Thursday, 5 December 2013

Kuih Tapak Kedidi


Assalamualaikum...
Lama betul aku tak update blog ni.. rindu sesangat tp apa kan daya, kesibukan melanda membataskan niat aku ni. Sempena cuti sekolah ni, sebolehnya akan ku coba utk mengupdate blog ni. Harap2 nya ia bukan hangat2 taik ayam je. Caiyokkkk..... 

Ok, berbalik kita kepada kuih tapak kedidi ni. Kuih ni pada aku terkenal di negeri Pahang. Ye la kan, Arwah mak org Pahang. Di negeri lain belum pernah aku jumpe kuih ni ataupun yg seakan-akan dgnnya. Kuih ni diambil nama sempena tapak kaki burung kedidi. Nampak tak gambar kuih ni ala2 tapak kaki burung? Tak taulah pulak kenapa tak diletakkan nama kuih tapak merpati, ataupun tapak puyuh. Kuih ni memang menjadi kuih peberet aku sejak kecik. Setap kali menjelang bulan ramadhan, arwah mak tak akan ketinggalan utk membuat kuih ni utk juadah berbuka puasa. Arwah mak memang sangat rajin buat kuih2 tradisional ni. Juadah ni pastinye akan dihantar ke rumah jiran2 utk bertukar juadah berbuka puasa. Tapi kenangan tu terlalu jauh aku tinggalkan. Arwah mak telah meninggalkan aku sejak aku berumur 12 tahun lagi. Sejak itu aku merindui masakan mak aku terutama kuih2 tradisi yg sangat susah utk diperolehi di kedai2 ataupun pasar malam. Salah satu kuihnya ialah kuih tapak kedidi ni. kuih ni, memang x pernah jumpe di pekan sehari maupun di pasar malam. Nak tak nak, kena lah buat sendiri. Oleh kerana mak aku tinggalkan aku sejak kecik, x banyak sebenarnya ilmu masakan yg aku perolehi maklumlah, umur 12 thn, akal pun belum ada lagi. Namun aku mewarisi bakat semula jadi arwah mak. Rajin memasak..heheh yeke? Untuk dapatkan resepi2 tradisi ni, kakak aku adalah menjadi pakar rujuk aku. Tima kasih kak.. Baru2 ni pernah aku terlihat di dalam rancangan Majalah 3, ada ditunjukkan kuih ni yg dibuat di daerah pekan. Bahan2nya sama, cuma bentuk dan nama saje berbeza. Nama kuih di Pekan tu ialah kuih lesung batu, dimana ia dibuat bulat2 dan berlubang di tengah seperti lesung batu. Aku sangat pasti yg kuih ni sama macam kuih arwah mak aku, cuma bentuk je berbeza. dan meyakinkan aku yg kuih ni terkenal di negeri Pahang je. Hidup anak Pahang!!!

Sekarang, kuih ni juga menjadi peberet anak2 aku dan menjadi kewajipan akulah kan, setiap kali bulan ramadhan, aku akan buat kuih ni utk aku dan anak2. Biasanya, seminggu dua sebelum ramadhan, anak2 akan sebut kuih2 yg wajib dibuat di bulan puasa. Kuih tapak kedidi tidak terkecuali....wajibbbbb buat....

Jommm..kita intai2 apakah bahan2 yg diperlukan utk membuat kuih tradisi ni.

Kuih Tapak Kedidi 
A)
Tepung pulut 
Garam
Air

B)
gula pasir

C)
1/2 cawan tepung beras
2 cawan santan
sedikit garam

D)
Daun pisang
sedikit minyak

Cara-cara:
1. Daun pisang dilayur dgn api terlebih dahulu supaya tidak mudah pecah. Kemudian di potong bulat mengikut saiz loyang. Kemudian sapukan dgn sedikit minyak supaya tidak melekat. 

2. Satukan tepung pulut secukupnya dgn sedikit garam dan bancuh dgn air seperti membuat kuih melaka. Canai doh dan tekap dgn acuan bulat. letak sedikit minyak pd papan canai dan alat utk mencanai. Ataupun letak sedikit minyak di atas doh sebelum dicanai. Dulu arwah mak guna penutup lampu suluh. zaman sekarang mana ada pakai lampu picit lg kan.. So, carilah acuan yg berbentuk bulat. tekap seperti gambar di bawah.

                                             

Kemudian buat seperti bintang macam gambar di bawah. Lepas tu susun cantik2 kat dalam loyang yang telah di isi dgn daun pisang.




Bila dah siap susun dalam loyang, masukkan 1/2 camca gula kat dalam bintang tu.


Di dalam mangkuk lain, bancuh tepung beras dgn santan. Masukkan sedikit garam. Agak2 masin sikit supaya naik lemak santan bila dah masak nanti. Buat macam kuah kuih badak berendam. Santan yg dibancuh dgn tepung beras tadi di tuang ke dalam kuih di dalam loyang. sebelum tu, jangan lupa panaskan air di dalam kukusan. Bila dah tuang santan tadi, masukkan loyang di dalam pengkus dan kukus lebih kurang 5-6 minit ataupun hingga kuih masak. air santan akan pekat sedikit bila sudah masak seperti gambar di bawah. 



Taraaaaaaaa.... kuih sudah sedia utk dihidang. Selama menjamu selera!!!

2 comments:

KUIH KOLEH KACANG 5 Ramadhan

Assalamualaikum wbt 5 Ramadhan 1442/ 17 April 2021 Alhamdulillah.. Sedar tak sedar dah 5 ramadhan hari ni. Hari ni hari Sabtu, sis sekeluarg...