Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan

ketenangan dan keamanan

Monday, 11 October 2010

Daging Masak Merah

Share
Kali ni aku masukkan pula entry resepi daging masak merah versi aku. Tapi..aku buat ni, rupa parasnya takdelah nampak sangat macam daging masak merah. Dulu, masa kat Malaysia, aku pernah pergi makan kat satu restoran masakan Thai, dan diorang buat daging masak merah macam ni la lebih kurang... Memang sedap sangat, so aku pun sesaja je nak cuba buat macam kat kedai yang aku pernah pergi tu... Dan... rasanya memang tak menghampakan.. memang sedaappppp pun... Ni bukan kes aku yang nak puji diri sendiri ye. Anak2 aku yang cakap sedap okay!. Alah, sebenarnya sedap tak sedap, ianya sesuatu yg subjektif. Susah nak describe rasa macamana. Bergantung pada citarasa masing-masing kan.

Bahan-bahan:

  1. 1/2 kg daging lembu batang pinang.
  2. 6-7 ulas bawang putih di tumbuk kasar (chopped).
  3. Bawang besar. Potong macam potong kentang wedges.
  4. 1 1/2 senduk cili blend.
  5. 3 sudu besar Sos cili, 2 sudu besar sos tomato dan 1 sudu besar kicap manis. (Boleh ubah suai suka hati).
  6. Garam dan gula.

Cara-caranya:

  1. Daging dihiris nipis dan dibersihkan. Kemudian gaulkan dengan sedikit garam, 1 sudu tepung jagung dan minyak zaitun. Perapkan selama lebih kurang 30-40 minit. Kalau terlebih masa pun takpe.
  2. Kemudian, goreng daging supaya agak garing ataupun bila daging bertukar warna keperang-perangan.. Jangan terlalu garing, nanti daging keras dan liat. Angkat dan ketepikan.
  3. Tumis bawang putih dan cili blend sehingga garing. Masukkan sos cili, sos tomato dan kicap manis. Letak garam dan gula. Kemudian masukkan daging dan bawang besar. Kacau rata dan sedia untuk dihidang. Pastikan bawang besar tidak terlalu masak. Senang je kan? Ok, selamat mencuba pada yang ingin mencuba sesuatu yang baru.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
.

Thank's for visiting my blog