Sunday, 9 January 2011

Trip to Gold Coast day 3 -2010

3 Jan 2010 (Blue Mountain)

Emmm.... Kat mana aku nak mula ek... Pada hari ketiga ni, kami singgah di beberapa tempat bersejarah di Lithgow ni. Kemudian kami menuju ke destinasi seterusnya iaitu Blue Mountain yang terletak di Katoomba. Di sini ianya lebih terkenal dengan Scenic View yang pastinya cantik dan menarik terutama bg pencinta2 alam. Di Blue Mountain ni terdapatnya batuan yang unik diberi nama Three Sisters. Three Sisters ni jugak ada lagenda tersendiri. (ala2 sumpahan sang kelembai lah kan). Kalau nak tau macamana Three sisters mendapat namanya, blh klik disini. Mesti baca tau!!!
Sebenarnya, masa pergi ke sini, hujan renyai-renyai dan berkabus. Jadinya, kami tak dapat nak snap gambar pemandangan dan three sisters yang dimaksudkan. Untuk tidak menghampakan, aku ambil gambar dari laman web untuk tatapan kenkawan yang berada di Malaysia. Walaupun kalian tidak berada di bumi Australia, sekurang-kurangnya dapat jugak tengok scenery yang cantik ni kan.... Mungkin Allah pinjamkan aku mata dan pengalaman ni untuk dikongsi bersama kenkawan dan kenalan yang berada di bumi Malaysia.

Kami bergambar kenangan di depan motel penginapan sebelum check out.




Kat bawah ni adalah Information Centre, Lithgow.

Kami jugak singgah di Muzium Senapang patah di mana senapang ni digunakan oleh askar dulu2.
~kat belakang tu ialah jenis senapang yang digunakan mengikut tahun buatan~
~Nak kata charlie angle bukan, James Bond pun bukan...hehehe~

Kami di Blue Mountain




~blue mountain~

~Inilah batuan yang diberi nama Three sisters~


Kemudian, kami teruskan lagi perjalanan kami sebelum berhenti ke tempat penginapan di sebelah malamnya. Catatan bersambung dgn kisah hari ke 4 pulak.


No comments:

Post a Comment

KUIH KOLEH KACANG 5 Ramadhan

Assalamualaikum wbt 5 Ramadhan 1442/ 17 April 2021 Alhamdulillah.. Sedar tak sedar dah 5 ramadhan hari ni. Hari ni hari Sabtu, sis sekeluarg...