Showing posts with label Western Food. Show all posts
Showing posts with label Western Food. Show all posts

Wednesday, 20 May 2020

MEE FUNGUS ala2 Mee Tarik

Assalamualaikum wbt

Hari ni hari ke 64 PKP: Hari ke 8 pkp fasa 5
20 MEI 2020: 27 RAMADHAN 1441

Mee fungus ni sis cuba2 je buat resepi baru heheh. Sebabnya, sis sangat suka makan mee tarik. Dan Mee Funggus ni adalah pilihan utama sis kalau masuk restoran mee tarik. Makanya, time pkp ni, sis cuba-cuba buat mee fungus ala2 mee tarik Walaupun tak sama dengan rasa yang original, tapi dah dapat hampir-hampir rasanya. Kira ok lah.. kalau nak betul2 rasa yang sama, sis kena lah kerje kat kedai tu untuk dapatkan ramuan rahsia resepi mee tarik ni.


RESEPI MEE FUNGUS

BAHAN-BAHAN:
1/2 peket spegeti-rebus hingga masak dan ketepikan

1 keping dada ayam-dipotong nipis
4 ulas bawang putih-dicincang halus
1 biji bawang besar-didadu
1 biji capsicum sederhana-potong kiub
1 biji tomato-potong kiub
segenggam cendawan kering warna hitam-rendam hingga kembang
2 sudu besar biji ketumbar-kisar kasar guna blender kering
5 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos tiram dan sedikit kicap
1 ketul kiub ayam
1/4 cawan minyak zaitun utk menumis

Cara-cara:
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih, bawang besar dan cili kisar hingga naik bau.
2. Masukkan isi ayam, gaul dan biarkan ianya masak.
3. Masukkan ketumbar yang telah dikisar kasar tadi.
4. masukkan kiub ayam, sos tiram, sedikit kicap, cendawan dan sedikit air. Gaul hingga cendawan masak.
5. masukkan capsicum, tomato dan diikuti dgn spegeti. Gaul sebati
6. Biarkan seketika sambil digaul sebati, tutup api dan siappp...




CREAMY BROCCOLI SOUP & GARLIC BREAD

Assalamualaikum wbt

Hari ni hari ke 64 PKP: Hari ke 8 pkp fasa 5
20 MEI 2020: 27 RAMADHAN 1441


CREAMY BROCCOLI SOUP
BAHAN-BAHAN:

1 cawan isi ayam-kisar
1 biji bawang besar-di dadu
1 mangkuk brokoli
2 cawan susu segar
2 keping keju cheesedale(sis tak letak sbb takde kat rmh)
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu italian herbs(oregano, rose mary, time dsb)
1 sudu kecil lada hitam
1 ketul kiub ayam
garam secukupnya
1 sudu mentega
1 cawan air.

Cara-cara:
1. Panaskan mentega dalam periuk sesuai.
2. Tumis bawang hingga naik bau.
3. Masukkan brokoli dan biarkan layu sedikit. Masukkan tepung gandum.
4. Masukkan air, ayam dan kiub ayam. Biarkan mendidih.
5. Tutup api dan kisar bahan tersebut.
6. Masukkan semula dalam periuk dan hidupkan api.
7. Masukkan susu segar, lada hitam dan italian herbs.
8. Bila dah mendidih, masukkan keju dan kacau sebati.
9. Tutup api dan sedia dihidang.

Garlic Bread
4-5 ulas bawang putih dicincang halus
4-5 sudu besar mentega
sedikit italian herbs

1. Gaul semua bahan hingga sebati dan sapu pada roti. Roti sosej dibelah 2.
2. Panaskan oven setting grill atau seting api atas. Blh juga setting api atas bawah..kita nak guna yg panas atas je.
3. Susun roti dalam tray dan bakar roti dalam 2-3 minit shj.
4. Angkat dan sedia dimakan bersama sup brokoli berkrim












Saturday, 16 May 2020

PIZZA HOMEMADE YANG SEDAP & MUSHROOM SOUP

Assalamualaikum wbt
Hari ni PKP ke 60 (ngam 2 bulan sis dok rumah): Hari ke 4 fasa 5
16 Mei 2020: 23 Ramadhan 1441

Hari ni juga merupakan hari besar buat kami insan yang bergelar guru. Malangnya, sambutan hari guru hanya dapat diadakan secara maya sahaja memandangkan kita semua masih lagi terikat dgn PKP. Yang penting kita semua harus menjaga diri sendiri utk memastikan penularan rantaian covid_19 dapat diputuskan. Semoga ianya cepat berlalu dan kita semua dapat bekerja sepaerti biasa.

Hari ni sis buat homemade pizza. Ala-ala makan pizza dan mushroom soup. Wahhh nikmat je kan... Selalunya, dalam bulan ramadhan, sehari memang ada menu PHD samada makan di restoran PHd atau PHD Delivery.
Tapi tahun ni kita buat kelainan sedikit di mana sis akan jadi acik pizza tu. Kita buat pizza from scratch ye...Haishhhh berdabau pulak hati ini. Takut je, expectation tak sama dgn hasil. Takde menu lain utk berbuka ni tau... Sedikit seram jugak lah kalau x sedap walaupun pernah buat sekali dua sedikit masa dulu..

Banyak jugak sis buat research dari blog ke blog, tak dengan itu, tengok youtube lagi, resepi mat saleh pun sis jengah utk mencari resepi doh yang lembut. Akhirnya sis guna resepi dari youtube "Resepi ringkas". Dohnya sangat lembut, garing ditepi dan lembut di dalamnya.. Memang puas hati lah dengan hasilnya.
Menggunakan resepi doh dari youtuba tersebut, sis buat Hawaiian Chicken Pizza. Wahhhh bunyi macam nama pizza kat pizza hut kan. Serius... pizza sis buat lagi sedap dari itu hehehe. Rotinya pulak, kalau sejuk pun liat.


Sos Pizza cara sis-sos versi melayu
Bahan-bahan:
1/2 tin tomato puree
4 sudu besar cili kisar
4-5 ulas bawang putih-ditumbuk halus.
sedikit italian herbs (oregano, rose marry, thym dan sebagainya)
minyak zaitun utk menumis
sedikit gula dan garam

Cara-cara:
1. Panaskan sedikit minyak zaitun. Tumis bawang dan cili kisar hingga masak.
2. Masukkan sos tomato puree, gula dan garam.
3. Masukkan serbuk lada hitam dan serbuk herba kering. 1 sudu kecil setiap satunya atau mengikut citarasa masing-masing.
4. Angkat dan ketepikan

Bahan-bahan: Tumis isi ayam

4 ulas bawang putih-tumbuk halus
2 keping dada ayam-dikisar(sis kisar guna food processor)
1-2 sudu serbuk lada hitam
1/2 kiub ayam
Sedikit minyak zaitun (2 sudu besar)

Cara-cara:
1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Tumis bawang putih hingga naik bau.
3. Masukkan isi ayam kisar dan kacau hingga air ayam tu kering.
4. Masukkan kiub ayam dan serbuk lada hitam.
5. Perasakan dgn garam(kiub dah masin)..tambah garam bila perlu shj
6. Bila dah masak, angkat dan ketepikan.

Bahan-bahan toping
Serbuk cheese parmesan
Keju Mozarella secukupnya
Capsicum
Nanas-potong kiub
1 biji tomato-potong kiub
1/2 tin cendawan butang (kalau ada cendawan shitake fresh lg sedap)
1/2 biji bawang holland

Resepi Doh Pizza yang Lembut

Bahan-bahan doh
1/2 cawan air suam
1 sd besar yis
1 sd kecil gula
2 cawan tepung gandum
1/2 sd kecil garam
1 sd kecil pelembut roti
2 sd besar minyak zaitun/minyak masak

Cara-cara:
1. bancuh yis dan gula bersama air suam. Biarkan berbuih(lbh kurang 5-10 minit)
2. Di dalam bekas lain, gaul tepung, garam dan pelembut roti.
3. Masukkan minyak dan air yis tadi. Uli hingga menjadi doh. Sis masuk dalam mixer je. Tambahkan sedikit air jika doh terlalu keras. Uli hingga sebati.
4. Sapukan bekas dengan minyak dan letak doh tadi, biarkan ianya naik 2 kali ganda. Perap lbh kurang 1 jam ataupun naik 2 kali ganda.
5. Bahagi doh kepada 2 bahagian ataupun mengikut kesesuaian bekas masing-masing. Canai doh menjadi leper dan letak di atas pan pizza atau bekas yang sesuai (tudung periuk pun blh.

Cara penyediaan pizza:
1. Sapu sos kegemaran dan letak lah toping mengikut citarasa masing-masing.
2. Lepas sapu sos, taburkan parmesan cheese dan parutan mozarela cheese.
3. Kemudian taburkan isi ayam tadi, diikuti dgn bahan2 spt nanas, capsicum, tomato dan sebagainya.
4. Blh juga ganti dgn crab stick, sausage dan lain2 lagi.
5. Akhir sekali, taburkan parutan mozarella hingga penuh menutupi bahan2 tadi.
6. Bakar api bawah selama lbh kurang 20 minit. Selepas 20 minit, guna api atas utk cairkan lagi cheese tu...(bergantung kpd jenis oven masing-masing ye)
7. Bila dah masak, angkat dan sedia dihidang. Kalau ada pizza cutter lg cantik lah potongan pizza tu nanti. Tetiba pizza cutter sis hilang entah ke mana tak dpt dikesan.
8. Sis buat 1 extra large pizza(ikut acuannya), dan satu lagi small pizza. Yang small pizza tu, sis letak sos bbq. Mula2 nak buat yg large tu letak bbq sos, tapi takut tak sedap... Rupanya letak bbq sos pun sgt sedap... heheheh.














 tgk keju cair ni blh meleleh air liur tau...






Friday, 8 May 2020

GARLIC BREAD AND MUSHROOM SOUP

Assalamualaikum wbt

Hari ni PKP ke 51, day 10 PKP Fasa 4
15 RAMADHAN 1441H/2020

Kali ni sis masukkan sekali lagi resepi garlic bread dan mushroom soup utk iftar kami hari ni.
Yang bestnya, roti ni sis buat sendiri...best best... gigihkan buat roti semata-nak makan garlic bread ni. Roti ni sis dah buat semalam. Cuma hari ni kena sediakan bawang putih dan sup cendawan sahaja.

Sebenarnya, kalau bukan musim pkp ni takdelah sis gigih buat rori sendiri. Beli je roti dekat fs ke kedai yang jual barang-barang buat burger tu. Beli roti yang biasa orang buat roti john mini ataupun roti sausage tu..

Resepi Garlic Bread
1. Sediakan roti secukupnya
2. 4-5 ulas bawang putih-dicincang halus
3. 3-4 sudu mentega
4. Herba kering(mix herbs)-oregano, basil, rosemarry dsb
-Satukan bawang putih dan mentega
-Masukkan mix herb dan gaul sebati.
-Boleh juga taburkan mixherbs ni atas roti sebelum bakar.
-Panaskan oven-guna setting grill ataupun guna api atas bawah.
-Sapukan campuran mentega tadi pada roti dan taburkan mixherbs
-Masukkan dalam oven dan biarkan lbh kurang 2-3 minit je.
-Sis panaskan oven 15 minit awal. masukkan dalam oven pada jam 7.10 minit camtu lebih kurang.
-Bila nak makan, roti masih panas-panas lagi. Cicah dengan mushroom soup.. Memang sedap..


RESEPI MUSHROOM SOUP

1/2 biji bawang holand-sis guna bawang biasa je sbb bawang holand dah habis. Bawang di dadu.
1 sudu mentega
1 sudu besar penuh tepung gandum
1 cawan penuh cendawan tiram(sepatutnya cendawan shitake)-janji cendawan
1 kiub ayam
2 sudu besar serbuk lada hitam yg telah dikisar.
1 cawan air
1 cawan susu fresh milk(blh je guna susu cair/evaporated)
1/4 cawan whipping cream
Garam secukupnya

-Panaskan mentega, tumis bawang besar hingga kekuningan.
-Masukkan tepung gandum dan kacau sekejap.
-Masukkan air dan cendawan.
-Biarkan mendidih.
-Masukkan kiub ayam. Tutup api.
-Tuang ke dalam belender dan kisar hingga lumat.
-Tuang ke dalam periuk dan nyalakan api. Biarkan mendidih.
-Masukkan susu fresh milk dan serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
-Masukkan whipping krim dan perasakan dengan garam.
-Bila dah mendidih seketika, tutup api dan siapppp...


#pkpharike51
#menuramadhan
#15ramadhan1441
#rmoday51_covid19
#kitamestimenang

Tuesday, 10 January 2012

Spiral pasta with speghetti sauce




Assalamualaikum dan salam satu Malaysia...sebab dah ada di bumi Malaysia, kalau dibumi Melben, kena lah cakap salam satu Melbourne kan.... Apapun, didoakan agar kalian semua sentiasa di dalam perlindungan Allah hendaknya..Aminnn...
Hari ni aku nak share resepi ala-ala western sikit....tapi versi orang melayu punya ye.. Spiral pasta and speghetti sauce... okay tak namanye... Emmm sebenarnya aku nak tulis tajuk versi melayu tapi cam tak cantik pulak namanya... "Pasta skru berputar dengan sos speghetti". Eeeeeee cam kelakar je bunyinye kan..kan...hikhikhik...apa2 je lah..janji dapat share resepinya kat sini ye tak?

Aku buat pasta ni untuk breakfast anak2 sebelum pergi sekolah. Dah lama sangat diorang request nak makan pasta ni..aku saje je buat tak layan. So, hari yang dijanjikan, aku kuatkan semangat untuk masakkan pasta ni. Biasalah kan..kalau dah plan nak masak memasak sebelum pergi kerje, aku kenalah bersiap sedia dan bangun seawal jam 5 pagi. Dalam pada tu, lepas je memasak, aku sempat jugak curi masa untuk ambik gambar ni. Ye lah kan..masa kat melben selalu sangat masak pasta tapi tak sempat nak ambik gambar... Dalam keadaan tergesa-gesa, jadinya terhasil lah gambar2 di bawah ni..Jom layan resepi di bawah ni ye...

Spiral Pasta & Speghetti Sauce

Bahan-bahan:
1 peket spiral san remo (blh guna speghetti/angel hair/ makaroni dan sebagainya)
1 botol sos bolognese jenama Leggo's
5 sudu besar sos tomato
5 sudu besar sos cili
3 sudu cili blend
6-7 ulas bawang putih- ditumbuk
1 labu bawang besar-potong kiub
1 tin cendawan butang
1 batang karot*
1 biji lada benggala*
2 tomato*
**** potong kiub juga
400 gram daging kisar
minyak untuk menumis
1 sudu besar spice spegheti bolognese ataupun daun parsley ataupun italian herbs.
sedikit garam

Cara-cara:
1. Pasta direbus hingga empuk/kembang/cukup masak.
2. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih dan cili blend hingga garing.
3. Masukkan daging kisar, dan biarkan air daging kering dan daging cukup masak.
4. Masukkan sos Leggo's, cendawan butang yang telah diracik, bawang besar, lada
benggala, karot dan tomato. Masukkan juga sos tomato dan sos cili. Kalau sos tadi
cukup masam, tak perlu letak sos tomato.
5. Perasakan dengan sedikit garam.. Masukkan juga herbs spt speghetti herbs
ataupun italian herbs..
6. Sedia dihidang bersama pasta kesukaan anda... TARAAAAAAAAAA!!!!!!!!









KUIH KOLEH KACANG 5 Ramadhan

Assalamualaikum wbt 5 Ramadhan 1442/ 17 April 2021 Alhamdulillah.. Sedar tak sedar dah 5 ramadhan hari ni. Hari ni hari Sabtu, sis sekeluarg...