Jommm kita layan gambor bun kacang merah ni pulak... Resepi??? sama mcm resepi cheese stick bread... klik sini
Bahan2nya sama je, cuma yang ni kena buat bulat2 dan masukkan inti kacang merah kat dalamnya.. Boleh juga ubah suai letak inti kelapa, sardin dan sebagainya...
Bahan-bahan: Bun Kacang Merah
420 gram tepung high protein (tpg roti)
3 sudu besar susu tepung
1 sudu kecil garam
80 gram gula caster
3 sudu kecil yis segera/kering/mauripan
1 biji telur ayam gred A
100 ml air
100 gram water roux****
60 gram butter
1 sd kecil bread softener
1 sudu kecil bread improver
kacang merah secukupnya sebagai inti
Nak tau macamana nk buat water roux? just klik pada water roux kat atas tu...
Cara2nya:
Masukkan semua bahan dalam mangkuk pengadun, kecuali air... Putar bahan supaya sebati... Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit.. Jangan habiskan air tadi.. Kalau dah terhabis jugak..doh akan jadi lembut.. Jangan risau ye..tambah kan la tepung sedikit demi sedikit hingga dapat doh yang dikehendaki..
Uli dengan mixer kek pada high speed dalam 3-5 minit.. Rehatkan doh lebih kurang 30 minit.
Selepas doh naik sekali ganda, tumbuk2 doh tu supaya kembali ke bentuk asal. Buat bulat2 macam gambar di bawah dan masukkan inti kacang merah ke dalamnya. Susun dalam loyang dan biarkan doh 30-40 minit supaya doh menaik sekali ganda. Sila rujuk gambar kat bawah kalau kurang jelas...
Bila dah masak, keluarkan roti dari oven dan sapu atas roti dengan butter...