Showing posts with label roti paung. Show all posts
Showing posts with label roti paung. Show all posts

Saturday, 28 March 2020

MUSHROOM SOUP & GARLIC BREAD

Assalamulaikum Malaysia....

Hari ni PKP dah hari ke 11. Bertabahlah wahai rakyat Malaysia... Selesai 14 hari PKP ni, kita akan sambung lagi 14 hari PKP Fasa 2 pulak ye. Maknanya, byk lagi kena keluarkan menu kita ni kan.. hahaha...Lagi mahir la skill memasak kita2 semua.

Seperti yg semua maklum, semalam sis buat 2 ketul roti putih ala2 roti gardenia, malah sis rasa roti yg sis buat ni lg sedap pulak. Hahaha terpuji diri sendiri la pulak...

Seperti yg dirancang, roti yg sis buat ni nk buat roti bawang putih dan sup cendawan. Haishhh mcm x cantik pulak nama Melayunya. Nampak ketimuran sangat. Meh sis sebut bahasa western sikit. Lagipun makanan ni ala2 western makanya sebutan pun kena ada bunyi2 western jugak la... Mushroom soup and garlic bread... Haa baru lah nampak meriah agitewww.... Yang penting kita rasa bangga sbb roti buat sendiri, mushroom soup dan garlic bread pun hasil tangan kita juga yg sama standard je dgn restoran western tu...

Hantik tak gambo roti bawang putih sis ni???



ajommm kita buat sup cendawan..

Resepi Mushroom Soup
7-8 biji cendawan shitake segar(beli kat pasaraya yg dlm bungkusan-warna coklat tu)
-ambil 2 biji cendawan di racik halus-blh pakai copper/kisar kasar gitu/dicincang
-6 biji belah 4
1/2 biji bawang holand- dimayang
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum
sedikit parsley atau origano kering
2 cawan susu segar
1 cawan air
1 ketul kiub ayam
1 sd kecil serbuk lada hitam
garam secukupnya

Cara-cara:

1. Panaskan mentega dalam periuk.
2. Tumis bawang holland hingga naik bau.
3. Masukkan cendawan butang yg dibelah 4 tadi. Kacau hingga cendawan layu.
4. Masukkan tepung gandum dan kacau lagi.
5. Masukkan 1 cawan air dan matikan api.
6. Masukkan dalam blender, masukkan kiub ayam dan kisar hingga halus.
7. Tuang semula dlm periuk tadi.
8. Masukkan cendawan yg dicincang halus tadi(untuk dapatkan texture yg kasar2 bila makan nanti).
9. Masukkan susu segar, serbuk lada hitam, sedikit origano atau parsley dan garam bila perlu.
10. Bila dah mendidih, sekatakan rasa garam, lada hitam dan origano. Jika terlalu pekat boleh ditambah dengan sedikit air.
11. Bila dah sesedap rasa, blh la ditutup api dapur.







 Resepi Garlic Bread

Beberapa keping roti putih.(kalau dapat yg homemade lg bagus lah).
5 ulas bawang putih diketuk dan diracik(eh betul ke ayat sis ni. Kalau bahasa omputehnya chopped kan bwg putih tu. Senang citer masukkan dalam chopper, dia akan hancur sekata je... gitu.. )
3 sudu besar mentega yg dibiarkan pada suhu bilik.

Cara-cara:
1. Campurkan bawang putih yg telah di "chopped" td dengan mentega. Kacau sebati.
2. Sapukan pd permukaan roti, susun atas dulang pembakar dan bakar atas oven menggunakan api atas sahaja. Sebabnya kita nak garingkan bahagian roti yg ada bawang putih dan mentega. Bila cicah dgn sup cendawan tu, wallaaaa dgn rangup roti dan rasa bwg putih tu.. takleh nak citer sedapnya. Rasanya macam cicah garlic bread dgn mushroom soup kat pizza hut tu..Even yg kita buat sendiri lg sedap rasanya. Percayalah ckp sis ni.
**** ataupun... Kalau ada air fryer kat rumah.. blh lah sapu roti tu dan masuk air fryer sekeping demi sekeping. Pastikan cicah dgn sup masa roti tu masih rasa panas2, suam2 gitu.. memang sedap giler uols... Tak terkata keenakannya... hahaha.
Ok la dah byk sgt sis merepek ni. Selamat mencuba ye...





Friday, 27 March 2020

ROTI PUTIH LEMBUT ALA2 ROTI GARDENIA

Assalamualaikum Malaysia.

Hari ni pkp hari ke 10. Bila dah masuk hari ke 10 ni, ada lah terdengar2 yg stok roti gardenia pun dah susah nak dapat di kedai2. Kalau pegi beli roti sebelah ptg alamtnya mmg x dapat la. Sis ingat lg masa sis keluar beli barang pd hari ke 6 PKP. Masuk 99 speedmart, roti gardenia habis, pegi masuk kedai runcit area Tg Bidara, pun habis. Masuk kedai runcit kedua baru la ada roti gardenia ni, itupun tinggal 2 bungkus je roti gardenia putih dan wholemeal. Mak aii...laku keras roti time pkp ni. Ataupun mungkin, pekerja pun dah kurang, maka stock roti pun x dapat dikeluarkan dlm jumlah yg banyak spt hari2 biasa. Maka, yg sis nak cerita kat sini... yg sis mula bersemangat nk buat roti sendiri. Kali terakhir sis buat roti ni, kalau x salah ialah 6 ke 7 tahun lepas. Lama tu kan?. Bukan ape, drp sis dok heboh nak buat roti, baik le sis golek2 je depan TV. Dgn penat dan tekanan kerja...Nak roti, 7e ada, kedai runcit ada... dgn harga RM3.30 sis dpt beli sebungkus roti utk makan 3 hari... Ko rase??? nak susahkan diri meroti ke atau beli je kat kedai?

Berbalik pada kisah roti sis ni. Disebabkan dah lama x meroti, makanya sis kumpul lah beberapa resepi roti putih dan hadam betul2 bahan2 utk meroti. ada resepi letak bahan A, ada resepi x letak dan begitulah sebaliknya. Pening jugak beberapa hari ni dok baca kisah roti putih ala2 gardenia ni. Muncul lah mcm2 blog, macam2 youtube dan mcm2 video sis tgk. Setiap resepi, ada cara tersendiri buat roti tapi sis SERAAMMM juga takut resepi tak seindah rupa.. Hahahaha..sebab kalau buat tak jadi, ianya menentukan smngt kita utk meroti yg seterusnya. Maka dgn lafaz Bismillahirahmanirrahim... sis pilih chanel spt di bawah. Setakat ni sis puas hati meroti menggunakan water roux. Sebabnya, 6-7 tahun dulu sis buat roti cheese dan roti kacang merah menggunakan water roux jugak. Cantik kejadian roti sis masa tu, lembut dan gebu gebas gitu..... Haaa sejarah betul. Bagi kawan2 dan adik2 atau anak2 yg nak cuba buat roti putih ala2 roti gardenia yg lembut, blh la ikut link di bawah. Hadam betul2, inshaallah blh buat..

Kredit kpd Channel Youtube "Buat Orang Lapo" atas perkongsiaan video ni...

https://www.youtube.com/watch?v=Cld_kYQwEuA

Tapi kan, cubaan pertama sis tak menghampakan, cumanya kurang masa membakar. Roti elok cantik tp belah bawahnya x cukup garing.. lembut lagi...dalamnya masih ada lembut2 lagi. Sepatutnya kena tambah masa memasak. Ni sebab kes x sabar nak tgk kejadiannya. Bila bahagian atas dah kekuningan, sis dah terlebih excited... terus keluarkan dari oven dan keluaran dari loyang dan potong. Hahaaha macam bebudak je kan... x menyabau kata org melaka. tak sempat sejuk, sudahnya roti tu turun sikit hahaha. Tapi kejadiannya tak menghampakan. cantikkkkk....
Dan hasil roti tu, dapat la dimakan dgn mushroom soup dan garlic bread pd sblh ptgnya. So, kat sini nk kasi resepi roti ke nak kasi resepi mushroom soup n garlic bread? hahaha dah kompius pulak.
Gambar pertama ni adalah kejadian roti sis yg buat kali kedua pd sebelah malamnya. Sebab kes tak puas hati kejadian roti di siang hari tadi. Walaupun roti pertama kurang cantik, tap dah tingga suku je sbb ptg nya dah buat roti bawang putih yg dimakan dengan sup cendawan. Sangat sedap...Nantikan resepi sup cendawan dan roti bawang putih.


ROTI PAUNG (ala2 roti putih gardenia)

Bahan-bahan:
water roux
-6 sdb air + 2 sdb tepung high protein (masak hingga menjadi mcm kanji)-ketepikan

113 ml air suam + 2 sd besar yis (1 peket yis) + 50 gm gula perang
** satukan bahan dan biarkan 5-10 minit. Yis akan mengembang

2 sd besar mentega-cairkan (biarkan sejuk)
1 biji telur(jgn lupa basuh dulu)

Satukan bahan2 di bawah:
312 gram tpg high protein
2 sd besar susu tepung
1 sd kecil garam
1/2 sd kecil bread improver
1/2 sd kecil pelembut roti

Cara-cara:
1. Masukkan telur dan mentega dlm mangkuk. Kacau sebati sehaja.
2. Masukkan yis yg telah kembang tadi.
3. Masukkan bahan2 tepung. Gaul sebati.
4. Bila dah menjadi doh, masukkan water roux tadi dan uli sebati hingga tepung elastik ataupun kurang melekat di tangan. Kalau pakai mixer, lagi senang la.
5. Rehatkan doh selama 1 jam ataupun sehingga doh naik sekali ganda
6. Keluarkan dari bekas, (rujuk youtube...) Uli lagi untuk keluarkan angin dari doh.
7. Leperkan dgn kayu penggelek... Gulung doh padat2 dan letakkan dalam dulang pembakar.
8. Rehatkan doh 40 minit hingga 1 jama atau hingga doh naik lagi sekali ganda.
9. Bila doh betul2 dah naik.. bakar dlm oven dgn suhu 170C-180C-bgantung pd oven.
10. Bakar api bawah selama 20 minit, kemudian guna api atas bawah utk bakar permukaan atas roti lbh kurang 5 minit supaya dapat warna coklat yg cantik.(golden brown).
** apa2 pun sila rujuk youtube betul2 ye. Sis pun tgk dekat 10 kali sblm buat roti ni ye... hahaha.


Ini adalah rupa roti yg dibakar kali kedua. 
sungguh cantik kejadiannya.




 Ini pula adalah roti yg pertama kali sis buat, 
rasa cantik sgt dah tp di dalamnya masih lembut lg


rupanya dah cantik, tp yg buat kali ke2 lg cantik heheheh
rujuk gambar paling atas 

KUIH KOLEH KACANG 5 Ramadhan

Assalamualaikum wbt 5 Ramadhan 1442/ 17 April 2021 Alhamdulillah.. Sedar tak sedar dah 5 ramadhan hari ni. Hari ni hari Sabtu, sis sekeluarg...