Aku sepatutnya bersyukur sesgt, sbb sebelum tiba di Melbourne ni, suami aku dah berhubung dengan kwn2 yg lebih dulu sampai di Melben ni. Alhamdulillah..aku perlu berterima kasih kepada Azniyati dan keluarganya kerana sudi menumpangkan kami di rumahnya untuk sementara waktu. Hanya Allah saja yg membalas segala jasa dan kebaikannya. Terima kasih yang tak terhingga juga buat Hamzah dan Fizah kerana sudi menjemput kami dari Airport.
Tanggal 19hb Januari 2009, buat pertama kalinya kaki aku berpijak di atas bumi Melbourne ni. Hari pertama tiba, memang excited tak terhingga. Macam tak percaya je kami dah berada di bumi Melbourne ni.
Baru dua tiga hari berada di sini, anak2 dah mula demam, maybe masih belum dapat sesuaikan diri dgn cuaca kt sini yg agak panas...Macam tu jugak dgn aku. Demam, selsema dan batuk.. Eeee tention betul aku masa tu... Selepas seminggu we all sampai,(28,29,30 Januari) Suhu ketika tu mmg terlalu panas.. Menurut org kt sini, summer tahun ni paling panas sejak 30 tahun lalu, suhunya sehingga mencecah 41 C-50 C pada minggu tu. Betul2 menguji kesabaran. Mungkin jugak ianya kesan dari kebakaran Kinglake yang memusnah kan hutan2 dipersekitarannya. Pannas berasap!!. Bayangkanlah kalau semalamnya suhu 16-20 C... tup2 esok suhu blh bertukar kepada 45 C. Aduh.. tk terdaya rasanya untuk menghadapi semua ini. Angin yg bertiup pun bukan angin sejuk tapi angin panas. Semcm duduk dan bersandar kat sebelah oven je. Rasanye kalau letak ayam kat tgh padang pun blh masak kot. Tapi kan, inilah sebahagian dari kenangan-kenangan yang akan kami kenang bila kembali ke tanahair nanti....
No comments:
Post a Comment