Showing posts with label 4 Season. Show all posts
Showing posts with label 4 Season. Show all posts

Tuesday, 13 September 2011

Autumn @ La Trobe University Pt 1

Assalamualaikum....
Cantik tak gambar kat atas tu? Gambar-gambar ni semua adalah gambar yang sempat aku ambil semasa menghantar suami aku kat La Trobe Uni. Kebetulan masa tu (23/05/2011), aku bawak mak mertua dan bapa mertua aku melawat universiti suami aku. Ye lah kan,....nak tunjuk kat diorag tempat anaknya belajar kan..hehehe. ..(nanti aku masukkan entry lawatan mertua aku ke Melben ni ek)... Masa kitorang sampai tu pulak hujan turun dengan lebatnya beserta dengan angin kencang yang menjadikan mertua aku memang lagilah tak tahan kesejukkan. So diorg duduk je kat opis suami aku. Aku pulak, dok merayau sorang2 kat taman kat belakang Myer dengan bawak kamera. Bila hujan dah berhenti, memang nampak cantik je tempat tu beserta daun-daun berwarna-warni yang baru gugur. Kira macam rezeki aku je dapat snap suasana masa tu. Memang best. Tangan aku tak berhenti dok klik, klik, klik.... Dalam masa 10 minit dapat snap beberapa keping gambar yang sememangnya aku berpuas hati dgn hasilnya. Tapi malangnya, takde sape nak snap kan gambar aku berlatarbelakngkan tempat yg cantik tu..huhuhu... Kat bawah ni adalah gambar-gambar yang sempat aku snap tu... Cantik kan? pokok-pokok tu?.. Daunnya ada macam-macam kaler sebelum semuanya luruh tinggal dahan je nanti. Jom, tak perlu kata apa-apa,,,layan je gambar2 ni untuk halwa mata kita semua. Sekurang-kurangnya, kawan-kawan di Malaysia jga dapat menikmati keindahan Melbourne di musim luruh. Pengalaman yang Allah pinjamkan ini, sekurang-kurangnya dapat dikongsi dengan kawan-kawan semua di luar sana, di bumi Malaysia khasnya..







Aku memang tak puas hati lagi..rasa nak snap byk lagi, kalau blh nak abadikan semua pokok-pokok ni di dalam gambar. Sebab tahun ni autumn terakhir aku di bumi Melbourne. Tak puas je..rase nak snap byk2 lagi...Adoiyaii..tamaknye lah aku ni kan... Jadi,...esoknya, aku ikut lagi suami aku g uni dia, siap bwk tripod pulak...hehehe... Apa lagi, aku snap la muka sendiri pulak kan... dan hasilnya....
~lambung daun kering ni sorang-sorang..heheh~
~tgk daun kering ni pun dh cantik kan?~
~ala-ala daun maple, macam citer Mohabbatien~

~siap ajak suami aku posing sekali, dua kali dan 3 kali...hehehe~

Autumn @ Daylesford

Assalamualaikum....
Lagi, sekitar autumn 2011 baru-baru ni. Kali ni kami pergi ke Daylesford untuk abadikan gambar-gambar berlatarbelkangkan dedaun yang berwarna -warni ini. Aku pergi bersama rombongan cik kiah iaitu awin/azmi dan azhar/syidah pada 1 Mei 2011. Daylesford terletak 124km dari rumah kami di Mindoro Crescent, Lalor yang mengambil masa lebih kurang 1 jam 45 minit untuk ke sana. Memang berbaloi dapat bergambar di situ. Kat bawah ni adalah antara gambar-gambar yang sempat di ambil... Biasanya, bila tiba time autumn ni, ada satu lagi tempat yang memang sering diperkatakan oleh orang-orang Melbourne ni. Nama tempat yang terkenal tu ialah Bright yg terletak lbh kurang 4-5 jam perjalanan menaiki kereta. Kami telah pun pergi ke situ pada tahun lepas (Mei 2010). Serius..memang teramat-amat cantik tempat tu. Aku dah pun masukkan entry nya pada tahun lepas. Boleh klik kat sini
dan sini .

Setibanya kami di Daylesford, kami terus singgah kat information centre dulu untuk mendapatkan beberapa maklumat tentang lawatan kami ke daylesford ni.
~@pekan Daylesford, singgah information centre~
~@sunday market, Daylesford~
~sunday market ni terletak di stesyen keretapi, menjual baju, produk tempatan dan juga barang2 antik~
~sunday market lg~

~siap ada syor kt blkg, ala-ala pasar tani gitu~
~kat tepi landasan keretapi @sunday market~

Setelah selesai pusing-pusing kat sunday market, kami terus ke Hepburn Regional Park. Ianya adalah tempat rekreasi yang mempunyai dedaun pokok yang cantik bila tiba musim luruh. Terdapat juga air mineral semulajadi di sini yang menjadi tarikan pelancong. Kami makan tengahari dan solat di situ.

~tmpt parking Hepburn Reginol Park~
~daun-daun yang pelbagai warna~
~ala-ala model musim luruh gitu~

Seterusnya, kami bergerak pula ke tasik yang diberi nama Lavendula Lake. Memang cantik tasik ni. Suka lah aku dok klik sana, klik sini...hehehe.

~loving couple~
~pemandangan tasik~
~posing time!!~

Akhir sekali, sebelum balik, kami sempat jugak singgah di Bacchus Marsh untuk memetik strawberry. Bayangkan, sebaik sahaja kami tiba di pintu masuk ladang starawberry,kami hanya diberi masa 15 minit saja untuk petik strawberry. Mak aiii...macam lipas kudung kami, berlari untuk ke batas strawberry tu...hehehe..Pulak tu, masa tu la hujan gerimis turun. Basah pun basah lah kan..sanggup je...heheh..

~snap lbh kurang je, sbb hujan~
~strawberries~
Maka, berakhirlah satu hari lawatan kami pada hari itu...Sekian sahaja, terima kasih diucapkan kepada yang sudi mengikuti coretan ini... Tunggu aku masukkan lagi gambar2 yang cantik musim luruh ni ye...

Monday, 12 September 2011

Autumn 2011-Part 1

~kat round about between Childs Rd & Dalton Rd~
Assalamualaikum...
Kali ni aku nak masukkan entry gambar-gambar ketika musim luruh yang lalu. Ntah kenapa, time autumn tu, aku tak sempat nk masukkan gambar-gambarnya. Agaknya dah banyak sangat gambar yang aku ambik taktau mana satu yang nak di post dulu. Bila tiba musim luruh ni, biasanya kita semua akan fokuskan akan kecantikan dedaun yang berwarna-warni yang tunggu masa untuk gugur. Bagi negara 4 musim ni, memang unik jugak bila tengok daun2 yang hampir gugur tu bertukar warna. Amat mengagumkan. Begitulah ciptaan Tuhan kan... Gambar-gambar yang aku masukkan kat entry kali ni adalah gambar-gambar yang aku ambik berhampiran dengan rumah aku di Melbourne ni. Lebih spesifik lagi kawasan rumah aku ni bernama Lalor (dah macam lalor kat terengganu lah pulak...heheh)... Lalor ni terletak di tengah-tengah di antara Thomastown, Epping dan Mill Park. Ketika autumn ni, kita akan lihat di sepanjang jalan, pokok-pokok yang mempunyai daun pelbagai warna. Memang nampak cantik dan nampak macam dok kat obersi gitu.
~btg pokok blkg rmh aku~
~daun pokok yg kat atas tu~
~kat depan rmh aku,model baru blk sekolah~
~peace!!!~
~senyumm~
~kat Dalton Rd, semasa ambik anak dr sek~
~Dalton Road~
~Dalton Rd~

~pokok kiri kanan jln besar yg berwarna-warni~

Snow @ Mindoro Crescent

Assalamualaikum.... Bila aku dah masukkan entry musim bunga, tetiba teringat pulak nak masukkan entry untuk musim sejuk yang baru seminggu berlalu. Kisahnya, pada musim winter hari tu, ada jugak terdapat beberapa hari yang sejuknya terlalu extreme. Disebabkan cuaca global dunia tak menentu, begitu juga dengan cuaca di Melbourne ni. Pernah jugak ada hari-hari yang terlalu sejuk sehingga mencecah suhu minimum 3C. Keadaan suhu seperti ni jugak berlaku pada tahun-tahun lepas. Biasanya suhu yang di bawah 6C, akan ada ais (frost macam kat dalam peti ais) pada bumbung rumah, rumput dan juga di atas bumbung kereta terutama di awal pagi. Semasa kedatangan winter pada tahun 2009, di mana kami mula2 berada di Melben ni, memang teruja sangat kalau keluar rumah mulut berasap.. Siap hembus hembus lagi..hehehe jakun je mase tu.. Nak-nak pulak kalau jumpa frost kat atas kereta atau pun di atas rumput..memang terjerit-jerit lah kitorang kalau kuar rumah pepagi tu nampak frost yg seakan-akan snow tu...hahahha... Tapi bila tahun kedua(2010) dan thn ketiga (2011), keadaan jakun tu takde lagi lah... Cuma, aku lah, baru dapat tangan orang katakan (suka2 nak snap)... Jadinya, sempat sekali je aku teringat nak snap gambar frost yg aku anggap small snow lah ye... Tahun lepas pun sempat jugak snap gambar frost kat atas kereta ni, tapi nk kena cari dulu lah gambarnya ek... Jom tengok gambar-gambar kat bwh ni...p/s:kalau org yg berada di London, memang takdelah heran sgt sbb memang salji tebal kat depan rumah, tapi bg kami di Melben ni, ada frost sikit pun dh rasa teruja sangat dah,....Gambar ni di ambil jam menunjukkan pukul 8.30 pg waktu Melben (bertarikh 27/07/2011), frost dh mula mencair kerana matahari dah memancarkan sinarnya. Kalau ambik pukul 3-4 pagi memang lagi banyak lah frost ni menutupi kereta Hehehe jom..jom...Zassssss!!!!! Senyum...tak perlu kata apa-apa...senyumm... (cam dalam lirik lagu tu kan)....






KUIH KOLEH KACANG 5 Ramadhan

Assalamualaikum wbt 5 Ramadhan 1442/ 17 April 2021 Alhamdulillah.. Sedar tak sedar dah 5 ramadhan hari ni. Hari ni hari Sabtu, sis sekeluarg...