Showing posts with label DONUT. Show all posts
Showing posts with label DONUT. Show all posts

Tuesday, 17 January 2012

Roti Sosej


Assalamualaikum... dan salam sejahtera buat semua... Hari ni aku nak masukkan entry yang dah seminggu diperam tapi tak sempat2 nak post. Aku buat sosej salut tepung ni untuk anak-anak bawak bekal ke sekolah. Ye lah kan..anak-anak dah biasa dgn budaya bawak bekal semasa mereka bersekolah di Melbourne. Lecehhhh katanya nak beratur berebut-rebut beli makanan kat kantin. Sudahlah masa rehatnya singkat sgt, bila masa nak beratur beli makanan, dan bila masa pulak nak makan..Emmm betul jugak..Kesian kat anak-anak aku ni... Takpelah, biar lah mama berkorban masak sesuatu dari air tangan mama ye...(tapi, taklah tiap2 hari blh buat camni...)..So jalan penyelesaiannya, bawak bekal. Aku la yg pening, tiap2 malam sebelum tidur dok pikir, anak-anak nk bawak bekal apa keesokkan harinya. Semasa aku plan nak buat roti sosej ni, maka terpaksalah aku bangun seawal jam 5 pagi untuk uli tepung ni. Ala-ala buat donut la kan. Tapi kan..nasib baik la ada mixer, 2 minit je dah siap. kalau tak, terpaksa guna jari jemari aku yang halus mulus ni untuk uli tepung. hehehe.. Jom kita tengok resepi sumbangan dari kawan aku ni ye.. Mekasih Junaini, sbb bagi resepi ni... Jom layan gambar2 yang aku sempat snap pepagi buat tu ye....Beserta resepinya ye...




Sosej bun
Bahan-bahan:

500 gram tepung gandum
1/2 peket yis mauripan
2 sudu besar susu pekat manis
1 cawan air suam
2 sudu besar butter
sosej secukupnya

Cara:
1. Masukkan yis dan susu dalam air suam..Biarkan sekejap sehinggan berbuih.
2. Gaulkan butter dgn tepung. Masukkan air yang dah berbuih tu ke dalam tepung.
3. Uli sehingga menjadi doh. Bahagikan doh kepada 10 bhgian.
4. Balut sosej dgn doh tadi. .
5. Goreng dgn api sederhana sehingga masak ataupun kekuningan...
6. Sedia untuk dihidang....







Tuesday, 23 August 2011

"Donut Ball" Tersenyum Manis


Assalamualaikum....
Hari ni merupakan hari ke 22 umat Islam berpuasa. Kami di bumi Melbourne ni, baru je selesai berbuka puasa. Alhamdulillah. ..syukur atas nikmat yang Allah berikan di muka bumi ini. Hari ni kami berbuka dengan ayam percik dan butter prawn., @k@ udang butter... Tapi sebelum tu aku nak masukkan entry donut ball yang aku buat pada hari ahad lepas. Nampak tak donut-donut aku tersenyu manis tu? Tersipu-sipu malu gitu... Adoiyaiii!!! Camner blh jadi camtu? Aku takde jawapannya. tak kisahlah, dah tersenyum manis tu kan..kita buat lah cara ambik gambar senyuman meleret. Seingat-ingat aku, bertahun jugak aku tak buat donut ni. bukan apa..kalau buat tak berapa nak menjadi.... tu yang jadi malas tu. Semasa aku dok round2 pusing2, singgah blog sana sini..Tetiba terpandang akan kecantikan rupa paras cik donut ni kat blog kak ita. Blog dia ni, memang takleh nak disangkal lagi akan kehebatannya mempersembahkan hasil masakannya. Kagum aku...Berjam-jam dok ngadap tau. Oklah, resepi ni aku ambik dari blog Masam Manis dan nak mintak kebenaran untuk share dgn kawan-kawan di sini pula. CNP ye kak ita.....hehehe

My Recipe:

Donut Ball
Resepi Asal: DayangJack@DapurKu SaYang

2 cawan tepung gandum atau tepung high protein
2 1/2 sudu besar gula
1 sudu besar susu tepung
1/2 sudu besar yis mauripan + 1/4 air suam (direndam hingga berbuih)
1 sudu kecil ovallette
1/2 sudu kecil garam
1 biji telur
1 sudu besar marjerin
1/3 cawan air / susu segar (-/+)
gula saduran
**(jika menggunakan susu segar, tidak perlu letak susu tepung)

Kisar semua bahan (kecuali tepung, ovallette, yis dan gula saduran) hingga sebati.
Di dalam bekas yang agak besar, ayakkan tepung dan buatkan lubang di tengah-tengahnya. Tuangkan bahan-bahan yang sudah dikisar tadi, yis dan ovallete. Uli hingga menjadi doh. Jika adunan terlebih lembik, bolehlah ditambahkan sedikit tepung.
Bahagikan doh kepada 20-22 bahagian dan bentukkan seperti bebola. Gunakan sedikit tepung untuk membentuknya (sekiranya doh melekat di tangan). Susunkan di atas dulang yang disapu dengan sedikit minyak atau ditaburkan tepung. Rehatkan sebentar selama 10 minit atau ikut suka.
Sediakan minyak untuk menggoreng. Apabila sudah cukup panas, gorenglah donut tadi hingga keperangan. Toskan.
Sadurkan dengan gula icing/gula halus atau hiaskan dengan topping kesukaan.




KUIH KOLEH KACANG 5 Ramadhan

Assalamualaikum wbt 5 Ramadhan 1442/ 17 April 2021 Alhamdulillah.. Sedar tak sedar dah 5 ramadhan hari ni. Hari ni hari Sabtu, sis sekeluarg...