Tuesday 31 March 2020

PAIS IKAN PATIN

Assalamualaikum wbt

PKP COVID 19 HARI KE 14 KUARANTIN

Hari ni adalah hari ke 14 kita semua berada di dalam perintah kawalan pergerakan kerana ingin memutuskan rantaian covid 19. Namun, esok akan bermula Fasa ke 2 kuarantin yg bersambung selama 14 hari lagi. Sebagai rakyat Malaysia, seharusnya kita akur dgn arahan yg diberikan demi kebaikan kita semua Sentiasa stay at home, jalankan social distancing, keluar rumah jika perlu bg seorang wakil setiap keluarga. Semoga wabak covid segera berakhir.

Hari ke 14 PKP ni bermakna 14 hari menu kuarantin sis akan berakhir hr ni. Maknanya sis kena lah usaha tambah lg 14 hari menu sempena kuarantin ni. Ok, esok kita fikir lain ye. Jom kita ke menu 1 hari 1 menu sis iaitu PAIS IKAN PATIN. Seperti yg sis bagitau tempohari, ikan patin ni sis import dr Pahang yg kebetulan sis ke Kuantan pd 29 Februari lepas. Beli 3 ekor yg besarnya dlm 1kg lebih setiap satunya. Semasa PKP bermula ikan ni masih ada 4 kerat(2 ekor yg dipotong 2). Hari pertama pkp, sis masak stim bhg kepala. Dan hari ni sis masak bahagian ekornya utk dibuat pais tempoyak. Masih ada 2 kerat lg kita simpan dulu dan tgh pikir utk menu hari ke berapa pulak hahaha.

Ok jom kita tgk resepi pais ikan patin cara sis.


RESEPI PAIS TEMPOYAK IKAN PATIN

BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ikan patin (lbh kurang 600 gram berat)
segenggam cili padi
2 inci kunyit hidup
2 senduk tempoyak
sedikit garam dan gula(jika tempoyak kurang manis tambah sedikit gula)

-tumbuk cili api dan kunyit hidup. Kemudian gaulkan dengan gula, garam dan tempoyak. Ketepikan.

Bahan rampai.(racik)

2 helai daun kunyit
10 helai daun kaduk
segenggam daun kesum
1 cawan terung pipit/manggur (ada byk ni je kat pokok hahah)
-terung pipit diketuk sedikit menggunakan lesung. Bagi pecah-pecah terung tu.

Cara-cara: 
Satukan bahan tumbuk dengan tempoyak. Masukkan dalam satukan, satukan pula denga sayur rampai yg diracik tadi, dan terung pipit. Gaul sebati.
Sediakan aluminium foil, dan lapis daun pisang di atasnya.
Letakkan beberapa sudu campuran daun tadi ke atas daun pisang. Kemudian letak ikan di atasnya.
Selepas itu, letak pula bahan campuran daun di atas ikan. Sila rujuk gambar di bawah.
Letakkan campuran tempotak itu hingga habis. Kemudian balut ikan dengan daun pisang dan aluminium foil. 
Letakkan di atas pembakar ajaib. Hidupkan api. Bakarlah ikan tersebut dengan api perlahan sehingga masak.
Sedia untuk dihidang.








Monday 30 March 2020

BIHUN SOTO KUARANTIN

Assalamualaikum wbt

PKP hari ke 13 Covid 19.

Hari ni dh pun hari ke 13 kita di dalam PKP. Dan PKP ni akan dilanjutkan kepada Fasa 2 selama 14 hari lagi. Ya Allah, semoga wabak ini cepat berlalu. Jauhilah kami semua dr bahaya covid 19.
Hari ke 13 PKP ni bermakna, 2 menu lagi yg perlu sis sempurnakan. Menu makan tengahari kami hari ni ialah BIHUN SUP aka BIHUN SOTO versi kuarantin. Seperti biasa, kita guna bahan yg ada je. Tauge tak ada, jadi kita skip je lah
Meh kita cek bahan-bahan yang ada di rumah.. Bihun, ayam bhg tulang(sup), isi ayam(goreng dan dicarik2), suoo hoon, kentang(begedil), cili kicap.

Resepi BIHUN SOTO versi Kuarantin




Bahan-bahan
A)
Celur Bihun dan ketepikan-sebenarnya lepas hidang semua dan ready nak ambil gambar, baru perasan yg bihun belur celur lagi hahaha..lawak kannn...

B) Bahan Sup

2 cawan ayam-bahagian tulang yg telah di potong kecil
5 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
1 inci halis
rempah 4 sekawan
1 bungkus sup bunjut
2 sudu rempah kurma-ada dlm simpanan dh beli lama-expired 2021
2 sudu rempah sup-sama mcm rempah kurma juga
1 ketul kiub ayam

Cara: Panaskan sedikit minyak utk menumis. Tumis empat sekawan. Bawang putih, bwang merah dan halia ditumbuk dan ditumis hingga naik bau. Masukkan rempah kurma dan rempah sup dan tuang sedikit air supaya rempah tadi tidak hangus. Kacau hingga naik bau, masukkan ayam bhg tulang tadi. Kacau rata dan masukkan air secukupnya. Biarkan mendidih dan ayam cukup masak.Jangan lupa masukkan kiub ayam(xde pun takpe) dan garam secukupnya. Lagi lama reneh, lagi mesra rempah ratusnya..hahaha betul ke ayat tu. Bila sup dah masak, tutup api dan ketepikan.

C) ayam goreng
1 keping dada ayam. Gaul dgn garam dan kunyit. goreng. Bila dah masak angkat dan diracik-racik isi ayam tadi.. Ketepikan.

D) Begedil
2 biji kentang sederhana. Potong wedges dan digoreng. Kemudian tumbuk. Masukkan dalam bekas.
4 ulas bawang kecil dimayang
1 ulas bawang putih dimayang.
-Goreng bawang. Bila dah garing, angkat dan masukkan ke dalam bekas kentang yg telah ditumbuk tadi.
-3 sudu besar udang kering-ditumbuk halus dan masukkan dalam bekas kentang.
-sedikit daun bawang dan daun sup diracik dan dimasukkan ke dalam bekas kentang.
Garam secukupnya.
1 biji telur (utk goreng)

-Gaul sebati bahan-bahan tadi. Buat bulat-bulat dan dileperkan macam piring terbang tu ye.

Panaskan minyak secukupnya.
Pecahkan telur dalam mangkuk kecil dan kacau sebati. Celup begedil dgn telur dan goreng dengan api perlahan. Bila dah masak, angkat dan ketepikan.

D) Sambal kicap
Segenggam cili api(ikut kepedasan masing-masing). Nak cakap secubit mcm nak ambil garam pulak. Nak kata beberapa biji, tak bilang pulak cili tu hahaha...
5 ulas bawang putih-goreng sebiji-sebiji. (jangan ko tumbuk dan tumis bawang putih mcm nak goreng sayur pulak....)

Masukkan cili dan bawang putih, tumbuk hingga lumat. Tuang dlm 1/2 cawan kicap lemak manis. Perah air limau nipis atau lemon atau limau kasturi. Jangan la letak limau purut pulak. Perasakan dengan garam dan gula. Mesti ada rasa masin, manis dan masam. Biar sebati. Masukkan dlm mangkuk sesuai dan sedia dihidang

E) Soo hoon goreng
ambil sedikit sedikit soo hoon. Jangan di basuh. Cerai-ceraikan soo hoon tu. Masukkan dlm minyak yang panas dan goreng. Soohoon tu akan kembang sedikit mcm kita goreng keropok lebih kurang. Angkat dan sedia dihidang.

Bila semua bahan dah disediakan. maka boleh la dihidang utk makan tengahari ke, minum ptg ke or makan malam. Pilih la masa yg awak awak semua suka.



Dah helok snap pic, baru perasan, bihun tiada dlm ini kes. Adoiyaii
Lepas snap gambar yg ada bihun, terdelete pulak. mujur ada lg dlm ig story hehehe


Sunday 29 March 2020

LEMAK PUTIH BAYAM BRAZIL DAN TEBU TELUR

Assalamualaikum wbt

Hari ni pkp hari ke 12.
Menu hari ni ialah sambal sardin dan sayur lemak putih bayam brazil dicampur dgn tebu telur.
Siapa sangka, di saat PKP ni kita jadi kreatif dalam mengolah barang mentah untuk dijadikan masakan. Seperti sis.... Hari ni masak sambal sardin dan dok pikir-pikir apa la sayur yg nak digandingkan dgn sambal sardin ni. Dalam pada tu, sis teringat akan sayur bayam brazil sis yg ada di tepi dapur ni. Dapat pulak tebu telur sis mengeluarkan hasil. Time PKP ni pulak, dpt byk telur tebu ni. Selalunya dpt 1-2 je telur ni.. tapi kali ni ada 5 batang. Cukup lah utk buat masakan kami bertiga beranak. Alhamdulillah Allah bagi rezeki lebih pulak tebu telur ni mengeluarkan hasilnya.



 Resepi: LEMAK PUTIH BAYAM BRAZIL DAN TEBU TELUR

Bahan-bahan: (utk 1 mangkuk shj)
1/2 kotak santai Kara (100 ml)
3/4 cawan air
1/2 biji ciibesar merah-dimayang
ikan bilis secukupnya-ditumbuk
2 ulas bwg kecil-dimayang
garam secukupnya

1 mangkuk bayam brazil
5 batang tebu telur(potong spt dlm gambar)

Cara-cara:
Masukkan 3/4 cawan air ke dalam periuk kecil.
Masukkan bawang, ikan bilis, cili, bayam brazil dan tebu telur. Biarkan hingga mendidih.
Kacau-kacau sekali sekala. Bila dah mendidih, masukkan santan dan kacau lagi.
Masukkan garam. Jangan berhenti kacau kerana takut santan berketul. Api perlahan ye.. Bila santan dah mendidih, tutup api dan sedia dihidang.


 









SAMBAL SARDIN

Assalamualaikum wbt

Hari ni PKP dah masuk hari ke 12.
Seperti biasa, sis meneruskan misi 1 hari 1 menu yg telah dirancang. Hari ni kita masak sardin sambal yg digandingkan dengan sayur bayam brasil yg dimasak lemak putih dicampur dengan tebu telur. Satu kombinasi yg sgt baik sebenarnya.
Bila dah PKP masuk hari ke 12 ni, dah buntu nak masak apa. Mujur ada simpanan stok sardin 4 tin lagi yg akan digunakan bila takde lauk yg nak masak. Oleh kerana, nak keluar beli barang runcit hanya bila ada keperluan mendesak sahaja, jadinya, kami takdelah pegi bila teragak je nak beli barang. Kalau setakat nak keluar beli sayur semata-mata, lebih baik tak perlu keluar drp nak berhadapan dgn ramai org kan. Makanya, kepala sis ni dok pikir, apa sayur yang sesuai yg blh dimasak utk digandingkan dengan sambal sardin ni. Selalunya, bayam brazil kat tepi dapur rmh sis ni akan dijadikan sebagai penyelamat sekiranya takde sayur di rumah. Jika masakan lauk berkuah seperti asam pedas ke, kari ikan ke..., bayam brazil blh lah dijadikan sebagai ulam.
Hari ni sis buat sambal sardin, makanya sis cuba buat masak lemak putih bayam brazil dicampur pula dengan tebu telur yg ada dipetik semalam dlm 4-5 batang. Lepas la utk kami makan 3 beranak. Dan hasilnya, memang sedap rupa-rupanya bayam brazil ni buat lemak putih. Selama ni kita takut je nak masak bayam brazil ni.. Dah set kat minda, sesuai utk ulam sahaja. hehehe...


RESEPI SAMBAL SARDIN

1 tin sardin cap ayam
1/2 biji bawang holand
5 ulas bawang putih
1 senduk cili kisar
1 keping asam gelugor
2-3 biji cili api(sebiji sebiji
minyak utk menumis
garam-jika perlu

Cara-cara:
Tumis bawang putih dan cili kisar hingga garing.
Masukkan asam gelugor/asam keping dan bawang besar
Masukkan ikan sardin dan cili api sebiji sebiji
garam jika perlu. Ikan sardin biasanya dah masin, jadinya hati2 ketika letak garam. Rasa tahap kemasinan dulu pun ok jugak.
Biarkan mendidih seketika, tutup api dan siap....

Sesuai dimakan dengan apa-apa sayur masak lemak putih...Gambar di bawah, kami makan nasi beras perang+beras merah.







ROTI OATMEAL

Assalamualaikum wbt

PKP hari ke 13 kuarantin. Semenjak musim PKP ni, rata2 dalam media sosial mengatakan yg susah nk dpt stok roti gardenia. Makanya dah kali ke3 ke 4, sis meroti. Kali ni sis buat oatmeal menggunakan resepi che mat gebu. 
Blh klik link di bawah ni.


Bahan Doh Span :-)
320 g tepung roti
2 camca teh instant yeast
180 ml air + 2 camca besar air
1/2 camca teh bread improver*
1/2 camca teh bread softerner*(*optional)

Bahan Lain :-)
80 g Quaker Oat
60 ml air
6 g garam
25 ml madu
25 g gula perang (brown sugar)
30 g mentega

Cara membuatnya :-)
  1. Satukan bahan2 untuk doh span, gaul rata sehingga menjadi doh, bulat2kan dan letak dalam bekas, tutup dengan plastic cling dan perap 3 jam.
  2. Masukkan oat, air, garam, madu dan gula perang ke dalam doh span tadi, uli hingga sebati dan rata. Masukkan mentega sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga mendapat doh yang lembut dan licin.
  3. Bahagikan doh kepada 4 bahagian yang sama besar (kurang lebih 200 g setiap bahagian) bulat2 dan rehatkan 15 minit. Ambil satu bahagian doh, leperkan sedikit dan gulung seperti swissroll hingga kemas. Alih ke dalam tin berukuran ( 5 x 3 x 3 ) inci. Buat hingga siap (mat gunakan 4 tin).
  4. Tutup tin dengan kitchen towel dan biar 45 minit hingga roti naik, sapu permukaannya dengan sedikit air dan tabur oat sebagai hiasan. Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 30 minit. Keluarkan dari tin selepas roti masak dan sejukkan sepenuhnya atas jaringan.
  5. KAEDAH LAIN :- Masukkan bahan doh span ke dalam "breadmaker", pilih setting untuk doh dan tekan "on". Biar hingga siap dan biarkan 2 jam lagi dalam BM. Kemudian tambah bahan2 lain dan set balik BM pada setting untuk doh dan tekan "on". Selepas habis proses menguli (kurang lebih 30 minit, mengikut BM masing2), keluarkan doh dan buat seperti keadah no. 3, kalau tak de tin macam mat punya tu, boleh juga dibulat2kan seperti "bun"...











ROTI SIAM

Assalamualaikum....

Seperti yg diketahui, sis buat roti putih ala-ala gardenia sampai 2 ketul. SO lepas ni, tak perlu la nak susah2 berebut nak beli roti gardenia lagi. Bagi peluang pd org lain yg lbh memerlukan roti tu utk beli.  Roti yg sis buat 2 hr lepas masih ada lg. Makanya hr ni sis buat roti siam. Rindu nak makan roti siam ni. Sis pandai makan roti siam ni semasa bercuti di Kelantan 11-12 tahun dulu yg diperkenalkan oleh seorang kenalan. Famous di kopitiam di Kelantan. 
Jadinya menu roti siam ni adalah utk minum petang kami semalam merangkap makan malam. Alhamdulillah kenyang sampai pagi. 


Apa roti siam ni???
Ianya adalah kombinasi roti handmade di bakar atas kuali atau pun atas dapur arang..(gitu la lbh kurang, bukan guna toaster ye) yang dicicah dgn hand made kaya dan dicampur dengan santan. Memang serius sedap. Sejak itu, ianya menjadi kegemaran sis dan anak-anak. Suami sis tak termasuk dlm cerita ni ye sbb dia x reti makan cicah santan tu. Dia blh makan roti bakar dan kaya je. Tak kisah la..less people more share. 

Ok, sis dah bagi gambaran macam mana roti siam ni kan. So, sape yg takde handmade roti, boleh je la bakar roti gardenia dan cicah la dgn santan dan kaya. 



ROTI SIAM

Bahan A
Handmade roti putih- Bakar guna air fryer atau pun je la dalam pembakar roti tu. hehehe

Bahan B
1/2 santan kotak di cairkan dgn suku kotak air.(maknanya kalau 1/2 cwn santan + 1/4 cwn air panas. Letak secubit garam dan kacau sebati. Letak dalam mangkuk.

Bahan C
Handmade Kaya
-2 biji telur gred B(basuh)
-air gula melaka(lebihan air gula semasa buat sagu gula melaka)
-200 ml santan kotak+ 1 kotak air
2 sudu rata tepung jagung
-sehelai daun pandan
-1 sudu kecil garam(dah letak tu, kacau2 dan letak kat lidah. Kena ada rasa manis dan masin2 sikit. 
*** Masukkan dlm blender kecuali daun pandan disimpul. kisar.
-Masukkan dalam periuk. Letak daun pandan. Masak dgn api sederhana sahaja. Kacau sentiasa. Sis x suka kaya terlalu manis mcm kaya yg dijual dikedai. Agak2 manis macam buat pengat tu je ye. So rasa la dgn hujung lidah tu. Mesti ada manis2 buah dan ada rasa masin2 sikit. Baru la balance secukup rasa. 
Kacau hingga pekat. Tutup api dan sedia dihidang

Kalau semua bahan di atas selesai. Hidang ikut gambar bawah tu. 
Pastikan roti di bakar dan makan ketika panas-panas. Baru rasa aromanya

Letak kaya dalam piring dan letak santan di atasnya. Kemudian cicah la dgn roti bakar tadi. 
Serius sedap sangat. Blh uols cuba ye. Malas nak buat roti sendir. Guna je roti gardenia. senang citer.





Saturday 28 March 2020

IKAN KERING GORENG KETUMBAR

Assalamualaikum...

Hari ni PKP ke 11 sis masak kari kan jenahak. Kebetulan pula sis ada 2 keping isi ikan patin beli 4-5 bulan dulu. Dok keluar peti masuk peti keluar peti masuk peti. Sudahnya dah x snggup nak masak sbb ikan ni pun dah hilang manis nya. Nak dibuang terasa sayang. So sis decide nak simpan dulu dan jika ada masa sis nk lumurkan dgn garam kasar jadi ikan kering. Tapi sape tahu, musim PKP ni, lauk ni berguna kan. Kalau nk masak lauk sebagai menu utama, rasanya dah tak sesuai sbb ikan ni dah xde manisnya dah.So alang2 sis dah buat masak kari, maka sis buat keputusan jadikan ikan ni sbg menu sampingan. Kalau sedap, kita makan, kalau tak sedap, sekurang-kurangnya dah ada lauk utama kan...  Sis potong kecil2 dan nipis-nipis, gaul garam kunyit dan goreng kering-kering macam goreng ikan talang kering tu.

Resepi ikan kering ketumbar

Bahan-bahan:
Ikan kering secukupnya (ikan talang/ikan kurau)-sis guna ikan patin zaman jepun.
-ikan patin potong nipis, gaul garam kunyit(kuran/talang xyah letak garam sbb dh masin)
-goreng ikan ni hingga garing
-angkat dan ketepikan.

5 ulas bawang kecil-dimayang
3 ulas bawang putih-dimayang
3 sudu besar ketumbar_basuh dan toskan
3 tangkai cili kering-kerat 2

-Selepas goreng ikan tadi, keluarkan ikan. masukkan bawang merah dan bawang putih yg dimayang td.
-goreng bawang atas api sederhana sahaja kerana takut bawang cepat hangus. Kacau-kacau supaya bawang garing sekata.Bila bawang hampir garing, perlahankan api. Bila dah kekuningan, masukkan ketumbar dan cili kering dalam bawang tadi. Kacau-kacau dalm 1-2 minit supaya ketumbar masak/garing.
-Kemudian, masukkan ikan kering tadi. Tak perlu tambah garam.
-Sediakan tapis santan dan tadah la tapis tu dengan bekas yg tahan panas. Tuangkan semua bahan dalam kuali tadi. Sebabnya nak angkat satu-satu jenuh la nak kutip ketumbar tu halus-halus. Bila dah tos minyak, masukkan dlm pinggan. Siap
Tengok gambar spt di bawah.

**** Blh juga ganti ikan masin ni dengan ikan bilis. Caranya sama, goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan. Lepas tu utk proses seterusnya, ikut je langkah goreng bawang tu.. SEDAPPP

Kalau kena gaya, blh mengalahkan ranking ayam goreng tau!!!














KARI IKAN JENAHAK

ASSALAMUALAIKUM WBT

Hari ni dah hari ke 11 PKP. sempena wabak covid 19 ni.  Moga rakyat Malaysia terus tabah. Ketahuilah, bukan kita di Malaysia sahaja yg perlu mengasingkan diri dgn org luar... org di negara lain juga membuat perkara yg sama demi mengelak penularan wabak covid yg semakin membimbangkan dunia. Semoga kawan-kawan yg membaca blog ni dapat mendoakan keselamatan anak sis yg berada jauh di perantauan iaitu di Amerika Syarikat. Doakan semoga anak bujang sis dipelihara oleh Allah, diselamatkan dr bahaya dan dipermudahkan segala urusannya. Mohon aminkan dlam hati seikhlasnya ye kawan-kawan. Terima kasih buat kawan-kawan yg mendoakan.

Ok jom kita ke resepi hari ke 11 ni iaitu kari ikan jenahak.


Resepi Kari Ikan Jenahak

Bahan-bahan:
3 potong bahagian badan ikan jenahak(kepala dan ekor ikan ni dah buat masak asam pedas sblm PKP hr tu)
-blh je ganti dgn apa2 ikan ye. Ikan bilis mmg x boleh la.
3 ulas bawang kecil
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 biji bawang besar -dimayang
rempah 4 sekawan(kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih)
5-6 sudu besar rempah kari ikan
air asam jawa secukupnya
2 cawan air
Garam dan maggi cukup rasa(pilihan)
Gula(x letak sbb x suka manis)
2 tangkai daun kari-tepi rumah sis.hahaha...
minyak utk menumis.

1/2 biji tomato
1 cawan terung pipit tepi rmh-Musim PKP ni kena kreatif. Terung hutan ni pun blh dijadikan rencah masakan. Yg penting ianya sgt byk khasiatnya. blh google khasiat terung pipit. 

Cara-cara:
1. Ikan dibasuh dan ketepikan.
2. Tumbuk bawang putih, bawang kecil dan halia.
3. Panaskan 1/2 cawan minyak. Masukkan daun kari, rempah 4 sekawan, bawang besar yg dimayang. Kacau hingga agak garing. Masukkan bahan tumbuk. Kacau lagi hingga naik bau.
4. Perlahankan api dan taburkan serbuk kari. Semasa proses letak rempah kari ikan ni, sediakan air siap2 kat tepi dapur tu ye. Bila letak rempah kari, ianya akan cepat kering dan berketul. Masukkan air sedikit dan tambahkan sedikit minyak, agak2 supaya dapat garingkan serbuk kari ni. maknanyaserbuk kari perlu mereneh(hahaha betul tak ayat ni). Ianya akan menggelegak dan nmpk tepi2 kuali tu kesan minyak utk garingkan dan wangikan rempah tu. Kalau x cukup, tambah minyak sikit2. Bila kari dah masak dan pecah minyak, masukkan ikan. masukkan air asam jawa secukupnya. Ingatt... Kuah kari ni mesti pekat sebab sis tak letak santan. Rujuk gambar sis utk lihat konsistensi karinya ye...
5. Masukkan garam dan maggi cukup rasa. Yang suka letak gula, blh letakkan sedikit gula. 
6. Masukkan terung pipit dan biarkan mereneh seketika. Sebelum tutup api, masukkan tomato. 

MUSHROOM SOUP & GARLIC BREAD

Assalamulaikum Malaysia....

Hari ni PKP dah hari ke 11. Bertabahlah wahai rakyat Malaysia... Selesai 14 hari PKP ni, kita akan sambung lagi 14 hari PKP Fasa 2 pulak ye. Maknanya, byk lagi kena keluarkan menu kita ni kan.. hahaha...Lagi mahir la skill memasak kita2 semua.

Seperti yg semua maklum, semalam sis buat 2 ketul roti putih ala2 roti gardenia, malah sis rasa roti yg sis buat ni lg sedap pulak. Hahaha terpuji diri sendiri la pulak...

Seperti yg dirancang, roti yg sis buat ni nk buat roti bawang putih dan sup cendawan. Haishhh mcm x cantik pulak nama Melayunya. Nampak ketimuran sangat. Meh sis sebut bahasa western sikit. Lagipun makanan ni ala2 western makanya sebutan pun kena ada bunyi2 western jugak la... Mushroom soup and garlic bread... Haa baru lah nampak meriah agitewww.... Yang penting kita rasa bangga sbb roti buat sendiri, mushroom soup dan garlic bread pun hasil tangan kita juga yg sama standard je dgn restoran western tu...

Hantik tak gambo roti bawang putih sis ni???



ajommm kita buat sup cendawan..

Resepi Mushroom Soup
7-8 biji cendawan shitake segar(beli kat pasaraya yg dlm bungkusan-warna coklat tu)
-ambil 2 biji cendawan di racik halus-blh pakai copper/kisar kasar gitu/dicincang
-6 biji belah 4
1/2 biji bawang holand- dimayang
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum
sedikit parsley atau origano kering
2 cawan susu segar
1 cawan air
1 ketul kiub ayam
1 sd kecil serbuk lada hitam
garam secukupnya

Cara-cara:

1. Panaskan mentega dalam periuk.
2. Tumis bawang holland hingga naik bau.
3. Masukkan cendawan butang yg dibelah 4 tadi. Kacau hingga cendawan layu.
4. Masukkan tepung gandum dan kacau lagi.
5. Masukkan 1 cawan air dan matikan api.
6. Masukkan dalam blender, masukkan kiub ayam dan kisar hingga halus.
7. Tuang semula dlm periuk tadi.
8. Masukkan cendawan yg dicincang halus tadi(untuk dapatkan texture yg kasar2 bila makan nanti).
9. Masukkan susu segar, serbuk lada hitam, sedikit origano atau parsley dan garam bila perlu.
10. Bila dah mendidih, sekatakan rasa garam, lada hitam dan origano. Jika terlalu pekat boleh ditambah dengan sedikit air.
11. Bila dah sesedap rasa, blh la ditutup api dapur.







 Resepi Garlic Bread

Beberapa keping roti putih.(kalau dapat yg homemade lg bagus lah).
5 ulas bawang putih diketuk dan diracik(eh betul ke ayat sis ni. Kalau bahasa omputehnya chopped kan bwg putih tu. Senang citer masukkan dalam chopper, dia akan hancur sekata je... gitu.. )
3 sudu besar mentega yg dibiarkan pada suhu bilik.

Cara-cara:
1. Campurkan bawang putih yg telah di "chopped" td dengan mentega. Kacau sebati.
2. Sapukan pd permukaan roti, susun atas dulang pembakar dan bakar atas oven menggunakan api atas sahaja. Sebabnya kita nak garingkan bahagian roti yg ada bawang putih dan mentega. Bila cicah dgn sup cendawan tu, wallaaaa dgn rangup roti dan rasa bwg putih tu.. takleh nak citer sedapnya. Rasanya macam cicah garlic bread dgn mushroom soup kat pizza hut tu..Even yg kita buat sendiri lg sedap rasanya. Percayalah ckp sis ni.
**** ataupun... Kalau ada air fryer kat rumah.. blh lah sapu roti tu dan masuk air fryer sekeping demi sekeping. Pastikan cicah dgn sup masa roti tu masih rasa panas2, suam2 gitu.. memang sedap giler uols... Tak terkata keenakannya... hahaha.
Ok la dah byk sgt sis merepek ni. Selamat mencuba ye...





KUIH KOLEH KACANG 5 Ramadhan

Assalamualaikum wbt 5 Ramadhan 1442/ 17 April 2021 Alhamdulillah.. Sedar tak sedar dah 5 ramadhan hari ni. Hari ni hari Sabtu, sis sekeluarg...