Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan

ketenangan dan keamanan

Tuesday, 8 March 2011

~Mee kuning~

Share

Aku baru je selesai buat mee kuning untuk sarapan pagi esok..ari ni, cikgu nak ajar cara-cara nak buat mee kuning ye. Hehehe...dah jadi cikgu masakan lah pulak..... Tapi rasenya, kalau kat Malaysia, aku beli je kat pasar..setle masalah aku.

Ada ke yang nak buat mee kuning ni? Kalau ada yang berminat.... kat bawah ni aku dah letakkan entry step by step cara-caranya okay.. Di sebabkan dah mengantuk sangat ni, aku letakkan step yg paling senang nak faham okay...

Bahan-bahan:

500 gram tepung gandum
1 biji telur
1/2 camca teh garam
sedikit kunyit
170-180 ml air
Air rebusan untuk mencelur mee yang di campur dengan 4-5 sudu minyak masak

Cara-cara:
1) Masukkan semua bahan ke dalam mixer dan putar sehingga menjadi doh.
Rehatkan lbh kurang 5-10 minit sebelum dibuat seperti langkah di bawah.

2) Doh yang siap tadi di kerat-kerat menjadi kepingan lebih kurang 1 inci setiap satu untuk memudahkan proses menggunakan mesen pasta.



Bahan-bahannya
Campurkan semua bahan dan uli menjadi doh

Lepas tu masukkan ke dalam mesen penggelek cam kat atas tu

nipiskan lagi kepada no 3 atau 4
Masukkan ke dalam mesen macam ni, dan masukkan ke dalam air mendidih, dannnn..................


Inilah dia mee yang dah siap dan sedia untuk di masak


selamat mencuba!!!!!!!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
.

Thank's for visiting my blog