Friday, 25 November 2011

Asam Pedas Ikan Pari

Salam hari Jumaat buat semua. Ahhhhh..bila la nak setle kemas kotak-kotak dari Melben ni. Stress pun ada ni. Tak tau mana nak letak dah pun barang-barang ni..kejap bukak kotak, kejap tutup..bukak tutup, bukak tutup..tu je lah keje aku ni kan... Bak kata orang, pelan pelan kayuh. Dalam pada tu, kena jugak prepare untuk menu makan tengah hari kan. Jadinya hari ni aku buat ikan pari masak asam podeh.... Kebetulan pulak, segala kelengkapan untuk buat asam pedas ni, tersedia je kat dalam peti ais tu.. So, takyah nak kuar pegi pasar la kan. Kalau dah cukup perkakasnye, baru lah datang semangat nak memasak ni. Jom, kita semak resepi asam podeh ni.
Asam Pedas Ikan Pari
Bahan-bahan:
1/2 kg ikan pari (dipotong kecil dan dibersihkan)
7 ulas bawang putih*
1 biji bawang besar*
1 inci halia*
1 inci lengkuas*
2 batang serai*
1/2 inci kunyit hidup*
1 mangkuk cili kering*
**** bahan bertanda dikisar halus
1 biji bawang besar-dimayang
1 mangkuk air asam jawa
5 helai daun limau purut
1 batang terung panjang(dibelah dan dipotong)
1 kuntum bunga kantan (dibelah 2)
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara-cara:
1- Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang besar yg telah dihiris tadi. Bila dah garing masukkan bahan kisar.
2- Bila cili dah garing, masukkan ikan, ais asam jawa dan daun limau purut.
3- Masukkan air asam jawa. Jika perlu, tambahkan sedikit air. Biar mendidih.
4- Kemudian, masukkan garam, gula, bunga kantan dan terung.
5- Biarkan mendidih ataupun sehingga terung lembut. Tutup api dan sedia untuk dihidang.


No comments:

Post a Comment

KUIH KOLEH KACANG 5 Ramadhan

Assalamualaikum wbt 5 Ramadhan 1442/ 17 April 2021 Alhamdulillah.. Sedar tak sedar dah 5 ramadhan hari ni. Hari ni hari Sabtu, sis sekeluarg...