Friday, 24 June 2011

My Turkish Friend

Semalam (23hb Jun) aku sekeluarga mendapat jemputan makan malam di rumah seorang kawan berbangsa Turki. Memang terasa teruja sangat nak menziarah ke rumah kawan yang berbangsa asing ni. Kami bertolak selepas maghrib yang jaraknya lebih kurang 14km dari rumah aku.

Apa yang menyebabkan aku betul-betul terharu adalah, kawan aku ni menyediakan 'Barbeque" semata-mata untuk kami. Pulak tu dengan pelbagai makanan tradisional Turki. Punyalah banyak makanan sehinggakan kami tak tau nak makan yang mana satu.. sudahlah tu, makanan yang disediakan pulak sedap2 semuanya...so terpaksalah kami makan dalam jumlah yang kecil, supaya dapat merasa semua makanan yang dihidangkan. Memang betul-betul kekenyangan. Serius!!!! makanan tu sedap2 semuanya. Antaranya ialah chicken shish, lamb BBQ, chicken BBQ, kofte, sarma, mix vege, carrot yogurt, cucumber yogurt dan di akhiri dgn desert baklava roll with pudding. Memang meriah dgn makanan malam tu... Semuanya disediakan oleh kawan aku ni. Emmm....memang pandai masak rupanya dia ni....

Sebenarnya, aku memang tak makan kambing. Tapi malam tu aku tak dapat elak, sebab dia letak jugak kat pinggan aku, so, takkanlah aku nk ckp yg aku tak makan kambing kan?...aku terpaksa telan jugak dgn tak berapa ikhlasnya..Hehehe..rupa-rupanya sedap jugak kambing BBQ ni... Teringin nak tambah lagi tapi memang dah betul2 kekenyangan. Sebabnya semua makanan kitorang rasa. Yang paling aku tak boleh lupa ialah chicken shish..memang best la....Pendek kata, semua makanan tu boleh diberi gred A++. Selepas berehat lebih kurang 1/2 jam, kami dihidangkan pulak dengan baklava yang dimakan bersama dengan pudding. (Sorry, tak sempat nak snap gambar pudingnya...hehehe)


~me & Aiten~

~our daughter, aamira & rose~
~our son, irfan & saifullah~
~suami2 yg bz dgn bbq~
~~aku belajar buat 'kofte'~
~model meja makan~
~lamb n chicken bbq, shish, kofte~
~vege salad, yogurt dip, sarma~

~'sarma', nasi yg dibungkus dgn daun anggur~


~baklava roll~



~pose kat heater comel ni....hehehe~
~family photo~

~halwa buah tin (figs)~

Sebelum balik, kawan aku sempat juga bekalkan jem figs untuk aku. Dua bulan lepas, rumah aku memang banyak buah tin ni, so aku bagi dia untuk dibuat jem.. hasilnya, malam tu dia bagi aku jem buah tin tu. Tapi, aku rasa, ianya ala-ala halwa kot..Rasa lbh kurang macam halwa betik je. Oklah..not bad jugak rasanya. sangat manis dan sesuai dimakan bersama roti.

info:
'Sarma' refers to a dish that can be prepared with grape, cabbage, or chard leaves. The term sarma derives from Turkish verb "sarmak," which means to wrap or to roll. It can be prepared with rice and spices (vegetarian) or with rice and ground meat. Both are delicious. Sometimes sarma is called dolma, too, yet on the western part of Turkey, rolled leaves are always called sarma.

'kofte' pula ialah daging cincang yang dibuat seperti daging burger... Daging cincang dicampur dengan herbs, garlic, ginger, onion, salt, parsley. Pastu buat leper atau pun bentuk suka hati sebelum di BBQ kan...

No comments:

Post a Comment

KUIH KOLEH KACANG 5 Ramadhan

Assalamualaikum wbt 5 Ramadhan 1442/ 17 April 2021 Alhamdulillah.. Sedar tak sedar dah 5 ramadhan hari ni. Hari ni hari Sabtu, sis sekeluarg...