Showing posts with label Kuih Tradisional. Show all posts
Showing posts with label Kuih Tradisional. Show all posts

Monday, 18 May 2020

KUIH BADAK BERENDAM

Assalamualaikum wbt
Hari ni hari ke 62 PKP: Hari ke 6 pkp fasa 5
18 MEI 2020: 25 RAMADHAN 1441

Hari ni sis buat kuih badak berendam. lama benar dah berangan nak buat kuih badak berendam ni. Sis ni memang dari kecik mak dah ajar, bila berbuka mesti nak makan benda-benda manis. Dah jadi kebiasan dalam famiy sis sejak kecik. Ini sangat berbeza dengan keluarga en suami yang sangat kurang dengan makanan manis-manis. Jadinya, nak buat apa2 tu macam pikir 40 kali memikirkan en suami yang tak berapa minat dgn kuih2 melayu tradisional ni. hanya kuih-kuih tertentu sahaja yang en suami makan contohnya kuih buah melaka, kuih lopes dan kuih koci.. Selain dari itu, kuih sis takkan diusik.
Tapi kalau nak tunggu dia suka..alamat sampai ke tua lah tak merasa nak buat kan... Sis pun kadang-kadang tu nak jugak asah skill dalam membuat kuih-kuih tradisional ni. Dulu zaman baru kawin, sis tak berapa suka nak buat sbb takde kawan nak makan. Setakat sorang, tak berbaloi dgn buat. Bila anak-anak meningkat dewasa, mereka mula gemar memakan kuih2 manis sbg menu berbuka puasa dan sis mula rasa seronok nak buat bila ada yang nak makan. Dan, bila dah berebut bersilang tangan semasa makan, en suami pun join jugak walaupun tak ambil banyak.

Hari sis terasa nak buat kuih badak berendam. Tapi sis tak guna inti kelapa, sis buat inti gula kabung sama macam buat buah melaka. Ok, makanya, dapatlah sis asingkan 5 biji buah melaka tu untuk disalut dgn kelapa muda. Alhamdulillah..Allah mudahkan urusan sis yg niat nk bagi suami makan. Kebetulan pulak ada dalam 1/4 cawan je kelapa muda lebihan buat kuih buah melaka tempohari. Sis letak frozen, jadinya memang sedap dan fresh lagi kelapa tu. Padahal suami sis tak mintak pun kuih buah melaka, tapi sis lah yang rasa tak sedap..heboh makan kuih peberet x ingat org heheh. Adil lah kan..walaupun dalam 5 biji tu, en suami ambil 2 biji.. haishhh gigih sis buat tau... Tapi en suami sis jenis yg kuat pantang wpun dia suka kuih buah melaka, tapi sebolehnya cuba utk tidak ambil banyak makanan manis utk menjaga pengambilan kalori dalam badan.*** gula tak bagus utk kesihatan yang blh menyebabkan kegemukan...Hehehhe wpun sis tahu tapi sis takleh tahan dan kalah dgn kuih2 tradisi ni.. Dapat pulak badak berendam yg kuih putihnya lembut2 dan masin2 lemak tu.. Ya Allah sedapnya.... Kalau dilayan...blh habis seloyang besar tau...


Resepi KUIH BADAK BERENDAM

Isi
1 1/2 cawan tepung pulut
1/2 cawan air daun pandan(kisar daun pandan dgn 1/2 cawan air dan tapis)
secubit garam
Gula kabung secukupnya (potong kiub kecil kecil)

Cara-cara: 
1. Letak tepung pulut dalam mangkuk. Masukkan secubut garam dan tuang air daun pandan sedikit demi sedikit hingga menjadi doh. Jangan tuang semua nanti tepung jadi air kalau terlebih hehehe.
2. Panaskan air dalam periuk. Bila dah mendidih baru masukkan kuih buah melaka.
3. Ambil sebesar ibu jari kaki, masukkan gula di dalam tepung dan gelek-gelek dgn 2 tapak tangan menjadi bebola.
4. masukkan dalam air mendidih dan bila kuih timbul blh diangkat menggunakan senduk dan letak dalam mangkuk berisi air. Ini supaya kuih tidak melekat anatara satu sama lain sebab kuih ni akan melekit.
5. Ambil 5 biji kuih buah melaka dan golek kan atas kelapa muda yg digaul sedikit garam. Masukkan dm bekas sesuai. 
6. Baki kuih tersebut, biarkan dia berehat di dalam air dulu sementara kita nak buat kuah putihnya.

Bahan Kuah
1/4 cawan tepung beras
2 cawan santan pekat+air (1/2 cawan santan kotak KARA +air supaya campuran tersebut  menjadi 2  cawan). Kalau nk santan tu pekat sukat 1 cwn sntan + 1 cwn air.
2 sudu kecil garam

Cara-cara:
1. Masukkan tepung beras dalam periuk
2. Masukkan santan dan kacau sebati hingga tepung tidak berketul. Masukkan garam.
3. Bila dah pasti air dan tepung dah sebati, baru hidupkan api perlahan dan kacau sentiasa. Jangan tinggal sbb bahan akan cepat mengeras di bahagian bawahnya.
4. Kacau jangan berhenti ye. Dalam 3-4 minit, bahan akan mula likat. Bila nampak likat je, terus tutup api. Jangan tunggu terlalu pekat. 
5. Masukkan kuih tadi dalam loyang atau bekas sesuai. Tuang kuah dalam loyang berisi kuih tersebut.








Wednesday, 13 May 2020

KUIH LOPES

Assalamualaikum wbt
Hari ni PKP ke 57: Hari pertama PKP Fasa 5: 13 MEI 2020
20 RAMADHAN 1441

Seperti yang dinyatakn dalm post sebelumnya, hari ni sis buat kuih lopes. Tetiba terasa nak makan lopes lah pulak. tapi tu lah kan... Makan bertiga, kalau ikutkan memang tak berbaloi dgn penat tp, sis suka buat benda2 macam ni. Memang tak mengeluh pun. cuma nak citernya.. buat sikit renyahnya sama dgn buat banyak. Takpelah... kita share rezeki dgn jiran-jiran. Selalu kita share dgn jiran blkg rumah. kali ni kita share dgn jiran depan dan jiran rumah belah tepi pulak. hehehe. Bukan apa, seronok pulak hari ni bila tgk kejadian kuih lopes sis. Selalunya sis buat lopes kaler hijau sekata guna pewarna kuih je. Sebenarnya sis nak dapatkan impak original lopes org Melaka dan org Johor yang ada ton warna hijau2, gelap2 sikit dan ada warna hijau kuning2 sikit.. Haishhh susah pulak nak describe warnanya. tapi orang Melaka mesti tahu lah kan original lopes tu yg bentuk segitiga. Agak lama juga sis tak beli lopes ni di bazar ramadhan. Bukan apa, kejadian kuih lopes tu memang lah cantik dah, tapi sis rasa fail part air gulanya. Ada tu, gula dicampur gula pasir yang manis leting terus hilang mood nak makan lopes. Ada pulak tu, pekat air gula tu dicampur dgn tepung ke apa ntah.. tak taulah nak cakap tp yg penting air gulanya tak dapat capai kpi yang sis nak.
Sis ni pulak jenis typical org Pahang yang bila tiba bulan Ramadhan, mula lah nak cari gula kabung tradisi org Pahang yang sangat terkenal di daerah Lipis tu. Pada sis rasa dan aroma gula kabung ni lain dari yang lain. Walaupun gula Melaka tu sis rasa dah sedap dah, tapi gula kabung ni akan rasa kesedapan berganda.. Heheheh ayat kemain.. Dapat pulak buat kuih buah melaka guna intinya gula kabung, ya Allah sedap tak terhingga.

Rasa seronok nak buat kuih lopes ni sebab kuih ni menjadi kegemaran en suami. Selalunya kuih manis2 yang sis buat, dia tak layan pun. Hehehe...Tapi part lopes ni dia kalah... terpaksa langgar pantang makan manis. Selepas diedarkan ke pada jiran, tinggal lah 8 keping. 2 keping en abah makan, 2 keping pn mama makan dan 2 keping lagi si anak makan. 2 keping lebih tu mama dan anak makan masa moreh. Kalau ikutkan mmg tak cukup tapi takleh layan sgt nafsu makan ni heheheh....Bak kata orang makan berpada-pada.


RESEPI KUIH LOPES
2 1/2 cawan beras pulut
1 sudu besar air kapur(air sahaja ye)
2 1/2 cawan santan cair (1/4 cawan santan kotak + 2 1/4 air)
10 helai daun pandan
sedikit pewarna hijau 
sedikit garam
kelapa parut secukupnya(lbh kurang 1 cawn penuh)
1 1/2 keping gula kabung + 2 1/2 Cawan air.(untuk buat air gula)

Cara-Cara:
1. Kisar daun pandan dengan 4 cawan air. Tapis air daun pandan dan rendam beras pulut dengan air pandan tadi. Lebih kurang 1-2 jam. Masukkan juga air kapur dalam rendaman ini.
2. Selepas 1-2 jam tapis beras dan masukkan ke dalam loyang. Titiskan pewarna hijau dan gaul secara rawak. Jangan gaul rata, sebab kita nak dapatkan hijau cair air daun pandan dan hijau pekat pewarna. Jadi kita akan lihat kombinasi warna hijau tu. Tapi kalau dah malas/susah sangat.. gaul je serata lagi senang hehehe. Sis ni kekononnya berseni lah tu...
3. Panaskan air kukusan hingga mendidih.
4. Tuang santan cair dan garam. Kukus hingga 3/4 masak.
5. Sementara mengukus pulut tu, ambil daun pisang secukupnya dan layurkan di atas api.
6. Sambil-sambil tu juga boleh buka tutup pengukus utk gaul pulut supaya masak sekata.
7. Bila dah masak atau 3/4 masak..tutup api dan keluarkan pulut dari kukusan.
8. Bentukkan daun pisang seperti topi, masukkan pulut dan bungkus dengan kemas. Lihat gambar di bawah. Abaikan cara pembungkusan tu..Yang penting nak dapat bentuk segi tiga.
9. Kukus lagi sekali pulut yang dah dibungkus daun pisang tadi. Kukus lebih kurang 1/2 jam atau pun pulut betul2 masak. Sis buat nak lah berapa cantik sangat hasilnya. Banyak lagi perlu diperbaiki..Tapi org kata, boleh lah nak makan sendiri kan... 
10. Bila dah masak, angkat pulut yang dibungkus, buka daun pisang dan gaul dengan kelapa yang dan dicampur sedikit garam. Susun dalam bekas cantik-cantik spt sis buat tu. Puas hati bila dah tersusun tu.. Sayang pulak nak makan.
11. Jangan lupa masak gula kabung dengan air. Dididhkan hingga agak pekat. tutup api dan sedia di makan bersama dgn lopes ni. Sejukkan air gula ni lagi mengancam. Sis tak suka campur gula pasir nanti manisnya berganda. Cukuplah sis sorang je yang manis.


Abaikan cara sis bungkus tu, janji 3 segi kan...


 tgk lah hasil kombinasi warna terang gelap kuih lopes sis



Friday, 1 May 2020

ONDE-ONDE LABU

Assalamualaikum wbt
Hari ni PKP ke 45. Hari ke 3 PKP Fasa 4.  Seperti biasa pemanis mulut hari ni kita pilih onde-onde labu. Sebenarnya penat dah nak merepek banyak-banyak, jom la kita pergi ke resepinya.

RESEPI ONDE-ONDE LABU
Bahan-bahan:

250 gram labu kuning-dikukus hingga lembut

4 sudu besar tepung pulut
gula kabung secukupnya dan dipotong kiub-rujuk gambar
kelapa parut secukupnya digaul dgn sedikit garam

Cara-cara:
1. Labu dikukus. -sis stim dlm presure cooker (piuk noxxa 5 minit je)
-lenyek kan labu dgn senduk
2. Sementara tu, didihkan air dalam periuk.
3. Masukkan 4-5 sudu besar tepung pulut ke dalam labu yang telah dilenyek tadi. Gaul sebati hingga menjadi doh(rujuk gambar). Jika masih lembik, tambahkan tepung pulut lagi sedikit demi sedikit.
4. Ambil sedikit doh dan masukkan gula kabung di dalamnya dan gentel bulat-bulat. Masukkan ke dalam air mendidih. Boleh juga buat dulu banyak2 dan letak dalam piring.
5. Bila kuih onde-onde dah masak, ianya akan timbul. Cedok menggunakan penapis teh besi. kalau penapis plastik, takut pulak cair penapis tu nanti.
6. Angkat onde-onde dan masukkan ke dalam bekas berisi kelapa parut. Golek-golekkan sehingga kelapa menutupi kuih tersebut. Pindahkan ke dalam bekas dan sedia dihidang sebagai juadah berbuka puasa.

 Agak-agak menjadi doh spt ni
 gula kabung dipotong kiub

 buat banyak2 dulu sblm dibenam ke dalam air mendidih




 
Bila dah angkat, golekkan dalam kelapa parut ni
 Taraaa..cantik kejadiannya....





Inilah rupa gula kabung yang diimport khas dari Kg Peruang, Benta. 





Thursday, 30 April 2020

TEPUNG PELITA

Assalamualaikum wbt
Hari ni PKP ke 44, hari ke 2 pkp fasa 4. 
Hari ni juga adalah hari ke 7 kita berpuasa. Sedar tak sedar dah seminggu dah kan... Betapa cepatnya masa berlalu.
Jom nak story sikit pasal kuih tepung pelita ni.
hari ke 44: KUIH TEPUNG PELITA: Sejak kecik, sis sgt mengidolakan arwah mak sis dalam membuat kuih2 tradisional. Sayangnya sis tak berkesempatan utk belajar sbb dia pergi tinggalkan sis sejak sis berumur 12 tahun. Tiap kali ramadhan sis x pernah lupakan kenangan yg sedikit bersama arwah. Bila dah start anak besar2 ni, barulah sis merajinkan diri mencuba membuat kuih2 tardisional ni... Kalau tak, tak buat lah kalau setakat sorang nk makan. 

Kuih2 tradisional spt tpg pelita, dodol kukus dan kuih tapak kedidi adalah menjadi kepakaran arwah mak yg sgt ssh nk dpt kuih-kuih tu di zaman skrg ni. Cerita pasal kuih tepung pelita ni, semasa kecik, sis sgt terpesona dgn kehebatan arwah mak dlm seni membuat kotak sampan utk kuih tpg pelita.. Kadang-kadang bila main masak-masak dgn kawan-kawan pun sis berangan dok melipat daun pisang buat kotak sampan ni. Maka tak hairanlah yg sis mmg hebat dlm membuat nya juga hehhee... Leka je bila dpt membentuk kotak2 ni. Tapi tu lah, klu ikutkan dgn makannya, tak berbaloi dgn buat... tp sis mmg seronok mengasah skill buat kuih tepung pelita ni.. nak dpt konsistensi kuih ni mmg kena byk try n error. Kalau tgk pada kotak sampan yg sis buat tu, kira byk la tu..oklah kan, kita buat kuih ni, hantar jiran depan sikit, jiran blkg sikit dan jiran tepi sikit. Alhamdulillah semua dapat merasa...

Kalau dulu2 sis buat kuih tepung pelita ni main agak2 je campurkan bahan-bahan tepung dan santan. Ambil sikit dan kukus... tak cantik, tambah lagi sikit tepung sampailah dapat konsistensi yang dikehendaki. Baru-baru ni terbaca satu post cara buat kuih ni yang di kongsi oleh seorang kawan. So sis nak cuba buat kuih ni ikut sukatan yang betul. Cuma, pada sis, masih perlu diubahsuai sedikit supaya kuih ni lebih lembut dan cair dimulut. Eh betul ke ayat ni... hahahah... Maknanya, next time sis akan cuba kurangkan 1-2 sudu lagi tepung supaya betul2 sama mcm mak sis buat dulu.
Ok jom tgk resepinya
** terima kasih kepada pemilik facebook: Fatihah Ali kerana sudi share sukatan sebenar utk buat kuih ni sebagai panduan kita semua. Moga ilmu berpanjangan ni dapat mengalir pahala buat dirinya.

RESEPI KUIH TEPUNG PELITA

Lapisan bawah:
1 1/2 cawan tepung gandum
3 1/2 cawan air daun pandan(warna hijau)
3 sudu besar santan(50 ml)

Lapisan Atas:
1 cawan tepung gandum
2 3/4 cawan air
Baki santan kotak(150 ml)
1 sudu kecil garam(atau 1 1/2 sudu kecil garam)

Cara-cara:
1. Letak 1/2 sudu kecil gula dalam sampan
2. Masukkan adunan lapisan bawah dan kukus lebih kurang 5 minit
3. Lepas 5 minit, masukkan adunan lapisan atas yang berwarna putih.
4. Kukus lagi 5 minit dan siap. Pastikan wap air tak terkena kuih supaya kuih licin dan cantik
5. Kejadian kuih sis tak berapa cantik sbb air wap dok menitik je. Takpe kita cuba lagi.




gigih tak sis buat sampan ni???








Wednesday, 15 April 2020

KUIH KHASIDAH PAHANG

Assalamualaikum wbt
Hari ni PKP hari ke 29 yg merupakan hari pertama PKP Fasa 3.
Hari ni, sis nak share resepi kuih tradisional Pahang yang semakin dilupakan. Ada antaranya tak pernah pun makan kuih ni. Kuih yang sis maksudkan ialah kuih Khasidah. Di mana ianya biasa dibuat jika ada keraian atau majlis keramaian seperti kenduri kendara, majis berendui ke berzanji ke dan sebagainya. Haaaa kat bawah tu sis banjer gambar kuih khasidah sis. Sebab apa banyak sgt gambar? Sebab sis teruja nak ambik gambar kuih tradisional ni. Snap punya snap, terbanyak pulak. Nak buat gambar ni nampak comel pulak gambar2 sis ni.. Hahaha dah masuk line perasan pulak dah. Sis mmg suka dgn food photography ni... Simpan sini gambar2 tu sebelum delete dr memory phone.

RESEPI KUIH KHASIDAH PAHANG
Bahan-bahan:
(Ni resepi versi utk 2 org makan je, blh gandakan sukatan ye)

10 ulas bawang merah kecil-dimayang nipis-nipis dan di goreng dalam minyak yang baharu ye.
Goreng hingga bawang garing.. Bila bawang dah garing, angkat dan toskan. Kalau susah nak angkat bawang tu pakai sudip, ikut cara sis. Letak penapis santan atas mangkuk dan tuang je bawang yang telah digoreng tu dalam penapis santan. Pastikan tadah le penapis tu dgn mangkuk supaya minyak  jatuh dalam mangkuk tu. Minyak goreng bawang tu simpan dulu ye.

Bahan-bahan kuih:
1 cawan tepung gandum
3 cawan air
1/2 cawan gula
(air pandan + santan jadikan 3 cawan)
1 sudu minyak sapi-bila kuih dah pekat nanti.

Mula-mula kita blend gula, tepung dan air. Kemudian tuang ke dalam kuali. Kalau dapat kuali yang anti lekat lagi bagus sbb bila dah pekat, kuih ni melekat2 pada kuali. Silap-silap tinggal 1/2 cawan je kuih ni hehehe.
Kacau adunan dalam kuali dengan api perlahan. jangan berhenti mengacau ye. Kalau dulu orang selalu marah kita kacau diorg time buat kerja kan.. Haaa tapi kali ni kacau-kacau dalam kuali takde sape nak marah hokay... Kacau-kacau lagi hingga adunan pekat.
Bila dah semakin pekat, masukkan 1 sudu bear minyak sapi. Sis suka tambah dengan 1/2 sudu besar minyak goreng bawang tadi supaya kuih wangi dengan aroma bawang goreng.
Kemudian, masukkan dalam bekas. Kalau nak kuih tu bentuk bulat, cari le bekas bulat, kalau nak kuih bentuk 4 segi cari lah bentuk 4 segi dan begitulah seterusnya, ikutlah bentuk yang dikehendaki.
Sebelum tu, bekas yang kita nak masukkan kuih ni, kita letak 2-3 sudu minyak goreng bawang dan ratakan. Tekan-tekan kuih tu ikut bekasnya. Bila dan sejuk ataupun bila suam-suam kuku pun dah boleh terbalikkan dalm bekas lain utk dapatkan bentuk yang cantik macam sis tu. Tabur la bawang goreng di atas kuih tu bersama dengan sedikit minyak goreng bawang tadi.. Tapi kalau jenis tak suka nak ambik gambar, tak payah lah nak terbalikkan bagai kuih tu. Tabur je bawang goreng dan minyaknya atas kuih tadi. Jangan letak semua bawang goreng tu sbbnya kalau dah lama sikit bawang ni tak rangup. Simpan sikit bila kita nak makan, letak bawang yang rangup tu, perrghhhhh memang sedap bak hang...  terasa rangup-rangup bawang tu...
okay selamat mencuba adik kakak semua. Musim PKP ni lah peluang kita nak mencuba semua resepi ni kan.....











KUIH KOLEH KACANG 5 Ramadhan

Assalamualaikum wbt 5 Ramadhan 1442/ 17 April 2021 Alhamdulillah.. Sedar tak sedar dah 5 ramadhan hari ni. Hari ni hari Sabtu, sis sekeluarg...