Tuesday 15 March 2011

Sand Sculpture, Frankston

Dah lama plan nak pegi tempat ni...Baru je dapat peluang pegi. Bukan ape, sebelum ni, siap berombongan cik kiah bagai, nak pegi ke sini..Tup..tup..hujan pulak...dengan sejuknya pun satu hal lagi. Anak-anak pulak dok menggigil kesejukan. Jadinya, walaupun kami dah sampai kat tempat ni..we all x masuk pun masa tu.... Tu la org sini cakap..cuaca kat melben ni tak blh nak dijangka..Kekadang ada '4 season in a day'.... Pagi winter, tghari bleh jadi summer, petang blh spring pastu blh tukar jugak jadi autumn...... Orang sini ckp..itulah uniknya melben...

Kita berbalik pada citer aku ni.. Akhirnya, pada tanggal tarikh 13 Mac 2011 (cam hari ini dlm sejarah lah pulak...hehehe), tercapailah hasrat kitorg nak pegi ke tempat ni. Yang uniknya, semua sculpture yang dibina menggunakan pasir. Memang kreatif...dan aku sungguh2 teruja tgk akan keunikannya... jom kita layan gambar2 ni okay!



~salah satu tarikan~
~dari jauh, nampak jugak sculpture tu~
~benteng utk ke laut~




~binatang yg paling aku x suka~


Macam biasa lah kan... Kalau dah habis pusing2 tu, acara wajibnya adalah makan-makan.... menariknya di bumi melben ni..rata-rata tempat disediakan tempat utk ber'picnic' dan BBQ.... Semua pengunjung adalah bertanggungjawab menjaga kebersihan tempat ni.. Tinggi sungguh nilai murni orang2 Oz ni kan......

~makan time!~




Saturday 12 March 2011

Plum from my backyard!...


Salam buat semua pembaca blog... Dah lama nak masukkan entry ni..asyik terbengkalai je.. bukan ape..kekurangan idea nak goreng kat blog ni..Kalau setakat nak goreng ikan, memang senang..Tapi nk goreng bahan kat blog ni, memang sentiasa ketandusan. Asal aku bukak je blogger ni, terus hilang apa yang aku nk tulis. Padahal, bila aku x bukak, macam-macam yang terlintas kat kepala hotak aku ni..Hehehe... Ni pulak entry yang sepatutnya dah lama aku masukkan tapi baru hari ni aku ada kekuatannya. Tengok gambar je korang semua dah tahu ni buah ape kan.. Tapi kena ambik kira jugak lah, aku ni blogger yg baru setahun jagung.. Jadinya, masih banyak ilmu yang perlu dipelajari ye tak...

Tak pelah... Ni aku nak tunjukkan gambar2 buah plum kat pokok belakang rumah aku di Melben ni. Pokok ni meriah berbuah masa summer baru2 ni. Berbanding dengan tahun sebelumnya, buah plum kali ni, lambat jugak habisnya. Pulak tu, kemain lebat berbuah... Sehingga hujung Februari hari tu baru lah betul2 habis. Memang puas betul makan... Sampaikan tak termakan pun ada jugak hehehe... jom layan gambar2 ni untuk tatapan kenkwan di bumi Malaysia...











Wednesday 9 March 2011

~Mt. Cooper~

Sebaik saje bergather-gather kat Bundoor Park, kami sempat pergi ke Mt Cooper. Walaupun dah 2 tahun dok di bumi melben ni, baru kali ni kami berpeluang naik ke Mt Cooper ni. Bukit ni terletak di kawasan yang berhampiran Bundoora Park jugak.. Kiranya, memang kena lalu bundoora park untuk pergi ke sana. Disebabkan tempat ni dekat dengan rumah kitorang, tu lah yang sentiasa bertangguh je untuk naik ke sini. Dari bukit ni, kita akan nampak penempatan yang berhampiran dengan persekitaran ni...










~MSA Gathering 2011~

Majlis yang berlangsung pada hari Ahad baru2 ni merupakan perjumpaan julung kalinya bagi tahun 2011 di bawah ahli jawatan kuasa MSA yang diadakan di Bundoora Park... Majlis yang bertemakan Makan Santai And get together bertujuan untuk beramah mesra dan berkenalan di antara pelajar baru dan lama yang rata-ratanya adalah dari RMIT dan La Trobe. Memang happening! Dah lama tak join bergather2 dgn diorg semua. Lebih-lebih lagi dah masuk Autumn ni..lepas ni ramai yang hibernate kat rumah je..sbb dah sojukkkk.....



~blue rangers~







Tuesday 8 March 2011

~Mee kuning~


Aku baru je selesai buat mee kuning untuk sarapan pagi esok..ari ni, cikgu nak ajar cara-cara nak buat mee kuning ye. Hehehe...dah jadi cikgu masakan lah pulak..... Tapi rasenya, kalau kat Malaysia, aku beli je kat pasar..setle masalah aku.

Ada ke yang nak buat mee kuning ni? Kalau ada yang berminat.... kat bawah ni aku dah letakkan entry step by step cara-caranya okay.. Di sebabkan dah mengantuk sangat ni, aku letakkan step yg paling senang nak faham okay...

Bahan-bahan:

500 gram tepung gandum
1 biji telur
1/2 camca teh garam
sedikit kunyit
170-180 ml air
Air rebusan untuk mencelur mee yang di campur dengan 4-5 sudu minyak masak

Cara-cara:
1) Masukkan semua bahan ke dalam mixer dan putar sehingga menjadi doh.
Rehatkan lbh kurang 5-10 minit sebelum dibuat seperti langkah di bawah.

2) Doh yang siap tadi di kerat-kerat menjadi kepingan lebih kurang 1 inci setiap satu untuk memudahkan proses menggunakan mesen pasta.



Bahan-bahannya
Campurkan semua bahan dan uli menjadi doh

Lepas tu masukkan ke dalam mesen penggelek cam kat atas tu

nipiskan lagi kepada no 3 atau 4
Masukkan ke dalam mesen macam ni, dan masukkan ke dalam air mendidih, dannnn..................


Inilah dia mee yang dah siap dan sedia untuk di masak


selamat mencuba!!!!!!!

~Patin Masak Tempoyak~

Ada sesape yang nak resepi ikan patin masak tempoyak tak? Ikan patin ni kalau nak beli di ostolia, namanya 'basa fish' ataupun nama saintifiknya 'Pangasius'. Boleh didapati di kedai-kedai Vietnam atau yang menjual makanan Asean di tempat sejukbeku. Sesape yang teringin nak makan masak tempoyak ikan patin di bumi ostolia ni, boleh ikut resepi kat bawah ni ye...

Bahan-bahan
1 ekor ikan patin
1-2 inci kunyit hidup (kunyit serbuk pun boleh)
4-5 sudu tempoyak
1 sudu belimbing rebus (kalau ada)
asam keping (kalau tempoyak tak cukup masam)
segenggam daun kesum
cili padi (ikut kepedasan yg diingini)
garam dan gula secukupnya
*Kalau di Malaysia, masukkan timun tua.. (saiznya lbh besar drp timun biasa dan kulitnya kaler coklat. Belum pernah jumpa di Oz).

Cara-cara: Ikan patin di kerat kecil2, dibersihkan dan dimasukkan ke dalam periuk. Masukkan air secukupnya. Kunyit hidup dan cili padi ditumbuk @ blend halus dan tuang ke dalam periuk tadi. Masukkan juga tempoyak, daun kesum, asam keping dan belimbing rebus(optional). Kira macam rebus ikan lah kan....Masak sehingga mendidih. Jangan lupa garam dan gula secukupnya.

Dannnnnnn.......
Taaaaaaa Raaaaaaaaaaaa:
~Inilah hasilnya;~

KUIH KOLEH KACANG 5 Ramadhan

Assalamualaikum wbt 5 Ramadhan 1442/ 17 April 2021 Alhamdulillah.. Sedar tak sedar dah 5 ramadhan hari ni. Hari ni hari Sabtu, sis sekeluarg...