Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan

ketenangan dan keamanan

Friday, 7 December 2012

CUTI-CUTI SARAWAK DAY 2

Share
24 NOVEMBER 2012
Percutian kami di Sarawak di teruskan lagi pada hari kedua. Sementara kaum bapa sibuk dengan meeting mereka, kami kaum ibu dan anak2 sibuk juga dengan acara cuti-cuti kami. Nak harap en suami membawa kitorg jenjalan, memang susah sikit lah sebab jadual kursus/mesyuarat mereka yang sangat padat hingga ke sebelah malam. Kesempatan berada di sini x boleh dilepaskan begitu saja.. Jauh nak datang tu kan.... kena naik belon okay..!!!! So apa lagi... dengan rasminya aku melantik diri aku sendiri sebagai ketua rombongan cik kiah ni. Misi hari ni, pergi ke Perkampungan Budaya Sarawak yang terletak di Santubong yang mengambil masa 45 minit perjalanan menaiki kereta. Sebelum tu, kami sempat bersarapan di gerai yang berhampiran dengan hotel. 5 minit jalan kaki.


                     ~bergambar depan reception berlatarbelakangkan karpet bntk tugu negara~
              ~menu sarapan: Umai, mee kolok, laksa sarawak & buah Dabai (lemak mcm avocado)~

Aku juga sangat bertuah kerana misi hari ni ditemani oleh kawan sekelas aku yang bertindak sebagai pemandu pelancong kami pada hari ini. Tq ye Ishak. Sapa lagi yang nak susahkan nko kalau bukan aku kan..kan..kan.... Sebenarnya, pada mulanya kami ingin menyewa kereta dan menggunakan perkhidmatan pemandu pelancong dengan bayarannya RM600 untuk pakage 2 hari. Namun begitu setelah kami berbincang balik, kami mengambil keputusan untuk menyewa sebuah kereta avanza utk misi kami hari ini, di mana selebihnya akan menaiki kereta kawan aku. Persoalannya, bila dah sewa kereta, siapa pulak yang nak drive??? Akuuu jugak yang kena... kononnya, alasan diorang aku dah pernah drive tempat yang lagi asing iaitu di Melbourne.. Emmm apa2 je lah..asalkan misi hari ni berjaya. Harga kereta sewa ni pun ok jugak, RM180 untuk 24 jam. Kereta dihantar pada jam 10.30 pg, bermakna jam 10.30 pg esok kereta ni perlu dipulangkan.

Kami bergerak ke Santubong agak lewat. Tiba di sana lebih kurang 11.45 pg. Kami meneroka kawasan persekitaran Perkampungan Budaya Sarawak. Pelbagai bentuk rumah, budaya dan adat resam kaum2 bumiputera di Sarawak ni ditonjolkan di sini. Pendedahan tentang ni sangat baik dan bermakna terutama bagi pelajar2 sekolah macam anak2 kami ni. Ye lah kan..selalunya, diorang tahu tentang ni pun melalui buku2 je, now diorg merasa untuk explore dengan mata kepala mereka sendiri dan merasai suasananya. Bertuahnya menjadi anak2 zaman sekarang.

                         ~Inilah kawan sekelas aku, yg tak jumpe 22 thn ( Saudara Ishak bin Johari)~




                                                 ~berlatarbelakangkan Gunung Santubong~










Oleh kerana kami dah terlepas akan pertunjukan Kebudayaan pada jam 11 pagi, makanya kami terpaksa menunggu show seterusnya pada jam 4.00 ptg. Sementara menunggu masa pertunjukkan, kami mengambil peluang untuk makan tengahari di gerai yang disediakn dan seterusnya bersolat.

Pertunjukan mengambil masa 45 minit. Kami semua sangat terhibur dengan persembahan di situ.






              ~sebagai mengakhiri show tersebut, penonton dijemput menari bersama2 mereka~


Kemudian kami balik terus ke hotel penginapan untuk berehat. Sebelah malamnya, kami ambil keputusan untuk pusing2 bandar Kuching dengan kereta sewa kami. Pada mulanya, kawan aku janji nak bawak kami pergi ke PASAR SATOK, tapi tunggu punya tunggu dia tak datang.. Adoiyaiii... at last kami ambik keputusan untuk pusing2 sendiri je, sambil menikmati keindahan malam di bandar Kuching ni. Alang2 dah sewa kereta kan.. Tahu jalan ke????? apa lagi.........., kes nekad...main redah je dalam keheningan malam dan hujan lebat. Sebenarnya, aku pun ada jugak rasa takut dan berdebar-debar, maklumlah tempat tak biasa, takut sesat..tapi sengaja aku kuatkan semangat.. Kalau tak gitu, bila lagi kan.. Rugilah, datang dari jauh kalau nak terperap kat bilik je. Entah bila dtp rezeki untuk datang lagi. Kesempatan yang ada perlu digunakan sepenuhnya.

Anak bujang aku, Irfan dan kawan aku, kak Nira bertanggung jawab untuk membaca peta laluan kami nanti... Silap haluan, alamatnya..tak balik bilik kami malam tu...Alkisahnya... apabila kami mulakan perjalanan kami, tetiba kami terbaca mercu tanda PASAR SATOK.. Akhirnya, dah rezeki kami, dapat jugak jumpa Pasar Satok yang sememangnya jadual malam ni sepatutnya kami ke sana. Aku berhenti di tempat parking kereta walaupun kami tak berhajat untuk turun lbh2 dalam hujan renyai-renyai hujan dan kadang2 lebat tu. Alaaa pasar ni lebih kurang macam "UPTOWN" je pun. Ataupun macam Pengkalan Kubor, di Kelantan yang menjual pelbagai baranagan dan cenderamata. Di sini juga terdapat pasar yang menjual ikan terubuk masin yang sangat terkenal dan menjadi sinonim bagi org Sarawak ni. Ok, semua ahli majlis sangat berpuas hati dapat tengok pasar satok ni... Dalam perjalanan juga kami, jumpa restoran yang menurut kawan aku, sangat femes untuk sarapan pagi .  "COFFEE 'o' CONNER". Jadinya misi pagi esok, hendak bersarapan di sini (sebab kami ada kereta utk bergerak ke situ). Selepas makan malam (3 orang je yang makan), yang lainnya, muka moyok je sbb mengantuk..dah lewat malam... Lagipun kami makan tengahari pun agak lewat jugak.... kami ambil kesempatan untuk pusing2 city. Pusing punya pusing, 2 kali aku lalu kat pasar satok tu. Macam nak kena pegi jeeee... esok..... Semasa menjelajah bandar Kuching ni (pandai2 je explore berpandukan peta pelancong), akhirnya kami berjumpa dengan replika KUCING BESAR yang sememangnya aku berhajat sangat nak bergambar di situ. So...misi pagi esok...... COFFEE 'O' CONNER, PASAR SATOK DAN BERGAMBAR DI KUCING BESAR TU... Misi ni perlu dibuat sebelum jam 10.30 pagi..(sebab nak pulangkan kereta genap 24 jam...). Untuk ke tempat2 tu agak jauh, so nak jalan kaki..memang sah2 berpolohhhh....


MISI BERSAMBUNG ESOK...





0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
.

Thank's for visiting my blog