Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts

Monday, 22 June 2015

Trip To Sydney Part 3

Assalamualaikum wbt
Tak tau mana perginya Trip To Sydney part 2, tup tup dah keluar part 3... Trip mula 26/5/2011... Hampir lupa dah tarikh ni.. kena cek balik betul ke tak.. Hehehe...
Di Sydney kami pusing2 masuk Taronga Zoological Sydney.. Ok lah kan kita tengok binatang2 yang rare yang xde di Malaysia...Pada sebelah malamnya, kami melawat Sydney Opera House yang kebetulan ada pertunjukan lampu pada bumbung Opera House ni. Kami pun x masuk lah kat dalam tu.. Just posing2 tepi tu sambil menikmati keindahan malam di Sydney.. Sesuatu yang baru kan.

















Sunday, 21 June 2015

Trip To Sydney Part 1

Assalamualaikum wbt
Ni antara kenangan semasa trip ke Sydney pd 26/5/2011.
Kami pergi dgn 2 lagi kawan kami di sana  iaitu Syed Aris & Suraini dan Sam & Ena.
Kebetulan masa ni mak mertua dan bapa mertua melawat kami di Melbourne. jadi alang-alang, blh la bawak diorg sekali kan.
Perjalanan kami bermula dari Vic ke Sydney. Menaiki 1 van 12 seater dan 1 kereta Toyota milik Syed Aris. Perjalanan mengambil masa lbh kurang 9 jam. Kami transit di Canberra dan sempat la singga di Parliament Hse, Canberra. Posing2 kat situ...dan menginap di Canberra Motor Village. Kami juga sempat singgah di rumah kenalan Ena di situ utk makan tengahari. Alhamdulillah..di bumi asing ni, semua kawan Malaysia jadi bersaudara.
Keesokannya kami singgah di Cockington Green Garden di mana terdapat mini bangunan2 menarik dunia.













Friday, 16 March 2012

Jalan-jalan @ Mahkota Parade, Melaka

Assalamualaikum..... Emmmm pejam celik, pejam celik, cuti sekolah seminggu ni dah berada di penghujungnya. Kesian pulak kat anak2 aku yang tak dapat jalan ke mana-mana. Ye lah kan..yang bujangnya, ada rugby pada sabtu dan ahad. Isnin-Rabu pulak ada kelas tambahan di sekolah sampai petang. Anak dara aku pulak yang sibuk ajak jenjalan. Dah bosan terperap kat rumah ni. Yelah kan, nak tunggu si abahnya pulak, hari sabtu ahad je baru balik. Alahai..kesiannya anak omak!!!!...Kalau anak-anak yang umurnya 4, 5 tahun, boleh la aku bawak pergi taman permainan main buaian dan gelongsor. Kanak-kanak kecik kalau dah bawak pergi park macamtu memang senyap la diorang kan. Tapi, kalau dah umur 14, 16 tahun, memang tak pandangnya taman-taman tu kan. Sakit kepala aku dok pikir nak bawak diorang pergi mana. Nak pergi ke Genting Highland, jauhla pulak aku nak drive. Setelah bermesyuarat aku tiga beranak, kami ambik keputusan untuk Mahkota Parade je. Yela kan..anak dah remaja kan.. Kena lah bawak ke tempat yang sesuai dengan umur diorng tu kan. Jom layan aktiviti anak-anak di MP tu.

Bowling Time!!!!!!
Dah lama anak-anak berhajat nak pergi main bowling. Semasa di Melbourne dulu pun, anak-anak pergi dengan kenkawan sekolah diorang je.


Tengoklah muka diorang..hepi semacam je..maklumlah, bola banyak masuk longkang..Ahaksss!!

Archery
Selesai melayan anak-anak bermain bowling. Test power kat tempat memanah pulak.



Menjamu Selera @Sushi King!!

Sempat bawak ke tempat makanan feberet anak dara aku.

Inilah dia model restoran "Sushi King"...hehehe...


Walaupun agak penat, tapi aku tetap berpuas hati bila dapat menggembirakan hati anak-anak. Ahhhhhhh.....2 hari lagi sekolah dak nak bukak....Dah start keje balik....

Sunday, 17 July 2011

The Great Ocean Road Tour

Baru je aku ada peluang nak masukkan entry ni. Pada hari rabu-khamis lepas, kami habiskan sisa-sisa cuti sekolah dgn membawa anak2 bercuti di Apollo Bay, yg berada di tengah-tengah The Great Ocean Road. Kami bergerak pada petang Rabu yg mengambil masa selama lbh kurang 3 jam perjalanan dgn menaiki kereta mewah kami...hehehe. Aku ucapkan terima kasih pada ena/sam yg sudi mengajak kami bersama-sama menyertai percutian ni. Tiada aktiviti sebelah malamnya, memandangkan cuaca winter ni, memang sejuk giler2, melainkan aktiviti makan-makan. Siap bawak kukus buat kuih talam lagi tau!. dalam pada tu, aku pulak dok termenung sepanjang malam sbab tertinggal memori card utk kamera aku...Adehhh, siapakah yg harus disalahkan????.

Pada pagi hari khamis, pepagi lagi aku n sam keluar ke pekan Apollo Bay, misi mencari kedai yg jual memori card.. Maklumlah, ada kamera, kalau xde memori card, dah macam ada rokok, xde mancis...(aku pinjam kata2 sam...hehehe).... Alhamdulillah..sib baik jumpe, kalau tak, sepanjang hari lah aku akan termenung...mengenang nasib diri..So, lepas beli memori card, hidup aku kembali bercahaya...hehehe... Baru ada semangat nk menjelajah The Great Ocean Road. The Great Ocean Road ni terkenal dgn rupa bentuk benteng dan batuan hasil dari hakisan laut beratus tahun dulu. saubhanallah..indahnya ciptaan tuhan. Kat bawah ni adalah,di antara gambar-gambar tempat dan batuan menarik di sepanjang perjalanan the great ocean road untuk dikongsi dengan kawan-kawan di Malaysia.


~12 apostle~
~nampak rainbow tak?~






~stalactites n stalagmites~




~Lord Ard Gorge~

~The Arch~~
~London bridge~




KUIH KOLEH KACANG 5 Ramadhan

Assalamualaikum wbt 5 Ramadhan 1442/ 17 April 2021 Alhamdulillah.. Sedar tak sedar dah 5 ramadhan hari ni. Hari ni hari Sabtu, sis sekeluarg...