Friday, 13 August 2010

ONDE-ONDE @ MELBEN


Salam buat semua.. Hari ni aku kuatkan jugak semangat utk post entry ni.. Kalau tak, ntah bila lah aku ada kesempatan dan kerajinan nak post entry ni.Jadi, samada korang suka atau tidak, korang kena gak tengok gambar-gambar yg aku dah publish ni..

Semalam merupakan hari pertama umat islam di bumi Melbourne ni berpuasa.. Tu yang bersemangat nak buat kuih ni. Kalau tengok pada bentuk dan rupa parasnya, semua orang akan mengagak ianya kuih ape kan? Ada yang cakap kuih onde-onde dan ada gak yang namakannya kuih buah melaka. Tak kisah lah kan. Mesti ramai yang cakap.. eleehhhh!!! kuih yg paling senang tu.. Pejam mata pun blh buat..Tp ianya bukanlah persoalannya. Sebab.. senang ke susah ke, pokoknya kalau tiada kerajinan, kuih ni tak dpt direalisaikan.. Cewahhh... cam pakar motivasi lah pulak..

Dulu, masa kecik-kecik, nama kuih ni selalu jadi topik dalam teka teki.. aku tak ingat lah pantun teka-teki tu.. tp ayat akhir mesti ada, "Kuih apakah , yang masaknya timbul????".. Sapa tahu jwpannya sila angkat tangan..... Aku memang suka sgt kalau ada soalan teka-teki ni sebab confirm aku jawab betul punya. Dan tak sangka pulak sekarang ni aku minat pulak buat kuih ni..hehehe... (bukan ape sbb kat melben ni xde jual, so mmg kena buat lah).

Korang nak resepi kuih ni ke? Emmmm... rasanya semua orang tahu kan.. takpelah.. aku tulis je utk simpanan pribadi aku...

Mula-mula, bancuh tepung pulut dgn air pandan dan sedikit garam. Dalam masa yang sama panaskan air di dalam periuk. Oh ya, sebelum tu kita kenalah sediakan gula kabung atau gula melaka yang telahpun diracik bentuk kiub-kiub kecil (tak jd kiub pun xpe).. Lepas tu ambil sedikit tepung dan masukkan gula di dalamnya. gentel dan masukkan dalam periuk yang kita didihkan airnya tadi. Bila timbul, maknanya kuih ni dah masak. Akhir sekali angkat dan golek-golekkan di atas kelapa parut. Pastikan kelapa parut tadi diletakkan sedikit garam.. Dannnn...
Inilah hasilnya...
TAAARAAAAAA....................





~saje aku letakkan dlm paper cup ni, biar nampak cantik dan tertarik..hehehhe....~



~Inilah kuih onde-onde @ kuih buah melaka aku yang dah siap~
Selamat Menjamu Selera...


No comments:

Post a Comment

KUIH KOLEH KACANG 5 Ramadhan

Assalamualaikum wbt 5 Ramadhan 1442/ 17 April 2021 Alhamdulillah.. Sedar tak sedar dah 5 ramadhan hari ni. Hari ni hari Sabtu, sis sekeluarg...