Tuesday, 14 February 2012

Tanaman di belakang rumah saya...


Assalamualaikum.....
Lama sungguh tak bersiaran di laman DIARI alam maya ni. Memang susah nak dapat kekuatan untuk menulis kan. Maklumlah..bukan profesion kita kan... Buat blog pun suka-suka..Jadinya, suka2 hati je bila nak tulis kan...hehehe... Balik dari sekolah, memang penat sungguh..Rasenya otak dah macam tak boleh nak berfungsi je... Cepat je cari bantal... Bila dah dapat cukup rehat dah cukup tidur baru lah segalanya jadi bermakna tak gitu...

Hari ni balik petang lagi.. Ada perjumpaan dengan pegawai-pegawai unit Kaunseling dan Psikologi JPM, Melaka. Dari jam 2.00-4.00. Kesian kat Aamira, kena tunggu lama sebab takde orang yang nak ambik dia. Si adik pulak ada aktiviti petang. Jam 4.30 baru sampai rumah..., tengok apa yang ada kat dapur yang boleh di isi untuk perut. Adoiyaii..penatnyeeeee... Kalau ikutkan hati, mau je aku tarik bantal... silap haribulan sampai suboh esok baru bangun.. Jadinya, nak sibukkan diri, aku jengok blog aku yang dah bersawang ni...

Kali ni aku nak tulis pasal tanaman yang terdapat di belakang rumah aku, yang sempat ditanam sejak aku balik ke Malaysia 3 bulan yang lalu. Masih teringat lagi kenangan di bumi Melbourne. Semua tanaman yg eksotik bagi org Asia ni memang susah nak dapat di sana. Apa dia tanaman yang dianggap eksotik ni?..Yelah kan..makanan ni orang2 'mat saleh' melben jarang makan contohnye, cili api, pandan, lengkuas, limau kasturi, serai, terung pipit, kacang botol dan sebagainya. Malah, sayur keladi dan pucuk labu pun blh dapat di melben tau. Kalau dapat pun harganya agak mahal kalau nak dibandingkan jika di Malaysia yg boleh didapati secara percuma je... Namun begitu, walaupun harganya agak mahal tapi kami, orang2 Asia ni tetap juga akan mendapatkannya di kedai2 yg menjual barang2 Asean. Sebatang serai di sana berharga $1 (RM3) yang sama harganya dengan 1 kg epal. Punyalah murah harga epal kan.... 5 helai daun pandan pula, yg frozen dijual dgn harga $2(RM6)...Daun kunyit pulak, cuma blh dapat yang kering je yang memang sah2 dah xde bau kunyit pun.. Punnnnnn....kami tetap jugak beli.

Ok, jom kita berbalik pada projek aku tadi.. Projek menanam tanaman secara kecil-kecilan. Jadinya, setakat nak memasak yang simple, blh capai apa yg ada di belakang rumah je. Kes lepas geram sebab susah nak dapat di sana...Kekadang tu, nak buat nasi goreng kampung, kul 6 pagi pun boleh jenguk belakang rumah n petik cili padi. Tapi dengan syarat, time tu xde katak kat bawah pokok cili..kalau ada...Cabuttt!!!!!.... Aamira lah jadi mangsa, suboh2 adam tu kena petik cili... Antara tanaman yg ada di backyard rumah aku ialah...

Kacang botol yang mula mengeluarkan buah sulung.


Cili padi yang tak pernah putus


terung pipit@ terung manggur


Limau kasturi


pisang nangka, buah sulung

Align Centre

Yang ni pulak dah macam kes musang berjanggut pulak.. kena asingkan dulu sebelum dimasak.. Sape yang boleh asingkan cili, lima dan terung, maka boleh dijadikan isteri...hehehehe

Hahaha..sebenarnya, buah tu dipetik untuk Nadia, kawan aku yang nak balik ke KL..Maklumlah..kat bandaraya Kuala Lumpur, kehidupannya macam orang Melben jugak kan...segalanya boleh didapati dengan $$$$$$....

Sebenarnya, ada beberapa lagi tanaman, yang aku tak sempat nak snap gambarnya. Jumpa di lain siaran ye. Antara tanamannya ialah kacang bendi, pokok tomato, kunyit, lengkuas dan daun pandan...


No comments:

Post a Comment

KUIH KOLEH KACANG 5 Ramadhan

Assalamualaikum wbt 5 Ramadhan 1442/ 17 April 2021 Alhamdulillah.. Sedar tak sedar dah 5 ramadhan hari ni. Hari ni hari Sabtu, sis sekeluarg...