnya, di Malaysia hari ibu akan disambut pada Ahad kedua dalam bulan Mei setiap tahun manakali Hari bapa pula disambut pada Ahad ketiga dalam bulan Jun setiap tahun.

Makanya nak cerita yang hari ni, sempena Hari Ibu pada hari ni, sis dapat cuti masak. Yeay!!!!
en suami tempah makanan dari Ames hotel yang mana makanan dihantar hingga depan pintu rumah. Ye lah kan..musim2 pkp ni, xde tempat yang sesuai utk kita buat sambutan Hari Ibu melainkan di rumah sahaja. Alhamdulillah tempat yang paling selamat utk kita daripada bersesak dgn orang ramai yang kita tak tahu dari mana datangnya mereka. Just Stay at home.

Alhamdulillah...makanan kenyang kami hari ni. dan banyak pulak makanan berlebih. Yelah.. beli set pekej makan utk 4 orang tetapi, makanan yang sampai sis rasa boleh makan untuk 10 orang. mujur ada tempat utk disalurkan makanan tersebut supaya tidak membazir. Alhamdulillah..makanan dikongsi bersama. Jiran depan rumah pulak bagi sebatang lemang dan rendang. Sedap pulak rendang dan lemang tu.. Kalau ikutkan hati sis yang tamak ni, rasa nak makan sorang je lemang tu taknak share dgn org lain. Tapi kena beringat sikit... Jaga badan sis...makan 3 keping je cukup lah.. tupun en suami kata dah over limit ambil lemang tu.. kalori lebih. Hehehehe..takpe sekali sekali.. Haaa banyak lah kala kala nye kan... Ya Allah murah nya rezeki kami hari ni. Syukur Alhamdulillah...






 selepas 50 hari, dapat lah calit bedak dan lipstik sebagai penyeri muka. hari lain, sis dah macam bibik je...
 Ambil gambar sebagai kenangan sambutan hari ibu musim PKP



Sunday, 8 May 2011

Mother's Day Special

Seperti yang diketahui semua...hari ni merupakan hari ibu buat semua ibu2 diseluruh dunia. Yang aku tahu, sambutan ni diadakan pada ahad pertama bulan Mei setiap tahun. Bersempena dengan hari ibu ni..boleh tak ibu2 request nak rehat sepanjang hari..terutamanya bercuti dari berlama-lama di ceruk dapur?.. hehehe..kalau lah boleh kan...? Yang menariknya, suami aku n co. dah plan satu majlis sambutan hari ibu buat kitorang ibu-ibu vouge (heheh jangan ada yg muntah pulak mendengarnya). Walaupun majlis tu simple tapi tetap memberi seribu makna buat kami kaum ibu ni kan. Sesekali diberi penghargaan macam tu, rasa terharu jugak...dan amat merasakan diri ini cukup bererti. Kaum bapa ni plan buat mini gathering kat KFC Fawkner di mana ini je KFC yang halal kat Melben ni. Yang paling tak sangka, siap ada kek dan bunga bagai tau...! Apapun, sukeeee sanggattttt!!!!. Jom layannzzz......

~so sweettt~


~Happy mother's day to us~
~misi mencari bunga idaman~
~inilah dia idaman hati yg dicari..heheeh~

~posing dulu sebelum balik~

Apapun, jutaan terima kasih diucapkan buat kaum bapa yang mengadakan majlis yang cukup bermakna ini...
Aku dedikasikan jugak ucapan Selamat Hari Ibu buat ibu mertuaku, Pn noraini binti Abdullah dan Al-Fatihah buat arwah mak aku, Allahyarhamah Rahmah binti Abdul Kadir yang telah meninggalkan aku sejak aku berumur 12 tahun lagi.. Semoga roh arwah mak dicucuri rahmat dan tergolong bersama orang-orang yang beriman.. Amin...


KUIH KOLEH KACANG 5 Ramadhan

Assalamualaikum wbt 5 Ramadhan 1442/ 17 April 2021 Alhamdulillah.. Sedar tak sedar dah 5 ramadhan hari ni. Hari ni hari Sabtu, sis sekeluarg...