Sunday, 17 July 2011

The Great Ocean Road Tour

Baru je aku ada peluang nak masukkan entry ni. Pada hari rabu-khamis lepas, kami habiskan sisa-sisa cuti sekolah dgn membawa anak2 bercuti di Apollo Bay, yg berada di tengah-tengah The Great Ocean Road. Kami bergerak pada petang Rabu yg mengambil masa selama lbh kurang 3 jam perjalanan dgn menaiki kereta mewah kami...hehehe. Aku ucapkan terima kasih pada ena/sam yg sudi mengajak kami bersama-sama menyertai percutian ni. Tiada aktiviti sebelah malamnya, memandangkan cuaca winter ni, memang sejuk giler2, melainkan aktiviti makan-makan. Siap bawak kukus buat kuih talam lagi tau!. dalam pada tu, aku pulak dok termenung sepanjang malam sbab tertinggal memori card utk kamera aku...Adehhh, siapakah yg harus disalahkan????.

Pada pagi hari khamis, pepagi lagi aku n sam keluar ke pekan Apollo Bay, misi mencari kedai yg jual memori card.. Maklumlah, ada kamera, kalau xde memori card, dah macam ada rokok, xde mancis...(aku pinjam kata2 sam...hehehe).... Alhamdulillah..sib baik jumpe, kalau tak, sepanjang hari lah aku akan termenung...mengenang nasib diri..So, lepas beli memori card, hidup aku kembali bercahaya...hehehe... Baru ada semangat nk menjelajah The Great Ocean Road. The Great Ocean Road ni terkenal dgn rupa bentuk benteng dan batuan hasil dari hakisan laut beratus tahun dulu. saubhanallah..indahnya ciptaan tuhan. Kat bawah ni adalah,di antara gambar-gambar tempat dan batuan menarik di sepanjang perjalanan the great ocean road untuk dikongsi dengan kawan-kawan di Malaysia.


~12 apostle~
~nampak rainbow tak?~






~stalactites n stalagmites~




~Lord Ard Gorge~

~The Arch~~
~London bridge~




No comments:

Post a Comment

KUIH KOLEH KACANG 5 Ramadhan

Assalamualaikum wbt 5 Ramadhan 1442/ 17 April 2021 Alhamdulillah.. Sedar tak sedar dah 5 ramadhan hari ni. Hari ni hari Sabtu, sis sekeluarg...