Perjalanan hari kedua diteruskan lagi. Kami singgah di satu tempat yang terkenal dengan kambing biri-biri yang terbesar dan terkenal di Australia ni. Nama kambing tu, BIG MERINO yang terletak di Goulburn.
Kami juga singgah di stesen keretapi Goulburn yang mempunyai tinggalan sejarahnye yang tersendiri.
Kemudian kami pergi tempat yang termasuk dalam iternery utama perjalanan kami iaitu....menuju ke mercu tanda bandaraya Sydney... Apa lagi, kalau bukan Sydney Opera House. Kalau dah tiba di sydney ni, pastinya tempat ni menjadi tumpuan. Aku semestinya tak lepaskan peluang... klik sana, dan klik sini.....
berlatar belakangkan Queen Victoria Building
Perjalanan hari kedua berakhir di sini. Kami sampai di Lithgow Valley In, iaitu tempat penginapan kami, pada jam 11 malam . Walaupun terasa penat, tapi tetap berpuas hati dgn perjalanan hari ni.
No comments:
Post a Comment