Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan

ketenangan dan keamanan

Wednesday, 18 August 2010

SAMBAL TUMIS IKAN BILIS

Share

Kalau semalam aku dah bercerita pasal sambal hitam, apa kata hari ni kita tengok pulak sambal tumis ikan bilis versi aku yang berada jauh di perantauan ni? Sebenarnya sambal tumis ni tak lah sehebat mana pun, tapi kekadang ianya boleh mengalahkan rating daging masak merah ataupun ayam masak halia tau! ..betul tak? Nak nak pulak bila berada di bulan puasa ni, lagi lah nampak macam menyelerakan. Jadi aku upload gambar ni supaya korang semua dapat idea untuk menu berbuka puasa atau pun untuk bersahur. Jadi, dipendekkan cerita.. aku rasa korang takyah lah beli sambal tumis ni kat bazar ramadhan yer, sbb ianya tersangat lah senang untuk membuatnya.

Kalau nak citer pasal bahan-bahannya, emmm memanglah senang sangat. Aku pun tetiba segan lah pulak nak tulis resepinya kat sini.. Tapi takpelah lah ek... aku nak gak tulis resepinya.. Cuma masalahnya, aku tak berapa nak pandai letakkan sukatan yang betul sebab selama ni aku main campak-campak je (make sure kalau nk campak tu kena betul-betul masuk dalam kuali okay!!)... Lagi pulak, bahan-bahan yang kita sediakan mestilah mengikut sebanyak mana yang kita nak masak tu..Jadi korang semua adjust la ikut kreativiti memasing yer...


Bahan-bahannya:

  1. Ikan bilis (lbh kurang semangkuk... emmm mangkuk besar mana ek? jangan korang guna mangkuk nasi tambah dah ler... Agak2 200gm kot)

  2. cili kisar (jgn guna cili boh, pastikan guna cili kering yg dikisar halus- agak2 sesuai dgn jumlah ikan bilis..hehheeh... dalam 2,3 senduk)

  3. 5 ulas bwg putih

  4. 2 biji bwg besar (sebiji ditumbuk/dikisar bersama bwg putih, sebiji lagi dimayang)

  5. petai (pilihan-xde pun xpe)

  6. asam keping (blh ganti asam jawa)
  7. garam dan gula secukupnya

Cara-caranya:


Ikan bilis digoreng separuh masak. Angkat dan ketepikan. Sediakan minyak untuk menumis..(pastikan berpadanan dengan bahan tumisan tadi yer). Kemudian tumis cili, bwg putih dan bwg merah yang sudah dikisar. Bila bahan tumis dah betul2 masak, masukkan petai, ikan bilis dan bwg besar yang sudah di mayang tadi. Masukkan asam keping, gula dan garam secukupnya... Dannnn...SIAPPPP!!!


~SELAMAT MENJAMU SELERA~


4 comments:

Mohd Hadi said...

ai kak...!!! mana dpt petai..???!!! musykil nih...!!

jayzack said...

dah..dah.. jangan nak musykil tak tentu pasal.. kang tergeliat pulak kepala otak tu kang.. kat sini macam2 ada,... macam iklan kat astro tu...

Anonymous said...

k jumei..suka baca resepi2 akak..nnti upload byk2 yerrrr..:)

JUMEE ZAILA AHMAD said...

ok, ok,.... mekasih ye

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
.

Thank's for visiting my blog