Thursday, 15 July 2010

Karipap pusing aku lagi......

Hari ni, sekali lagi aku cuba utk buat karipap pusing... Selepas belajar dengan Julie hari tu.. aku rasa cam tak puas hati sebab karipap yang aku buat tu tak berapa nak pusing. Tapi yang penting aku kena ucap terima kasih banyak2 kat Julie sebab ajar cara nak buat karipap ni...

Selepas buat beberapa research, hehehe cam org buat PHD gak kan? Akhirnya aku berjaya membuat karipap pusing dgn jayanya.. Dan aku boleh berbangga dengan hasil kali ni. So, jom kita tengok gambar2 yang aku ambik kat bawah ni... Camana? ok tak karipap pusing aku ni???
~boleh berbangga dgn rupanya...heehe~


~kulitnya yang sangat rangup~

~Emmm yang pasti, rasanya juga sangat sedap~

Sorry sebab aku promote untuk diri sendiri..hehehe...




: Nanti aku post kan resepi dan cara-cara nak buat karipap pusing ni ek... Betul cakap Julie, susah nak terangkan.. nanti kena ambik gambar step by step.. baru blh faham... sabar ye semua...

Wednesday, 14 July 2010

Kelas Karipap Pusing... dgn Cikgu Julie...


Hari ahad lepas aku menjemput Hamzah/Fiza dan Neezam/Julie makan malam kat rumah aku. Sebabnya lepas ni diorg tak kan dapat lagi merasa masakan dari air tangan aku.. Pastinya nanti diorg akan merinduinya.. hehehe..terperasan lah pulak. Minggu ni adalah minggu terakhir diorang ni berada di bumi Melbourne...

Berbalik pada cerita aku tadi...Diorang ni pun amatlah bz memenuhi pelbagai undangan samada makan tengahari ataupun makan malam.. perancangan awal aku nak ajak mereka ni makan tengahari pada hari Rabu terpaksa dipercepatkan sebab schedule diorg dah penuh...Emmmm dah macam YB lah pulak diorang ni kan?


Tapi kan.. dalam pada diorang ni busy, sempat gak aku mintak si Julie perturunkan ilmu untuk aku.. Korang jangan salah faham bukan ilmu sesat tau! Mula-mula tu aku bagi dia makan kenyang-kenyang dulu.. Lepas tu aku slow talk kat dia.... Mintak dia ajarkan cara nak buat karipap pusing.... Julie ni memang teramatlah terror membuat karipap pusing ni... Bila aku suruh dia ajar teori, katanya susah, sebab kena ada amali sekali.... So, hari ahad hari tu memang masa yg sgt sesuai...heheh. Memang sentiasa sesuai utk susahkan org kan? Bila lagi aku nak susahkan diorg kan.. Layan je la gambar2 kat bawah ni semasa kelas membuat karipap pusing versi Julie,,... Terima kasih julie sebab sudi ajar kak jumee...
~mula-mula buat mcm ni (step 1)~
~step 3, step 2 tak sempat snap gambar~
~step 4~


~step 5.....practise make perfect~
~ni je gambar yg sempat di snap, yg lelain...??
jgn tanye.... licinnnn~

Nampak tak patern pusing2 kat karipap tu???

Akhirnya aku berjaya menamatkan pengajian aku pada malam itu... Maklumlah..terang hatii.... hehehe.. Hari-hari makan kismis tau!!!

Hati dan perasaan diorg ni sebenarnya dah melayang-layang kat bumi Malaysia.. Masa entry ni ditulis pun aku pasti Neezam dan Julie sudah pun berpijak di bumi Malaysia tercinta.... Hamzah dan fiza pulak agaknya tgh bersiap-siap nak check-in di Tullamarine Airport... Pastinya insan-insan yang tinggal perlu meneruskan perjuangan mereka di sini...


:Sebenarnya, ramai juga rakan2 seangkatan dengannya yang akan pulang ke tanahair... Yang aku ingat..Hazimin, Elisha, Evana, Najmi, Baya, Faliq,Izzah...All the best untuk adik-adik semua. Selamat pulang ke tanahair tercinta. dan yang penting semoga dapat menabur jasa untuk agama, bangsa dan negara...!!!

Tuesday, 6 July 2010

Bushfire @ Kinglake

7 APRIL 2009





Semasa aku mula-mula tiba di bumi Melben ni, kami dikejutkan dengan kebakaran hutan yang terbesar berlaku di Kinglake, Melbourne. Tempat ni lebih kurang 45 minit drive dari rumah kitorang. Kebetulan semasa kejadian tu time summer, jadi api memang merebak dengan cepat memusnahkan rumah-rumah, ladang-ladang, ternakan dan harta-benda penduduk tempatan kat situ. Ramai jugak yang mati kerana terperangkap dalam kebakaran tu. Memang betul-betul tragis peristiwa tu dan memang menjadi sejarah hitam buat mereka yang mengalaminya. Tapi masa tu, aku takde lah ambik berat sangat pasal beritu sebab masih sibuk menguruskan beberapa perkara. Yang aku tahu, semasa kebakaran tu lah, suhu mencecah kepada 45-50 C... yang menjadi sejarah terpanas bagi orang di Melbourne sejak 30 tahun yang lalu.


Bila keadaan dah reda, kami pulak berombongan ke tempat kejadian tu. Kononnya nak tengok kesan2 kebakaran yang dahsyat. Dalam pada tu sempat jugak kami bawak bekalan dan berkelah sekali kat hutan yang dah terbakar tu.

Selepas 2 bulan berlalu, kami pun pergi melawat tapak2 tinggalan yang musnah dijilat api tu. Bila tengok tempat2 tu, memang rasa sayu je. Kesian kat diorang sebab semuanya tak dapat diselamatkan.




























































Monday, 5 July 2010

Lalor Library


Seperti di Malaysia, kat Melbourne ni terdapat jugak perpustakaan awam yang memberi kemudahan kepada penduduk setempat di sini... Malah aku rasa lagi banyak perpustakaan awam kat Melben ni kalau nak dibandingkan dengan di Malaysia. Aku suka cara pengurusan perpustakaan ni... nampak macam senang sangat dan ianya lebih advance dari di Mesia. Mula-mula aku masuk kat dalam library ni pun aku dah terpegun dan gayat semacam je tengok susun aturnya. Terdapat beribu-ribu bahan bacaan dan juga audio untuk kemudahan pengguna. Buku-buku cerita yang disediakan sesuai untuk semua golongan dari kanak-kanak seumur 4 thn hinggalah kepada bahan rujukan yang lebih ilmiah. ianya juga menyediakan kemudahan meminjam filem dalam bentuk VCD. Macam-macam cerita inggeris ada kat sini (movie hindi & Melayu memang sah-sah lah xde ye)... Yang bagusnya, kalau VCD atau buku yang kita nak pinjam tu dah terlebih dulu dipinjam oleh orang lain, kita boleh "book" terlebih dulu. Bila buku tu dah ada, pihak library akan simpan kan untuk kita. Anak-anak aku suka pinjam VCD kegemaran diorang la. Tempoh pinjaman bahan-bahan di library ialah 3 minggu. Dan boleh dilanjutkan pinjaman melalui online je. Memang senang je kan. . Terdapat juga lebih kurang 30 buah komputer yang boleh digunakan oleh sesiapa saja. Kita hanya perlu masukkan no ID yang terdapat pada kad pinjaman dan seterusnya masukkan password. Lepas tu boleh lah guna komputer mengikut jangka masa yang ditetapkan. Ada PC 1/2 jam dan ada PC 1 jam. Selain daripada tu, bahan-bahan pinjaman ni blh dipulangkan di perpustakaan lain, asalkan di dalam suburb yang sama... Pendek kata, dengan satu kad keahlian, boleh digunakan di beberapa buah perpustakaan yang berada di sekitarnya. Senangkan...

~Depan Lalor Library~

~beratus-ratus filem dlm bntuk vcd~





















Saturday, 3 July 2010

Picnic @ Williamstown

28 FEB 2009

Pertama kali aku pergi outing. Kebetulan masa tu summer, so cik Din (Shaharudin) and the gang ajak kitorang mandi-manda kat satu tempat yang namanya Williamstown. Perjalanan ke sana ambik masa lebih kurang 45 minit dari rumah. Pantainya memang cantik sesangat....bersih dan airnya nampak biru gitu... Memang menyejukkan mata yang memandang. Budak-budak kecik memang suka sebab dapat mandi laut... Terlebih-lebih lagi pada mak dan bapak budak. Apapun, yang penting semuanya enjoooyyyyy!!!!!!!!!!!..... Sampai je di sana, perkara pertama ialah membuka bekalan memasing... apa lagi..makan timee!!!!!!!!! ala-ala picnic lah kan.... Lepas tu semuanya tak sabar nak masuk kat dalam laut tu...termasuk lah aku..hehehe.

~air laut yang biru~
~burung yang jinak2 merpati...hehehe~

~lautan luas~
~semua dah berada di tgh...tp airnya masih cetek~

~set GPS sblm balik~

~mesti ambik gambar kat sini dulu~

~ramai-ramai~


Selepas selesai bermandi-manda, kami semua pergi ke pelabuhan Williamstown pulak. Saja-saja je untuk ambik gambar..hehehhe.... Memang cantik je pemandangan kat port tu.. Nampak cam dok kat obersi je. Siap ada burung-burung dan itik yang leher panjang tu berenang-renang (swan lake kot)...heehehe.... Memang nampak comel je.

~aku suka pmandangan ni, mcm kt obersi~


~first time kanak-kanak tgk itik ni mmg rasa teruja sgt...~

Kalau ada peluang, memang rasa nak pergi lagi tempat ni....

Friday, 2 July 2010

Makan-makan @ Bundoora Park

22 Feb 2009

Pertama kali diadakan perjumpaan untuk sessi suaikenal dan meraikan kehadiran pelajar-pelajar baru. Kami adakan sedikit jamuan yang berkonsepkan "potluck". Masing-masing datang dengan membawa pelbagai juadah. Emmm..memang best..dapat makan-makan kan.... Ramai jugak rupanya pelajar-pelajar Malaysia yang belajar kat La Trobe University ni. Dah jadi macam dok kat Malaysia lah pulak. Kredit patut diberikan kepada en. Din kerana beliaulah yang menganjurkan perjumpaan pada hari tu.

~kanak-kanak ambik kesempatan untuk bermain~
~penghulu neezam memberi ucapan alu-aluan~
~kanak-kanak riang~
~aku n sebahagian drp kenkwns~






KUIH KOLEH KACANG 5 Ramadhan

Assalamualaikum wbt 5 Ramadhan 1442/ 17 April 2021 Alhamdulillah.. Sedar tak sedar dah 5 ramadhan hari ni. Hari ni hari Sabtu, sis sekeluarg...