Showing posts with label Resepi aku. Show all posts
Showing posts with label Resepi aku. Show all posts

Saturday, 16 May 2020

PIZZA HOMEMADE YANG SEDAP & MUSHROOM SOUP

Assalamualaikum wbt
Hari ni PKP ke 60 (ngam 2 bulan sis dok rumah): Hari ke 4 fasa 5
16 Mei 2020: 23 Ramadhan 1441

Hari ni juga merupakan hari besar buat kami insan yang bergelar guru. Malangnya, sambutan hari guru hanya dapat diadakan secara maya sahaja memandangkan kita semua masih lagi terikat dgn PKP. Yang penting kita semua harus menjaga diri sendiri utk memastikan penularan rantaian covid_19 dapat diputuskan. Semoga ianya cepat berlalu dan kita semua dapat bekerja sepaerti biasa.

Hari ni sis buat homemade pizza. Ala-ala makan pizza dan mushroom soup. Wahhh nikmat je kan... Selalunya, dalam bulan ramadhan, sehari memang ada menu PHD samada makan di restoran PHd atau PHD Delivery.
Tapi tahun ni kita buat kelainan sedikit di mana sis akan jadi acik pizza tu. Kita buat pizza from scratch ye...Haishhhh berdabau pulak hati ini. Takut je, expectation tak sama dgn hasil. Takde menu lain utk berbuka ni tau... Sedikit seram jugak lah kalau x sedap walaupun pernah buat sekali dua sedikit masa dulu..

Banyak jugak sis buat research dari blog ke blog, tak dengan itu, tengok youtube lagi, resepi mat saleh pun sis jengah utk mencari resepi doh yang lembut. Akhirnya sis guna resepi dari youtube "Resepi ringkas". Dohnya sangat lembut, garing ditepi dan lembut di dalamnya.. Memang puas hati lah dengan hasilnya.
Menggunakan resepi doh dari youtuba tersebut, sis buat Hawaiian Chicken Pizza. Wahhhh bunyi macam nama pizza kat pizza hut kan. Serius... pizza sis buat lagi sedap dari itu hehehe. Rotinya pulak, kalau sejuk pun liat.


Sos Pizza cara sis-sos versi melayu
Bahan-bahan:
1/2 tin tomato puree
4 sudu besar cili kisar
4-5 ulas bawang putih-ditumbuk halus.
sedikit italian herbs (oregano, rose marry, thym dan sebagainya)
minyak zaitun utk menumis
sedikit gula dan garam

Cara-cara:
1. Panaskan sedikit minyak zaitun. Tumis bawang dan cili kisar hingga masak.
2. Masukkan sos tomato puree, gula dan garam.
3. Masukkan serbuk lada hitam dan serbuk herba kering. 1 sudu kecil setiap satunya atau mengikut citarasa masing-masing.
4. Angkat dan ketepikan

Bahan-bahan: Tumis isi ayam

4 ulas bawang putih-tumbuk halus
2 keping dada ayam-dikisar(sis kisar guna food processor)
1-2 sudu serbuk lada hitam
1/2 kiub ayam
Sedikit minyak zaitun (2 sudu besar)

Cara-cara:
1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Tumis bawang putih hingga naik bau.
3. Masukkan isi ayam kisar dan kacau hingga air ayam tu kering.
4. Masukkan kiub ayam dan serbuk lada hitam.
5. Perasakan dgn garam(kiub dah masin)..tambah garam bila perlu shj
6. Bila dah masak, angkat dan ketepikan.

Bahan-bahan toping
Serbuk cheese parmesan
Keju Mozarella secukupnya
Capsicum
Nanas-potong kiub
1 biji tomato-potong kiub
1/2 tin cendawan butang (kalau ada cendawan shitake fresh lg sedap)
1/2 biji bawang holland

Resepi Doh Pizza yang Lembut

Bahan-bahan doh
1/2 cawan air suam
1 sd besar yis
1 sd kecil gula
2 cawan tepung gandum
1/2 sd kecil garam
1 sd kecil pelembut roti
2 sd besar minyak zaitun/minyak masak

Cara-cara:
1. bancuh yis dan gula bersama air suam. Biarkan berbuih(lbh kurang 5-10 minit)
2. Di dalam bekas lain, gaul tepung, garam dan pelembut roti.
3. Masukkan minyak dan air yis tadi. Uli hingga menjadi doh. Sis masuk dalam mixer je. Tambahkan sedikit air jika doh terlalu keras. Uli hingga sebati.
4. Sapukan bekas dengan minyak dan letak doh tadi, biarkan ianya naik 2 kali ganda. Perap lbh kurang 1 jam ataupun naik 2 kali ganda.
5. Bahagi doh kepada 2 bahagian ataupun mengikut kesesuaian bekas masing-masing. Canai doh menjadi leper dan letak di atas pan pizza atau bekas yang sesuai (tudung periuk pun blh.

Cara penyediaan pizza:
1. Sapu sos kegemaran dan letak lah toping mengikut citarasa masing-masing.
2. Lepas sapu sos, taburkan parmesan cheese dan parutan mozarela cheese.
3. Kemudian taburkan isi ayam tadi, diikuti dgn bahan2 spt nanas, capsicum, tomato dan sebagainya.
4. Blh juga ganti dgn crab stick, sausage dan lain2 lagi.
5. Akhir sekali, taburkan parutan mozarella hingga penuh menutupi bahan2 tadi.
6. Bakar api bawah selama lbh kurang 20 minit. Selepas 20 minit, guna api atas utk cairkan lagi cheese tu...(bergantung kpd jenis oven masing-masing ye)
7. Bila dah masak, angkat dan sedia dihidang. Kalau ada pizza cutter lg cantik lah potongan pizza tu nanti. Tetiba pizza cutter sis hilang entah ke mana tak dpt dikesan.
8. Sis buat 1 extra large pizza(ikut acuannya), dan satu lagi small pizza. Yang small pizza tu, sis letak sos bbq. Mula2 nak buat yg large tu letak bbq sos, tapi takut tak sedap... Rupanya letak bbq sos pun sgt sedap... heheheh.














 tgk keju cair ni blh meleleh air liur tau...






Sunday, 5 July 2015

Ramadhan 18: Nasi Tomato

 Assalamualaikum.... Hari ini  hari ahad... Aku buat nasi tomato untuk dihantar kepada anak bujang yang kat asrama SBPI Selandar. Maklumlah..budak asrama kan.. dekat boleh la omak eh layan, kalau jauh..tak kuaso la den.. ekau makan la lauk acik kantin/dewan makan yg masak. Hari ni masak ada lebih sikit..so blh la anak bujang aku share dgn kawan2 sebilik.. Ye la... yg lain pun jauh dari mak bapak... Rezeki yg ada dikongsi bersama. Lepas masak, asingkan 3 senduk nasi dan 3 ketul ayam masak merah utk aku, suami dan untuk aamira. Selebihnya masuk dalam bekas utk dihantar ke sana.

Nasi Tomato;
Bahan-bahan:

4 cawan beras basmathi (kali ni guna MOGHUL Faiza)
6 1/2 cawan air
** Basuh beras dan masukkan dalam periuk. Masukkan air.

Bahan tumis:
Rempah tumis 4 beradik,
6-7 ulas bawang putih-diblend
1 biji bawang besar-diblend
1 1/2 inci halia-diblend
2-3 sudu tomato puree
1 biji bawang besar dimayang
garam
1kiub ayam
1 sudu minyak sapi
sedikit minyak untuk menumis
sehelai daun pandan disimpul

Cara-cara: Panaskan minyak dan minyak sapi. masukkan rempah kayu manis dan kawan-kawannya, masukkan bawang yg dimayang.. Goreng seketika dan masukkan pula bahan blend. bila dah naik bau atau agak2 dah garing masukkan tomato pure dan kiub ayam. masukkan sedikit garam dan daun pandan yg disimpul.
Kemudian tuangkan bahan tumis tadi ke dalam periuk nasi. On kan rice cooker.

Ayam masak merah:
1 ekor ayam (di potong kecil2)- gaul garam dan kunyit kemudian digoreng 3 suku masak.
10 ulas bawang putih*
1 biji bawang besar*
1-2 inci halia* (agak2 la ye)
3 senduk cili mesen
2 biji bawang besar dimayang
rempah 4 sekawan (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih)
setangkai daun kari
2 batang serai
1 cawan sos cili
2-3 sudu sos tomato
1 sudu kicap pekat manis
minyak utk menumis

Cara-cara:

Panaskan minyak. Tumis rempah tumis dan daun kari hingga naik bau. Masukkan bahan blend dan cili mesen. masak hingga cili cukup masak/garing.
Masukkan sos cili, sos tomato, kicap dan serai. Masukkan juga sedikit air. Rasakan dengan garam dan gula. Biasanya sos cili dan ada rasa manis2nya. Kalau ayam masak merah terlalu manis pun tak sedap. Pada hakak la.... muak nanti sbb rasa gula sgt. Lagipun hakak dah PR melaka so podeh2 je ye... Bila rasa dah sesuai dgn tekak kita, masukkan ayam yg digoreng tadi dan juga bawang hiris. Kaup balikkan biar ayam sebati dgn sosnya. Kalau suka, blh taburkan dengan daun sup dan daun bawang. Tutup api dan sedia dihidang.

Acar/pencuk:
timun, nenas, cili merah, Bawang besar, gula dan garam
(jumlahnya ikut la kesesuaian)
 Potong timun dan nenas. Suka hati la nk potong bentuk macam mana, janji potong kecik2 ye. Campurkan bawang besar yg dimayang( takkan la nk letak bawang tu sebiji bulat tu kan), cili merah, gula dan garam. Agak2 sesedap rasa.... Gaul-gaulkan biar sebati..Siappp!!! Sonang yo nak oi!!!!

Last sekali jangan lupa jenguk nasi kat dalam piuk tu.. Kalau lupa nak onn suis nya.. ada pulak yg berbuka dgn ayam je... heheheh....



Saturday, 4 July 2015

Ramadhan 17: Onde-onde @ kuih buah melaka

Assalamualaikum
sekejap je kita dah masuk ramadhan ke 17 hari ni. Ermmmmm......

Hari ni aku buat onde-onde a.k.a kuih buah melaka untuk di bawa ke rumah mertua. Ala-ala portluck gitu. Time rajin..time tak rajin bawak tangan je la.. So far, bulan ramadahan, belum pernah bwk tangan kosong.. hahhaha...puji diri sendiri ke apa ni??


ok, jom kita tengok resepi mudah ni. Pejam mata pun blh ingat bahan-bahannya kan.. hari ni hakak buat onde-onde dua versi iaitu versi hitam dan versi hijau di mana versi hitam tu kita guna tepung pulut hitam manakala versi hijau kita guna extract daun pandan. sebab tu la hakak panggil onde-onde dua benua hehehe...jom..jom.....kita buat onde2 jom.

Onde-onde
versi hitam
Bahan-bahan:
1 cawan tepung pulut hitam
1 cawan tepung pulut biasa
secubit garam
sedikit air
*** campur semua bahan kecuali air. Tuangkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang cantik.

versi hijau:
2 cawan tepung pulut biasa (kaler putih)
secubit garam
beberapa helai daun pandan diblend dengan sedikit air.
** gaul tepung dgn garam. Tuang air sedikit demi sedikit hingga menjadi doh.

Sebelum tu, kita kena sediakan dulu gula utk diletakkan ke dalam tepung. Aku lebih suka menggunakan gula kabung yg diimport khas dari negeri Pahang. Nak guna gula melaka pun sedap jugak. Potong gula tu menjadi kiub kecil2. Agak2 la besar jari kelingking ke kan...

Sediakan juga kelapa yg telah diparut. Jangan parut sampai kulit ari-ari ye(kulit hitam).. Nak yang putih je. Gaulkan dengan sedikit garam dan letakkan ke dalam mangkuk lebar.

Sediakan air rebusan di dalam periuk. Biarkan air mendidih. Ambil sedikit tepung, letakkan gula dan bulat2 kan. Masukkan ke dalam air rebusan dan apabila kuih masak, ianya akan timbul. Angkat menggunakan penapis teh yang besi. Jangan guna penapis plastik ye, cair pulak benda tu kang. KKuih diangkat dan diletakkan terus ke dalam mangkuk yang berisi kelapa. Lenggang-lenggangkan mangkuk tu (golek-golekkan mangkuk..betul ke tak ayat ni)... sehingga kelapa menyaluti kuih tersebut. Angkat dan susun la cantik-cantik dalam bekas. Presentation pun salah satu elemen supaya kuih nampak sedap dan menyelerakan. Tak gitu? tak letak cantik pun takpe.. pokok dek kau la.....kato org nogori. Buat la bulat-bulat sampai la topong ekau abih yo....

TARAAAA.......!!!!





Thursday, 2 July 2015

Ramadhan 15: Sagoo Delight

Assalamualaikum... Salam 15 Ramadhan buat semua. Jom kita layan resepi sagoo delight ataupun dalam bahasa kampungnya kuih sagu gula melaka. Hehehe saje je sebut omputeh sikit..nmpk glam-glam sikit u ols...
Nak resepi??? Orait..kita scroll ke bawah ye..

resepi sagu:
1 cawan sagu mata ikan ( yg halus)
2-3 cawan air.
** ddihkan air, masukkan sagu yg telah di basuh dan ditoskan. kacau sagu sehingga hilang biji2 putih pd sagu tu ye. Masukkan pewarna yg korang suka..merah ke hijau kepepel ke.. suka hati la...
Masukkan dalam bekas kecik2 supaya mudah utk dihidangkan.. Nak letak dalam bekas besar pun boleh je, then sendukkan le sikit2 dalam mangkuk bila nk makan nanti ye.
Kemudian sejukkan...So buat le awal sikit..jangan le dekat2 nak berbuka, u ols sibuk pulak dok kacau sagu ni kat atas dapur. bila masa pulak korang nk makan nanti kan... perlu dibiarkan sejuk utk sagu mengeras sikit hokay ye hakak2 semua. Letak dalam peti sejuk bawah.

Kuah:
1. Sediakan santan KARA 1 kotak (200 ml)
campurkan dgn sedikit air panas, lbh kurang 1/4 kota mengikut kepekatan yg kita nak.. jangan cair tau!! sedikit garam. Kacau sebati. Nak panaskan sekejap di atas dapur pun ok je supaya santan tahan lama. Masakkan sekejap je.. Jangan masak lama... agak2 2-3 minit je.. Jangan sampai ianya bketul... Tapi kan..kalau tak masak pun ok je... bukan kita nk simpan esok kan... kira habis terus la...hehehhe

2. Didihkan 1-2 ketul gula melaka/gula kabung dengan 1 cawan air. kalau nk manis sikit, tambahkan gula pasir dalam 1 sudu. biasanya gula melaka/kabung ni dah cukup manis nya. Bila gula sebati dgn air, keluarkan dan tapis untuk membuang habuk dari gula tersebut.

3. Sediakan bekas kecil. Masukkan sagu, tuangkan air gula dan santan. Sedia untuk dimakan!!!



Ini pula lauk untuk berbuka pd hari ini... Sambal ayam dan sup sayur cendawan.




Wednesday, 1 July 2015

Ramadhan 14: Karipap Pusing

Assalamualaikum...

Ni dah kali ke berapa aku buat karipap pusing.. Kira dah blh kata, cekap la...Tapi kan...kalau setakat makan sorang seketul je kan...aku cadangkan, lbh baik beli je kat bazar ramadhan. Mudah, cepat, jimat masa.... Anyway, kalau korang rajin, boleh je nak buat karipap pusing. Nak resepi????

Rujuk atau klik di link di bawah ni ye.




Klik di sini utk resepi
Aku pun berpandukan resepi kat situ. Kredit kpd CMG pemilik blog www.tiffinbiru.com

Hari ni masak kari ikan dan kerabu mangga utk lauk berbuka.







Tuesday, 30 June 2015

Ramadhan 13: Bihun Kungfu

Salam 13 Ramadhan buat semua umat islam di seluruh dunia.Walau di mana saja kita berada, kita tetap melihat bintang yang sama...
Apa kena mengena ayat kat atas ye? Ermmmm, memang takde kena mengena pun....

Hari kita berbuka dengan bihun kungfu je. Alhamdulillah.. tetap kenyang jugak...
Jom la... kita straight to the point la kan..




Bahan-bahan:
2-3 ulas bawang putih (ketukdan dicincang)
1/2 biji bawang besar (holand)- yg kaler putih tu ye
beberapa hiris cili besar merah
2-3 biji cili padi (ikut kepedasan yg kita nak.)
sedikit daun sup/bawang
sedikit isi ayam
sedikit udang
serbuk lada hitam/putih
sayur (karot, sawi, cauliflower, tomato)-adjust ikut byk mana kita nk buat bihun kungfu tu
telur (1 set-guna sebiji telur)
bihun
1 sud tepung jagung
air secukupnya

Cara-cara:
1. rendam bihun dalam air biasa. Ambil sedikit bihun, agak2 letak bihun dpt 1/2cawan. pastu masukkan telur dalam bihun tu.. Sebelum tu, panas kan minyak dalam secawan. tuang bihun yg dipukul dgn telur. Ermmm blh klik link sini utk penerangan lebih lanjut. Ikut je step tu ye..

2. Seterusnya, tumis bawang putih, bwg merah hingga naik bau. masukkan udang dan isi ayam. Bila ayam dah masak, masukkan air, cili, sayur-sayur, garam, serbuk lada hitam dan serbuk lada putih serta daun sup/bawang. Last sekali bancuh 1 sudu tpg jagung dgn 1/2 cawan air. Tuang dalam kuali tadi. Biar mendidih dlm 1-2 minit dan sedia dituangkan ke dalam bihun yg telah digoreng dgn telur td.
Ready to eat... Selamat menjamu selera!!!




Monday, 29 June 2015

Ramadhan 12: Sardin Hitam

Salam Ramadhan. Hari ni hari ke 12 kita semua berpuasa.

Hari ni kita masak sardin hitam yg menjadi kegemaran aku semasa di asrama dulu. Inilah lauk peberet we all tau. Ada sejarah dan kenangan terindah bila sebut pasal sardin hitam. Pastinya kenkawan yg sama sekolah dgn aku je yg tahu... heheheh... walaupun rupa parasnya memang tak blh nak diterima, tetapi percayalah yang rasanya sangat sedap dan menyelerakan terutama di bulan puasa ni.. Boleh tambah nasi 2-3 pinggan ye... Hialng niat nak diet...heeeeee






Nak resepi tak???? Jom....

1 tin sardin - asingkan kuahnya. Kemudian goreng ikan sardin macam goreng ikan tu. Perlu dingat, disebabkan sosnya ada di badan ikan tu.. ianya akan melotop2 ye.. So, pastikan kuali ditutup semasa menggoreng. Bila dah garing, angkat sardin tersebut. kalernya akan bertukar menjadi agak itam sikit... ermrmm itam byk actually..hehehe...macam gambar tu....

Bahan tumis:

1 inci halia dihiris
1 biji bawang besar-hiris
5 ulas bawang putih dihiris
sebiji cili merah besar-dihiris
2-3 biji cili padi- letak je sebijik-sebijik... masa makan, nk pedas, just picit2 je ye
1 keping asam gelugur
kicap lemak manis
garam(jika perlu)
sedikit sos sardin tadi dalam 2-3 sudu je.. jgn ambik semua

Cara-cara: ambik sedikit minyak goreng ikan sardin tadi. Tumis bahan2 di atas, masukkan sos sardin td, kicap, asam keping. 

Selamat mencuba ye kenkawan!!!



KUIH KOLEH KACANG 5 Ramadhan

Assalamualaikum wbt 5 Ramadhan 1442/ 17 April 2021 Alhamdulillah.. Sedar tak sedar dah 5 ramadhan hari ni. Hari ni hari Sabtu, sis sekeluarg...