Saturday 11 September 2010

GATHERING RAYA "THE BUNDOORARIANS"

HARI RAYA KE 2
~keluarga besar kami di bumi melbourne~
~gambar ikhsan dari FB zafiri~


Hari ni semua pelajar-pelajar di kawasan berhampiran dan persekitaran La Trobe Uni berhimpun menyambut Aidilfitri bersama-sama. Kira macam open house utk ahli desabundoora lah kiranya kan... Tahun ni kami menggunakan dewan peperiksaan La Trobe University... Pada plan asalnya AJK nak sewa dewan ni, tp disebabkn kebanyakannya adalah pelajar2 dari LTU, maka pihak pengurusan berbesar hati memberi kemudahan dewan ni secara percuma je... emmmm ok lah kan...

Walaupun hari ni hari raya ke-2, tp semuanya memperagakan pakaian seperti hari pertama raya.. Dah macam model pakaian KAMDAR lah pulak... Macam-macam kaler ader tau... Dannnn yang nampak paling meriah ialah kaler MERAH.... hahaha..dah tentu aku termasuk dalam tema warna yang meriah tuuu.... Tapi kan, semua warna kiranya nampak meriah kalau dah serba baru kan??

Bercerita pasal juadah pulak... Kami diberikan beberapa kumpulan untuk menyediakan juadah untuk hari ni... Dan kebanyakan ahli kumpulan bertungkus lumus menyediakan masakan tu malam tadi... Macam-macam menu ada tau... Rendang, ketupat, nasi beriani kambing, nasi tomato & ayam masak merah (ni grup aku yg buat mlm tadi kat rmh aku. kitorg masak sampai jam 12 mlm tau...), ayam goreng, lontong, bihun & mee goreng, nasi dagang, puding, kek dan pelbagai kuih muih lain lagi... Sorry, tak sempat nak snap gambar hidangan tu semua, sbb aku dok sibuk berposing je.. kejap posing kat luar, kejap lagi posing kat dalam dewan pulak, lepas tu tak puas hati pegi posing kat luar lagi... At last baru aku perasan yg aku terlupa nk snap gambar makanan tu semua... haaha...boleh statement camtu????.

~model pakaian hari hari~
~jejaka idaman malaya~

~sedondon dgn kete ni kan?~

~Azhar Bakty n fmly~

~sebahagian kecil~
~suka gambar ni..~
~posing lagi~
~aksi duduk pulak~
~saling bermaafan sesama kita~
~p/s: yg tgh tu saja nk cari pasal~
~kami lagi..hehehe~
~makan time!!!~
~senyuman siapakah yg paling menawan~

~ibu & anak paling bergaya...he3~

~model pakaian KAMDAR~

Majlis kami berakhir lebih kurang jam 1.00 petang... Sebelah petangnya kami sibuk memenuhi undangan rumah terbuka pulak.... Emmmm seharian, tak berhenti makan..makan...dan makan.. .



No comments:

Post a Comment

KUIH KOLEH KACANG 5 Ramadhan

Assalamualaikum wbt 5 Ramadhan 1442/ 17 April 2021 Alhamdulillah.. Sedar tak sedar dah 5 ramadhan hari ni. Hari ni hari Sabtu, sis sekeluarg...