Showing posts with label Ramadhan di Melbourne. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan di Melbourne. Show all posts

Friday, 16 September 2011

Nasi Kerabu Lagi



Salam satu Malaysia. Nasi kerabu kali ni aku buat semasa bulan puasa hari tu. Tak sempat nak masukkan entry ni kat blog. Jadinya, aku masukkan nasi kerabu versi aku ni untuk kali kedua.Resepinya aku copy n paste dari entry yg lama...hehehe..senang keje kan...

Nasi Kerabu
Bahan-bahan:

A) Nasi
3 cawan beras basmathi + 6 cawan air
5 helai daun limau purut
1 helai daun pandan-disimpul
1 batang serai-dititik
garam
sedikit pewarna biru (untuk cantik je)

Cara-cara:
Masukkan semua bahan ke dalam rice cooker dan masak seperti biasa.

B) Kuah
1 biji bawang besar (merah)*
1 inci halia*
1 inci lengkuas*
2 senduk cili blend*
sedikit belacan
1 batang serai-dititk
1 keping asam gelugur
gula melaka dan garam secukupnya
sedikit minyak utk menumis
1 tin santan
*** sukatan boleh diubahsuai


Cara-cara:
Blend semua bahan *** di atas. Panaskan minyak di dalam periuk, tumis bahan blend. Masukkan santan, serai, asam keping, gula dan garam. Bila mendidih dan telah pecah minyak, bolehlah tutup apinya.
*** menurut kawan aku, santan fresh di Malaysia, senang nk pecah minyak. Kat Melbourne ni, susah sikit so, agak2 dah mendidih dan pekat, blh lah diangkat.

C) Sambal ikan dan kelapa
4 ekor ikan greasy mackerel (@yellow mackerel)
200 gram kelapa (frozen)
1 biji bawang besar (kaler merah)*
1 inci halia*
5 biji bawang putih*
1 inci lengkuas*
1 sudu kecil lada hitam*
garam*
*semua bahan dimayang. nak tumbuk pun boleh jugak.

Cara-cara:
Ikan direbus, buang tulang dan ditumbuk hingga lumat.
Kelapa ditumbuk sedikit. Campurkan dengan semua bahan yang dimayang dan masak atas kuali. Kacau dan kaub balikkan sehingga masak. Masukkan juga garam. Bila dah masak, angkat dan ketepikan.

D) Solok lada
4 biji cili besar kaler hijau. Buang bijinya.
3 ekor ikan yellow mackerel/greasy mackerel
100 gram kelapa frozen
1 inci halia
1 biji bawang besar.
garam
1/2 tin santan + 1/2 tin air. Kalau nak guna 1 tin santan pun boleh jugak..Agak-agak byk mana cili.

Cara-cara:
Ikan direbus, buang tulang dan ditumbuk bersama kelapa, bawang merah/besar dan halia. masukkan garam. Ratakan semua bahan dan masukkan ke dalam cili tadi.
Masukkan cili yang telah dimasukkan bahan-bahan tersebut ke dalam periuk. Kemudian tuangkan santan dan masukkan garam. Rebus di atas api hingga cili solok masak. Tutup api dan sedia dihidang.

E) Ulam-ulaman
Timun, taugeh, bunga kantan, kacang panjang, daun kesum, daun selum, daun selasih dan sebagainya.
Semua bahan dihiris halus.

F) Kuah cili/lada
beberapa biji cili padi + cili besar warna merah
1 sudu teh garam
4-5 sudu gula
1/2 cawan cuka.
** cili, cuka, gula dan garam kena agak2 sesedap rasa.

Cara-cara:
Masukkan semua bahan dalam blender dan blend hingga cili hancur. Masukkan di dalam mangkuk untuk dihidang.

G) Budu secukupnya

H) Keropok ikan secukupnya



Thursday, 25 August 2011

Garlic Bread & Mushroom Soup


Alhamdulillah, selesai sudah kami di bumi Melbourne bersahur untuk puasa hari yang ke 25. Dalam pada aku tunggu biskut suji aku sejuk, sempat jugak aku masakkan sausages, mushroom soup dan bakar garlic bread (beli ready made kat pasaraya). Sebelum kejutkan diorg jam 4.50 pg untuk bersahur, cepat2 aku snap picture dulu..hehehe. Kelam kabut jugak sebab waktu imsak hari ni pukul 5.25 am. takut pulak diorg terkejar-kejar dan kelam kabut dok kunyah makanan. Sambil-sambil tu aku isi jugak perut aku.. Suap sausage kat dlm mulut...kunyah, kunyah,...telannn..... Pastu aku akan pergi bilik mira...bangun..bangun..bangun... Pergi pulak bilik irfan..Bangun dikkkkk!!! Nasib baik semua dah besar, so takde masalah liat nk bangun. maka tamatlah sessi bersahur pada hari ini... Aku nak solat dulu dan lepas tu nak qada tidur sampai kul 11 pagi...Tak pernah miss sepanjang puasa ni bangun kul 10-11 pagi.. kadang-kadang, suami aku hantar anak g sekolah pun aku tak sedar.. Lepas tu suami aku terus pergi uni dia. bila bangun je, tinggal aku sorang je kat rumah...Alahaiii..bahagianya hiduppp..hehehe...(bahagia lah sangat, bila bangun lambat, kepala pun dah jadi berpusing-pusing dah)....Ada aku kisahh????

Psssttt...tadikan..sempat jugak aku bancuh satu adunan biskut baru..tengok kat blog rakan blogger....macam best je cara diorg ayat pasal biskut ni...Memang sedap pun biskut tu...tapi nantilah aku snap gambarnye siang nanti..apa-apapun, aku nk tido ddulu..Nanti aku post gambar kat FB..kalau sempat aku post resepi kat blog ni ye.Tungguu.!!!!!


Tuesday, 23 August 2011

Sup Tulang

Assalamualaikum.....

Hari ni aku nak masukkan n3 sup tulang yang aku masak untuk IFTAR semalam, hari ke 22. Entahlah...dah pening kepala otak aku ni dok pikir nak masak ape untuk berbuka. Dapat pulak idea nak buat sup tulang. Pastu, buat ayam masak berlada bersama tempe dan sayur. Cukuplah kan.. Buat pulak sambal kicap untuk dimakan bersama sup tulang tu..Pehhh!!! terangkatt..wa cakap lu... Sebabnya, bukan apa, masa berbuka, semuanya lapar..Memang makan je apa yang aku masak..hehehe.

Jom..jom..malas nak celoteh lama..Kang tersasar dari matlamat asal, nak masukkan resepi sup tulang aku ni...

SUP TULANG:

1kg beef rib (tulang selangka kot)
1/2 kg daging
2 inci halia
6 ulas bawang putih-di mayang
1 biji bawang besar-dimayang
1 sudu lada hitam-ditumbuk kasar
2 sudu besar biji ketumbar-ditumbuk
2 sudu besar jintan kasar/fennel (putih ke manis????? eeeee konpius!!!)-tumbuk
rempah tumis (kayu manis, bunga lawang, cengkih, buah pelaga)
1 ketul kiub ayam maggi
3 batang/pelepah seleri-dipotong
4 biji kentang-dibelah 2
garam secukupnya
5 tangkai cili api (dibelah dua)
1 biji tomato dibelah 4

Cara-cara:
1. Daging dibersihkan, masukkan dlam periuk. Letak air secukupnya dan rebus
hingga betul2 empuk. Dalam masa yang sama, masukkan juga lada hitam dan halia
yang telah diracik.
2. Bila daging sudah empuk, masukkan kentang, cili padi , daun seleri, kiub ayam dan
garam secukupnya. Masukkan juga jintan dan ketumbar yang telah ditumbuk ke
dalamnya.
3. Panaskan minyak untuk menumis. Tumis bawang putih, bawang besar, jintan,
ketumbar dan rempah tumis sehingga naik bau...atau sehingga bawang agak2
garing. Kemudian tuang ke dalam periuk tadi. Kalau boleh, jangan masukkan
sekali minyak tumisan tadi sebab daging dah cukup berminyak.
4. Biarkan mendidih seketika ataupun sehingga kentang benar-benar empuk.
5. Masukkan tomato sebelum api ditutup dan sedia untuk dihidang...

***Kalau ada sup bunjut, boleh juga masukkan semasa merebus tulang..
(aku tak
letak sebab takde stock. kat sini takde jual sup bunjut)






Monday, 15 August 2011

Karipap..karipap....karipap....






Assalamualaikum...
Minggu ni memang minggu aku buat karipap je untuk berbuka puasa. Alang-alang buat kan... ambik kau!!!...3 hari makan karipap je. Lepas ni jangan mintak karipap lagi..hehehe....(Sebenarnya, xde sape pun yg mintak karipap ni....)... Aku je yang lebih-lebih.. Tapi, karipap yang aku buat ni berlainan versi... Hari pertama, karipap kentang+daging cincang, Hari kedua, karipap inti telur+sayur. Manakala hari ketiga, karipap berintikan ikan+kelapa @k@ dikenali dengan nama 'epok-epok'....

So, mana satu entry nak aku masukkan dulu ek???? Ok la, aku masukkan entry karipap telur dulu lah ek... Sebabnya, karipap biase,semua org tahu buat, lebih-lebih lagi kepit pakai acuan, cepat je siap... Tapi, bila buat karipap telur ni,kena buat saiz besar, jadilah namanya 'karipap giant'....heheheh... biladah besar saiznya, maknanye aku kenalah "kelim" tepinya. Haaaa..bila sebut pasal 'kelim' ni, suami aku ckp, aku x pandai sebut... Maklumlah...perkataan "kelim" ni adalah dari perkataan bahasa inggeris, "Clamp'.. Tapi pada aku, aku tetap mempertahankan bahawa, perkataan 'kelim' ni dah memang digunapakai oleh nenek-moyang kita untuk membuat karipap... Ia takde kena mengena dengan salah sebutan...So..maknanya, orang tua-tua dulu pun pandai jugak lah cakap orang puteh kan... Bila sebut clamp karipap, macam tak sedap je bunyinya... Kena sebut "kelim"..baru betul kan..kan.....Betul..betul..betul...mcm upin ipin cakap...hehhehe..
Kalau nak tahu, aku belajar buat karipap giant ni semasa aku berumur 12 tahun lagi. Memang minat memasak ni dah ada sejak kecik lagi. Semasa ada kelas memasak anjuran PENEROKAWATI, kat FELDA kampung aku, aku merupakan peserta termuda masa tu...hehehe bangga pulak rasenya.
La..terlebih sudah..aku membebel pulak pepagi buta ni...Lagi 3 1/2 jam nak bangun sahur ni..

Ok, jom kita tengok resepi mudah tapi tak senang juga nak membuatnya...

Bahan2:
1/2 kg tepung gandum
3/4 cawan minyak yang dipanaskan (x suka guna butter sbb nanti kulit karipap terlalu rapuh)
sedikit garam
3/4 cawan air

Cara: Panaskan minyak dalam periuk kecil. Bila dah panas, tutup api, biarkan seketika, kemudian gaul sebati dengan tepung gandum. Campurkan garam ke dalam air. Kacau dan tuangkan ke dalam tepung. Gaul sebati hingga menjadi doh.

Bahan inti:
Beberapa biji telur ayam (1 biji karipap=1 biji telur ayam)
Daun saderi (dihiris halus)
Lobak merah (dimayang halus)-sperti gambar di bwh
sedikit lada hitam (ditumbuk halus)
garam secukupnya
*boleh juga ditambah dengan sengkuang, kalau mahu...
*sedikit cili besar, hijau...(aku tak letak, sbb xde stock kat rmh)

Cara-cara:
1. Canai doh menjadi nipis seperti gambar 1. Letakkan di atas mangkuk yang
melengkung. Letakkan sayur carrot, saderi, sedikit garam dan serbuk lada hitam.
Kemudian masukkan sebiji telur. Berhati-hati supaya telur tidak terkena pada bhg
tepi doh. Nanti susah nak lekatkan doh tu.
2. Lekatkan doh seperti rajah 2 dan mula 'mengelim' bahagian tepinya.
3. Klim bahagian tepi dengan berhati-hati supaya telur tidak tertumpah.
4. Karipap yang telah siap dibiarkan di dalam mangkuk sebelum digoreng.
5. Panaskan minyak dan goreng dengan api yg "sangat" perlahan. Nanti bahagian
dalamnya tak masak...
6. Senang je kan.. Tapi perli buat dgn berhati-hati ye...

TADAAAAA.........

Inilah dia karipap yang telah siap digoreng. Jom kita potong untuk lihat isi di bahagian dalamnya.....


Emmmmmm......Sib baik telur di dalamnya masak...
p/s: Mula-mula aku buat guna api sederhana..bila potong, cair je telur tu...Pastu aku masuk dlam microwave utk masakkan telur tu..hehehhe....
So, untuk gorengan seterusnya, memang guna api yang saaaangaaaatttt perlahan. Dan hasilnya seperti di bawah..Cantik je kan....(perasan dah aku ni!!!)

Karipap giant ni, memang sesuai dicicah dengan sos cili... Kalau rajin boleh buat sos sendiri. kalau tak rajin boleh guna sos cili "MAGGI" yang perlu dicairkan terlebih dahulu.... Tuangkan sos ke dalam mangkuk, campurkan dengan sdikit air panas, gula dan garam. Sedia untuk dimakan!!!!




Ok semua,...nak tido dulu.. kejap lagi nak sahur dah ni.... Salam untuk semua....
'

Wednesday, 10 August 2011

Lemak Ketam Berempah.... dan..Masih adakah insan mulia?

Assalamualaikum.....



Hari ni sudah pun masuk hari ke 10 kita berpuasa. 20 days to go!!!! Caiyokkk!!!!! Ada 2 jam setengah lagi untuk orang islam di bumi Melban ni berbuka puasa. Hari ni aku masak lemak ketam berempah, sayur buncis goreng dan karipap sayur/telur. Okaylah, sebelum jari jemari aku yang halus mulus ni menguli doh karipap, baik aku masukkan dulu resepi ketam lemak berempah ni kan.

Lemak Ketam Berempah
Bahan-bahan:
2 ekor ketam sederhana (dibersihkan, dikerat 2)
1 biji bawah besar (dimayang)
1 inci halia (dihiris nipis)
5 ulas bawang putih, diketuk dan diracik
4 sudu rempah kari ikan
1 batang serai (aku guna yg frozen)
2 sudu cili kisar
1 keping asam gelugur
1/2 tin santan
1 cawan air
sedikit kacang panjang (dikerat-kerat)
minyak untuk menumis

Cara-cara:
1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih, cili kisar, bawang besar dan halia hingga
naik bau.
2. Masukkan rempah kari. Bila sudah garing, masukkan santan, air, garam, asam
keping dan serai. Biarkan mendidih seketika sebelum dimasukkan ketam.
3. Masukkan sayur kacang panjang, biarkan mendidih. Bila ketam sudah masak,
tutup api dan sedia dihidang.

Align Centre
Buncis Goreng;
Bahan-bahan:

Kacang buncis, dipotong
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih, diketuk
sedikit ikan bilis, ditumbuk
1 biji telur
garam

Cara-cara: Tumis bawang putih, ikan bilis dan bawang besar. Masukkan kacang buncis, kacau. masukkan sedikit garam. Bila agak-agak kacang buncis dah layu, pecahkan sebiji telur ke dalamnya. Kacau lagi dan tutup api. Sedia dihidang.....


Ada satu perkara yang aku nak kongsi dengan korang semua pada hari ni.. Takdalah penting sangat, tapi ianya boleh memberi iktibar dan pengajaran juga buat aku dan kita semua. Begini citernya,... pagi tadi aku dan suami pergi ke pasar untuk membeli lauk-lauk yang dah kehabisan stock kat dalam peti ais aku. Dipendekkan cerita, lepas 1 jam sampai kat rumah, sambil berehat-rehat mengadap Facebook, tetiba aku dengar bunyi hon kereta. Tapi biasalah, aku buat tak endah je lah dengan bunyi tu, malas nak ambik tahu lah konon.... Lepas tu, tak sampai 5 minit pintu rumah aku pulak diketuk dengan kuat... Memang terkejut badak jugak lah... bila aku bukak pintu ada seorang tua lingkungan 50 an kat luar rumah aku. Tahu tak apa terjadi?? Rupa-rupanya, pakcik ni bagi aku kunci kereta aku yang aku tinggalkan kat pintu kereta.. Silap aku, sebab tinggalkan kunci kat pintu kereta. Ya Allah, mulianya hati orang tua tu. Kalau kat Malaysia, belum tentu ada insan semulia itu..silap haribulan dengan kereta aku pun lesap sekali.. Syukur, Allah utuskan seseorang untuk selamatkan kereta kami. Ini juga dikatakan rezeki Allah kan. Alhamdulillah.... seribu kali syukur aku panjatkan. Tetiba hati aku terfikir... banyak orang jahat kat bumi asing ni, tapi banyak jugak orang yang baik... DAN.....Tak banyak orang jahat di negeri sendiri, tapi tak banyak jugak orang yang baik..Maaf andai aku tersilap tafsir...

Sunday, 7 August 2011

Talam SUJI


Assalamualaikum.....

Selamat berpuasa pada hari yang ketujuh aku ucapkan buat kenkawan semua.
Semalam, aku buat kuih talam suji. Seronok, sebab pertama kali buat, dan ianya menjadi. Rasanya, kira sedap jugak lah..Macam rasa kuih talam. hehehe... Aku dapat resepi ni dari majalah rasa keluaran Mei 2011. Ada sorang kawan yang belikan untuk aku sekembalinya dari tanahair baru-baru ni. Jadinya, sepanjang bulan ramdhan ni, aku dok belek majalah 'RASA" tu sampai lunyai. kira berbaloi la kan...Buat tak buat, belakang kira okay!. Kebetulan aku dapat jemputan berbuka puasa. Berbaloi buat untuk makan ramai-ramai kan. Kalau aku 4 beranak je, jenuh pulak nak ngabihkan seloyang kuih talam tu...
Jom kita semak resepinya.

sumber: Majalah RASA (Mei 2011)
Aku ubahsuai resepi menggunakan loyang bulat ukuran 9 x 9

Bahan-bahan:
LAPISAN BAWAH:
90 gram tepung suji/semolina
500 gram santan (aku guna 1 tin santan 400 ml + 100ml air)
100 gram gula
secubit garam
sedikit pewarna kuning

LAPISAN ATAS:
500 ml santan
1 sudu besar tepung kastard (stock kastard takde, aku pandai2 tukar dgn t.jagung)
60 gram tepung gandum
1 1/2 sudu besar gula
120 gram gula merah

CARA MEMASAK:
1. Masukkan semua bahan lapisan bawah ke dalam periuk dan kacau di atas api
perlahan hingga pekat.
2. Tuangkan ke dalam loyang dan kukus selama 20 minit.
3. Campurkan semua bahan lapisan atas dan tapis ke dalam periuk. Masak di atas api
sederhana hingga pekat.
4. Kemudian tuang adunan di atas lapisan bawah yang telah dikukus tadi.
5. Ratakan dan kukus semula selama 20 minit. Apabila masak, sejukkan dan potong.
6. Pastikan kuih betul-betul sejuk sebelum dipotong.

Sambil-sambil masukkan entry ni, sempat jugak aku merayau-rayau kat blog DTS, CMG... Nak cari idea untuk menu berbuka petang ni. Terpandang pulak akan jemput-jemput nasi CMG tu. Emmmm, ok jugak kan kalau buat jemput-jemput tu. Macam best je kan. Terima kasih che mat atas sumbangan resepi tu ye. Biasanya blog DTS ni jadi bahan rujukan aku. Kekadang tu, kita ni tahu je buat sesuatu tu, tapi tak datang seru nak buat. Jadinya dengan berpandukan blog2 dari blogger terpilih ni, baru lah datang idea nak masak apa. Kalau korang nak buat jemput-jemput nasi macam aku, blh klik je kat sini.



Tuesday, 2 August 2011

Kuih Seri Muka Berseri-seri!!!

Nampak tak tajuk macam orang tak ingat tu??? Hehehe....Takpelah kan, untuk simpanan peribadi kat blog sendiri...Suka hati aku lah kan, nak letak tajuk ape.... Takde sapa pun yang nak ambik peduli.. Kalau ada yang peduli tu, maknanya it must be something special lah.. Kalau bulan ramadhan ni, senang je nak cari kuih seri muka ni kat bazar ramadhan di Malaysia. Kuih seri muka ni, bukannya aku buat hari ni okay... Dah seminggu yang lepas dah pun. Saje je nk test buat kuih ni mengikut resepi yang aku campur sana sini. Bahagian atasnya, guna resepi orang lain, pulut bawahnya pulak dari sumber resepi yang lain. Bak kata CMG, bukan niat nak derhaka, cuma sekadar ingin mencuba dan ubah suai mengikut keperluan.Terima kasih juga kepada DTS atas sumbangan resepi. boleh juga klik di sini
Link
Jom kita semak resepi nak buat kuih seri muka ni.

Lapisan Bawah:
350 gram beras pulut
400 gram santan cair
1 sudu teh garam

Lapisan Atas:
300 ml santan
3 biji telur
180 gram gula pasir
4 sudu teh tepung jagung
2 sudu besar + 1 sudu kecil tepung gandum
sedikit perasa pandan

Cara-cara:
1. Pulut dibersihkan dan rendam sekurang-kurangnya 3 jam. bancuh santan dengan garam dan tuangkan ke dalam pulut tadi. Resepi asal masukkan daun pandan, tapi aku kat Melben ni daun pandan mahal, jadinya aku tak letak lah kan.
2. Kukus lebih kurang 25-30 minit. Keluarkan, gemburkan dengan garfu dan padatkan permukaan pulut. Aku tekan-tekan guna plastik bersih. Kukus lagi lebih kurang 10 minit.

3. Sementara untuk lapisan atas, kisar santan, gula, telur, dan tepung. Masukkan paste pandan. Masukkan dalam periuk dan masak di atas api perlahan. Kacau supaya tidak berketul. Masak hingga pekat sedikit dan tuangkan ke atas pulut tadi.
4. Sambung kukus selama 25 minit atau hingga lapisan atas masak.
5. Biarkan kuih betul-betul sejuk sebelum dipotong untuk dihidang.


Ramadhan Datang Lagi

Begitu pantasnya masa berlalu.. Rasanya baru semalam kita semua berpuasa bagi tahun 2010/1431H. Kini, ramdhan datang lagi... Alhamdulillah kerana masih dapat bersama-sama menyambutnya pada tahun ni dan masih berkesempatan berpuasa di bumi melben untuk kali yang ke 3. Kunjungan bulan yang mulia dalam segala bulan ini akan memberi sejuta rahmat buat muslimin dan muslimat di segenap pelosok dunia. Tentunya pada bulan yang berkah ini semua berazam untuk memperbanyakkan amalan kerana pahala yang berganda menanti mereka yang bertaqwa. Sebagai umat Islam, kita sangat-sangat digalakkan untuk bersedekah kerana ia dapat memakmurkan lagi kehidupan ini serta orang yang menerima sedekah itu. Jadinya, kepada sesiapa yang berhajat untuk bersedekah, eloklah disegerakan ye.

Hari ni, hari pertama berpuasa, pastinya macam-macam menu yang kita fikirkan.. Maklumlah..tekak orang berpuasa ni, nafsunya tinggi sikitkan. Kalau boleh semua permintaan anak-anak nak kita tunaikan termasuk jugak permintaan diri sendiri. Jadi, terlaksanalah pelbagai menu untuk berbuka puasa. Hari-hari berikutnya, mungkin sejenis lauk je kot. Silap-silap, pergi cari surau untuk makan free....hahahha.

Hari ni berbuka puasa at 22 Mindoro Crescent, Lalor...rumah kami, syurga kami..... Antara masakan di hari pertama, sebagai pembuka bulan ramadhan ialah rendang kerang, daging masak merah, sayur masak lemak putih, ikan masak kicap, sambal belacan berulamkan mentimun, puding jagung bersama fruit cocktail. Kira dah macam beli lauk kat bazar ramdhan je. Alhamdulillah, semua gembira menikmati juadah yang dihidangkan..



Wednesday, 1 September 2010

AgAr-AgaR SaNtaN


Hari Sabtu lepas (28/0810) aku sekeluarga dapat jemputan berbuka puasa dari Shamsul dan Zarina yang tinggal di Clayton (45 minit dari rumah kitorg). Aku pulak demam teruk hari tu . Tapi, aku gagahkan jugak untuk membuat agar-agar santan ni untuk dibawa ke rumah mereka nanti. Hasilnya baru hari ni aku dapat peluang meng'upload' gambarnya. Demam aku ni pulak dah masuk 2 minggu, tak jugak ada tanda2 nak baik...Inipun aku kuatkan semangat untuk tulis entry ni.

Sebenarnya agar-agar santan ni kalau guna gula melaka atau gula kabung, lagi sedap. Aku sengaja guna warna merah sebab nak kan tema kaler ni... Kalau nak tanya aku cara nak buat ni.. aku susah nak bagi sukatan yang betul sbb yang ni memang betul-betul main agak je... tapi aku cuba lah ek.. dan korang semua boleh adjust ikut kesesuaian k. Lagi pulak aku guna agar-agar serbuk je.

Bahan-bahan dan cara-cara:
Agar-agar serbuk 8 gm (satu peket agar2 serbuk dlm 25gm, so aku guna 1/3 drp peket tu) + 1 liter air = Masak kedua-duanya hingga agar-agar betul-betul larut. Masukkan 2 cawan gula, kalau kurang manis boleh tambah ikut suka hati...
Kalau nak buat agar-agar gula melaka, gantikan 1 cwn gula pasir dgn gula melaka ataupun gula kabung. Masukkan pewarna merah(opsyen).
Di tempat berasingan, sambil menunggu agar-agar masak... sediakan 2 cawan santan pekat. Letakkan sedikit garam (dalam 1 1/2 camca). Kacau santan supaya garam betul-betul larut. Tutup api agar-agar tadi dan kemudian tuangkan santan pekat ke dalamnya (make sure api dipadamkan dulu). kacau dan masukkan ke dalam bekas. Sejukkan.

p/s: Sesape yang nak buat agar-agar ni boleh lah adjust mengikut kesesuaian agar-agar yang digunakan... Agar-agar aku ni tak letak telur.. sesape yg nk letak, kena masukkan sedikit esen vanila supaya dpt hilangkan hanyir telur.

KUIH LaPiS


Walaupun kuih ni bukan aku yang buat tapi aku upload gak sebab nak bagi idea kat kenkawan yang nak buat kuih ni. Itupun kalau rajinlah kan... Kuih ni kawan aku bawak semasa kitorang berbuka puasa di rumah Faridah hari tu... Di sebabkan kuih ni kaler merah dan nampak cantik lagi meriah, jadinya aku pun upload jugak untuk tatapan korang semua. Ni kiranya aku bagi idea kepada sesape yang rajin nak buat ataupun terlebih rajin nak tunjuk-tunjuk kat bazar ramadhan.. Sejujurnya, kalau di Malaysia, aku memang tak rajin nak buat kuih ni. Di bumi Melbourne ni pun aku pernah buat sekali je dan itupun kaler hijau. Rasanya bulan puasa ni aku tak sempat nak buat kuih ni, jadi aku upload je lah kuih yang kawan aku buat ni okay.. Untuk tuan punya kuih ni, Wati... tima kasih sebab beri keizinan utk aku snap gambar kuih ko yang meletopszz ni!!!

Kat bawah ni aku bg resepi, macamana nak buat kuih ni. Sebenarnya ada 2,3 resepi yang berbeza utk buat kuih ni. Resepi yang ini aku dah try dan sedap.

Bahan-bahan:
  1. 1 cawan tepung beras
  2. 1/2 cawan tepung gandum
  3. 3/4 cawan gula
  4. 1 sudu teh garam
  5. 1 sudu teh minyak masak
  6. 4 cawan santan
  7. sedikit pewarna merah @ hijau @ kuning
Cara-cara:
Masukkan semua bahan, kecuali pewarna ke dalam blender. Blend hingga sebati...
asingkan kepada 2 bahagian. 1 bhg letakkan warna merah dan satu lg dibiarkan putih. Boleh jugak kalau nak letak kaler yang berbeza kedua2 bhg.

Panaskan air di dalam kukusan. Sapu loyang dgn sedikit minyak. Kemudian masukkan 2 cwn adunan warna merah ke dalam loyang dan kukus selama lebih kurang 5 minit. Lepas 5 minit, masukkan 2 cwn bhg yang satu lagi dan kukus jugak selama 5 minit. Buat selangseli sehingga habis. Lapisan yang akhir kukus lebih kurang 15-20 minit. Biar betul-betul sejuk sebelum di potong.

Macamana? Agak-agak boleh buat tak?


Friday, 27 August 2010

Makan..makan..makan.... @LTU


Aku tak sabar nak masukkan entry ni.. Semalam kami berada di dalam limpahan makanan yang tersangat banyak... Nak tahu kat mana aku berbuka puasa semalam? Emmm kat mana lagi kalau bukan makan free kat La Trobe University... Mengalahkan aku yang jadi student kat situ kan... Yang penting, sapa lah diorg tanpa kehadiran aku..hehehe...

Tak boleh nak digambarkan, betapa banyaknya makanan tu.. Pulak tu tak ramai yang dtg berbuka kat surau LTU semalam.. Kami, kaum wanita hanya ada 25 orang, manakala makanan yg tersedia blh menampung seramai 50-60 org... Mak aiiii!!!!... Nak terbeliak mata memasing bila tengok kat makanan tu.. Kebetulan lah pulak, ramai yang bersedekah hari tu kan... Itulah yang dikatakan R E Z E K I...... Emmmm.. Rajinnya orang Islam di Melbourne ni bersedekah di bulan yang mulia ni... Biasanya mereka yang bersedekah ni terdiri drp orang-orang Timur tengah mcm Arab, Turki, Albaniah, Iraq dan sebagainya.. Jadi, sebab tu lah kitorg kena dtg berbuka kat situ untuk dapatkan berkat buat org yg bersedekah... eh..boleh ke aku buat statement camtu?

Nak tahu apa yang kami makan semalam? Mula-mula kitorang berbuka dgn kurma, donat, roti lebanese dan jus buah-buahan. Ada satu tu macam mertabak tapi aku terlupa diorg sebut ape. Sedap pulak tu. Selepas selesai solat maghrib, kami dihidangkan dengan nasi goreng (ala-ala Arab kot) dengan chicken chop dan salad. Kami apa lagi... makan jugak walaupun perut dah penuh... Belum sempat kami habiskan makanan di pinggan, tetiba mereka hantar pulak pasta. Aduhhhh!!! sape lah nak habiskan mkn tu kan... pastu hantar pulak sup (tak tahu sup ape...macam kacang blend je)...Belum sampai 5 minit, mereka hantar pulak 10 kotak pizza... Ini dah kes....terlebih makanan niii..... Dah tak termakan lagi. Sudahnya setiap orang terpaksa bawak balik 1 kotak pizza tu. selain makanan lain yang terpaksa di pack sebab kami dah tak boleh lagi nak habiskan makanan yang tersangat lah banyak... Kalau lah aku tahu mcm ni meriahnya berbuka puasa, sure tahun lepas lagi aku datang berbuka kat sini.... hahah...

Tu lah kan? Walaupun berada di celah-celah bangsa yang asing ini, masyarakat Islam masih boleh bersatu. Mereka yang berkemampuan masih boleh meneruskan amalan bersedekah tak kira apa bangsa dan warna kulit. Mereka mengambil kesempatan di bulan yang mulia ini untuk menambahkan pahala bersedekah tu.. Kekadang di Malaysia pun belum tentu kita boleh berbuat seperti tu.. Untuk bersedekah ni, tak perlu nak tunggu kita kaya raya kan... Kita masih boleh lakukannya mengikut kemampuan kita asalkan ianya dilakukan dengan ikhlas.. Insyaallah ganjaran yang baik akan kita perolehi. Semoga kita sentiasa menjadi insan yang bersyukur...


~sebhg dari pizza~

~roti Lebenese, ala2 roti nan~

~nasi goreng~

~pasta yang sedap~

~chicken chop yg super duper sedap~

~sudahnya salad ni tak ramai yang usik~

Inilah antara makanan yang terhidang semalam.. Itupun aku tak sempat nak snap gambar sup, mertabak dan doughnut....Betul-betul syurga makanan...Alhamdulillah, rezeki ramadhan...

: ptg ni aku berbuka kat uni lagi tau... Ini dah kira kes malas nak masak ke?????

Thursday, 26 August 2010

KUIH SAGU

~Inilah kuih sagu aku~
Hari Isnin baru ni aku buat kuih sagu ni... Memang senang, senang, senanggggg sangat buat kuih ni.. Tapi kalau korang nak tahu.. walaupun nak membuatnya senang...dah berpuluh tahun aku hidup, inilah first time aku buat kuih ni.. Kuih ni sebenarnya menjadi feberet anak pompuan aku yang sorang tu. Kat Mesia, kalau setakat dia yang nak makan kuih ni.. tak susah.. banyak kedai mak cik simpang yang menawarkan perkhidmatan menjual kuih ni... so..hulur duit singgit, dia bagi le 3 @ 4 ketul kuih ni... Dan kerja aku pun menjadi semudah A,B, C.... Bila dah berada jauh dari kedai mak cik simpang ni.. maka aku kenalah buat kuih ni utk anak kesayangan aku tu.. Kebetulan pulak permintaan kenkwan yang nak tengok aku buat kuih kaler MERAH.. Laaaagiiiii le bersemangat aku nak membuatnya...(w/pun sebenarnya aku pun tak confident nak buat..heeheh).. Ni kira agak2 je tau!.. Alhamdulillah menjadi gak kuih UMNO aku ni...

Aku pun tak dapat nak bagi sukatan yang betul sebab masa buat tu aku main agak-agak je... so, nanti korang adjust le ikut kesesuaian yer...


Bahan-bahannya:

  1. 400gm sagu biji (yang halus)
  2. 5-6 cawan air (aku agak-agak je)
  3. 2 cwn gula (lupa lah exactly, klu kurang manis tambah lah gula ye)
  4. sedikit pewarna merah
  5. kelapa + garam

Cara-caranya: Didihkan air. Bila dah mendidik, masukkan sagu. Kacau sentiasa utk elakkan sagu dari melekat kat periuk...Jangan lupa letakkan pewarna merah. Bila sagu dah kembang, tutup api dan tuangkan ke dalam loyang. Biarkan betul-betul sejuk sebelum dipotong dan digolek-golekkan ke dalam kelapa yang dah dicampur dgn sedikit garam...


OK, agak-agak boleh buat tak? Senang je kan bahan-bahannya? Bulan puasa ni elok jugak buat then, boleh lah pas kan kat jiran-jiran sebelah.. Panjang-panjangkan sedekah..ye tak?

~selamat mencuba~

Monday, 23 August 2010

IFTAR Lalor bersama Azni & Suzana

Hari ahad kami jemput keluarga Azni/Azlan dan keluarga Suzana/Sanusi berbuka puasa kat rumah. Diorang berdua ni antara insan yang paling awal aku kenal bila mula2 menjejakkan kaki di bumi Melbourne ni. Sejak akhir-akhir ni, kami jarang dapat makan bersama-sama di sebabkan kesibukan masing-masing dalam menimba ilmu di sini. Maklumlah diorg kan student. Aku pun student gak.. student punya isteri...Kami bertiga ni dah jadi macam keluarga sendiri. Jadi, aku rasa memang sesuai lah utk kami berkumpul semula pada majlis berbuka ni.

Aku sediakan ayam goreng, udang masak lemak berempah, sayur, sambal belacan dan kuih onde-onde (heheheh...hijau lagiii)... Manakala tetamu datang bawak puding kastad, bihun goreng dan rojak/pecal... Bila bulan puasa ni kan.. semuanya nampak cam sedap je...

~juadah berbuka~

~assistant aku kat dapur~

~pecal 10 Black St~
~makan time~
~Baby Melben...Mukhlis~
~Ikhlas.... kesayangan suami aku~

~maya, buah hati suami aku~
~ni anak kesayangan aku, Amani..pipi sama kan?~
~Inilah kami... Charlie angles Bundoora..hahah~

KUIH KOLEH KACANG 5 Ramadhan

Assalamualaikum wbt 5 Ramadhan 1442/ 17 April 2021 Alhamdulillah.. Sedar tak sedar dah 5 ramadhan hari ni. Hari ni hari Sabtu, sis sekeluarg...