Monday 18 August 2014

Vitamin shaklee: NAK PECAHKAN LEMAK???

Jom baca ape kepentingan Lecithin ni..
 
Kepentingan Lecithin :
Asasnya, lecithin berfungsi sebagai 'pemecah lemak' (fat emulsifier). Lecithin didapati daripada tisu haiwan dan tumbuh-tumbuhan seperti jagung, telur dan kacang soya.

Kandungan Lecithin :
  • Asid Linoleik (essential fatty acid) – amat diperlukan oleh badan. Tapi badan kita tidak boleh menghasilkannya, jadi ia perlu diambil melalui diet harian .
  • Kolin – satu komponen neurotransmitter.
  • Asetikolina – bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak & sistem saraf.
  • Inositol – sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan.
Kegunaan Lecithin :

PALING UTAMA
  • Untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids).
  • Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol.
  • Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL).
  • Membantu kawal paras triglycerides.
  • Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.
  • Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol.
PENTING UNTUK FUNGSI OTAK
  • Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dsb.
  • Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat. Acethylcholine dihasikan dari cholin. Cholin mudah diperolehi dari lecithin.
  • Lecithin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine – kerana 30% otak adalah terdiri daripada lecithin, manakala 70% lemak di hati (liver) adalah lecitin.
UNTUK KAUM TUA
  • Lecithin amat diperlukan bagi mereka yang uzur oleh sebab angin, stroke (angin ahmar) dan sakit-sakit yang biasa dialami oleh kaum tua.
  • Mengurangkan berlakunya masalah pembuluhan tersendat yang menjadi punca darah tinggi, sengal sendi, sejuk kaki dsb.
UNTUK PENGHADAMAN
  • Lecithin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil bile daripada kolesterol. Bile amat penting untuk proses penghadaman
UNTUK SEL
  • Lecithin penting untuk mengangkut, menghantar bahan-bahan lemak dari makanan ke sel-sel.


  • Choline & lecithin menguatkan selaput sel-sel neuron dan semua sel-sel tubuh badan kita
UNTUK KESIHATAN KARDIOVASCULAR (SISTEM JANTUNG)
 
  • Fungsi utama lecithin adalah sebagai “Fat Emulsifier “ ia amat penting untuk perlindungan sistem jantung.



Vitamin Shaklee: Bahaya TOKSIN Dalam Badan

Bahaya TOKSIN Dalam Badan

Adakah anda tahu apa itu toksin?
Toksin dalam tubuh manusia terjadi akibat pencemaran. Antara pencemarannya adalah Pencemaran Makanan. Pencemaran makanan ini berpunca dari penggunaan bahan kimia secara berleluasa seperti racun perosak, serangga dan baja kimia untuk aktiviti pertanian. Kesihatan tubuh anda akan menjadi lebih parah, apabila anda mengambil makanan yang mengandungi bahan pengawet, perasa tiruan, bahan tambahan dan sebagainya. Ia merupakan punca utama terjadinya toksin di dalam badan. 




Pelbagai masalah kesihatan akan timbul akibat daripada pengumpulan toksin di dalam badan. Antaranya, tumor, kanser, migrain dan sebagainya. Di dapati, kebanyakkan kes penyakit yang dirujuk, hampir 90% adalah berpunca daripada toksin badan.

Di dalam sistem fisiologi tubuh, apabila seseorang itu sakit, badan sedang berusaha untuk menyingkirkan sisa-sisa buangan, mukus, namun, toksin telah menghalang fungsi tersebut. Toksin yang berada di dalam saluran darah akan dibawa ke pelbagai organ dan boleh merosakkannya.


Kesan Mudarat Toksin Kepada Tubuh

Hakikatnya, pengambilan makanan yang terlalu berasid seperti daging, makanan diperhalus seperti nasi, roti, gula, manisan, makanan goreng berminyak, protein berlebihan dan lain-lain adalah faktor yang menyumbang kepada masalah kesihatan. Di samping itu, makanan yang mengandungi bahan kimia seperti pengawet, pewarna dan perasa tiruan, antibiotik, racun perosak dan lain-lain turut jadi penyumbang.

Jika badan terlalu berasid serta berlakunya proses penapaian di dalam usus, ia akan meningkatkan kandungan toksin di dalam badan anda. Toksin tersebut akan 

di serap dan melekat di dalam darah yang menyebabkan terjadinya pelbagai 
masalah kesihatan atau penyakit.


Antara penyakit yang kesan dari tindakbalas toksin di dalam darah, adalah seperti

1. Penyakit Kulit
Penyakit kulit terjadi apabila toksin dalam darah cuba keluar melalui kulit. Pengumpulan toksin di dalam kulit akan mengakibatkan penyakit seperti jerawat dan lain-lain

2. Tumor
Tumor berpunca daripada bahan buangan bertoksin yang berkumpul di dalam tisu badan.

3. Demam
Demam adalah proses semulajadi badan untuk membersihkan diri sendiri. Apabila sel darah putih menentang toksin di dalam badan, kadar metabolisme menjadi semakin cepat. Akibatnya, badan menjadi demam.

4. Penyakit Jantung dan Tekanan Darah Tinggi
Toksin yang melekat di dalam darah, akan menjejaskan kelancaran peredaran darah. Ini menyebabkan jantung terpaksa bekerja dengan lebih kuat, bagi melancarkan peredaran darah yang melalui saluran yang tersumbat akibat toksin. Ini menyebabkan berlakunya pembesaran jantung, sementara tekanan ke atas saluran darah yang tersumbat mengakibatkan tekanan darah tinggi.

Di samping itu, buah pinggang dan sistem endokrin berusaha untuk 

membersihkan toksin, dengan merembes pelbagai jenis kimia yang menyebabkan terjadinya tekanan darah tinggi. 

Oleh sebab itu, langkah awal bagi menyingkirkan toksin dari dalam badan yang boleh menyebabkan masalah kesihatan dan timbulnya penyakit yang bahaya, adalah dengan mengambil ubat sahaja.

Jika kita lihat, fenomena di pasaran sekarang, pelbagai jenis detox yang boleh di pilih. Ada yang lebih suka untuk mengambil detox yang jenis diguna di luaran. Malahan, ada yang mengambil supplemen, bagi menyingkirkan toksin dari dari dalam badan.

Set Shaklee Super Detox turut menawarkan supplemen untuk membantu mengeluarkan toksin dan bahan buangan daripada badan untuk mengembalikan tubuh yang sihat.


Antara supplemen untuk Set Shaklee Super Detox adalah:
1. Alfalfa Complex
2. DTX Complex
3. Garlic
4. HerbLax























Kebaikan yang terdapat di dalam Set Shaklee Super Detox adalah seperti :

  • Membantu menyingkirkan toksin berbahaya daripada badan
  • Membantu meningkatkan kesihatan hati
  • Meningkatkan seri wajah
  • Meningkatkan sistem imun terhadap jangkitan tubuh



KUIH KOLEH KACANG 5 Ramadhan

Assalamualaikum wbt 5 Ramadhan 1442/ 17 April 2021 Alhamdulillah.. Sedar tak sedar dah 5 ramadhan hari ni. Hari ni hari Sabtu, sis sekeluarg...