Haa... Hari ni aku masukkan entry kuih bakar pulak.. Sebelum ni aku dah pernah buat kuih bakar ni tp tak berapa nak menjadi... Lepas pada tu aku terus je xde semangat nak buat kuih ni lagi.. Tapi kuih bakar yang aku buat kali ni, bukannya aku buat sorang-sorang, sebaliknya aku buat dengan kawan aku, Salawati.. Dia ni dah kira pakar dah buat kuih bakar ni sebab anak-anak dia suka makan so boleh di katakan berkali-kali dah dia buat kuih ni di bumi Melben ni..Tak pasti lah pulak, kalau kat Mesia dia buat ke tidak.. entah2 dia pun selalu beli je kot...hehehe...(sori wati..jgn marah ek!). Macam yang aku cakap lah... kat Melben ni takde mak cik jual kuih kat simpang, tu yg semuanya kena buat sendiri...
Ok la..kita berbalik pada topik utama kita k.... Kuih ni dibuat hasil usahasama antara aku dan Salawati.. Di mana aku sediakn tapak operasi dan kawan aku ni menyumbangkan resepi... Hahaha..Macam projek ribu-ribu lah pulak kan...Bukan apapun, saja suka2...dan kuih ni kami buat sempena Malaysian Festival yang diadakan di La Trobe University yang dianjurkan oleh Malaysia Student & Associate (MSA LTU) pada 16hb Sept 2010.. Tarikh ni dipilih bersempena dengan Hari Malaysia. Tujuan Festival di adakan adalah utk memperkenalkan Malaysia dikalangan pelajar antarabangsa di sini. Jadi, aku dan Wati menyumbangkan kuih bakar hasil dari air tangan kami...hehehe...
Yang bestnya, ramai mamat dan minah saleh tu cakap sedap... Itupun taktau lah pujian diorg tu ikhlas ke tidak... Tak kisahlah... apa yg diorg ckp tu...kira betul je lah ek...
Kat bawah ni adalah di sebalik tabir pembikinan kuih bakar istimewa kami tu bersama dengan resepinya sekali...(Resepi ni adalah sumbangan dari kawan aku, Wati)... Tq gang!...
~bahan-bahannya: 260gm tpg gandum, 240gm gula, 300ml santan, 500ml air, 3 biji telur, 1 sudu paste pandan, 1 sudu teh esen vanila, 2 sudu besar minyak sapi, 1 sudu teh garam dan bijan untuk hiasan~
~Cara-caranya: Satukan tepung, gula, air. Kacau rata. Kemudian masukkan santan, paste pandan, telur, minyak sapi, esen vanila dan garam.
p/s: Ha...tu adalah tangan kwn aku, si wati...
~Kacau lagi~
p/s: sementara tu, lenserkan loyang dengan minyak sapi dan panaskan loyang di dalam oven lebih kurang 5 minit. Biarkan minyak sapi tadi mencair.
~Keluarkan loyang dari oven dan tuangkan adunan ke dalam loyang yang panas tadi. Bakar hingga masak dengan suhu 180C-200C. Lebih kurang 1 jam~
p/s: bila kuih separuh masak, tuangkan bijan ke atasnya dan sambung bakar lagi.
~Inilah rupa kuih bakar kitorg~
~Kuih bakar yang sudah siap utk dibawa ke Malaysian Festival anjuran MSA~
~Kepada sesiapa yang ada seru nak buat kuih ni, aku ucapkan Selamat Mencuba okay~

No comments:
Post a Comment