Biskut kacang mazola:
Bahan-bahan;
2 cawan kacang tanah yang telah dikisar halus
1 cawan gula halus
3 cawan tepung gandum
1 sudu teh garam halus
minyak jagung secukupnya (di Malaysia boleh guna jenama "mazola")
(kalau di Melbourne ni aku guna minyak kacang jenama "coles")
kuning telur sebagai hiasan
Cara-cara: Satukan kacang, gula, garam dan tepung di dalam mangkuk dan gaul sebati. Kemudian masukkan minyak dan gaul sehingga menjadi doh. Boleh terap menggunakan acuan kegemaran. Bagi aku, lebih senang buat bulat-bulat dan letakkan di atas loyang. Hiasi dengan kuning telur dan bolehlah di bakar di dalam oven dengan suhu lbh kurang 150 C selama 15-20 minit. Bila sudah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.
Minyak kacang penyedap rasa, MAZOLA yang dapat nama...patutkah? Hehehe... Apa-apa pun, yang penting, sedap dimakan!
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Aidil Fitri
Tula kan...biskut kacang sbenarnya, tp minyak mazola dpt nama..padahal..boleh je ganti dgn minyak jagung lain...hehehe
ReplyDeleteSalam..
ReplyDeleteSaya dah cuba resipi biskut mazola sis. Resipi turun temurun tu.
Memang exactly yang suami saya suka. Tiap2 hari lepas terawikh dia mesti mengadap biskut mazola ni. Favourite cookies dia for Aidilfitri.
Thank you so much. Besar pahala sis, share kan ilmu sis.Tq again
Salam. Saya Amir dari iluminasi.com. Mohon izin berkongsi sebahagian info dari blog puan dalam post ni ya. Kredit dan link kepada blog puan akan diberikan. Maklumbalas dari pihak puan adalah amat dihargai :)
ReplyDeleteSalam. Saya Amir dari iluminasi.com. Saya ingin memohon keizinan puan untuk berkongsi sebahagian info dari blog puan dalam post ini: https://jumeezaila.blogspot.com/2011/09/biskut-mazola-klasik.html
ReplyDeleteKredit dan link kepada blog puan akan diberikan. Puan boleh melihat artikel tersebut di sini: https://iluminasi.com/bm/resepi-biskut-mazola-wajib-cuba.html
Jika puan mahu saya membuang kandungan yang diambil, boleh hubungi saya dengan kadar segera di amirwrites_271@yahoo.com.
Maklumbalas dari pihak puan adalah amat dihargai :)