Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan

ketenangan dan keamanan

Tuesday, 21 September 2010

Asam Pedas Simple

Share
~Asam pedas & sayur goreng~


Hari ni aku masak asam pedas ikan dan sayur goreng untuk menu makan tengahari... Dah tak larat nak makan ayam dan daging dah... Apa taknya.. kalau pegi open hse, dah semestinya hidangan berasaskan daging dan ayam jadi pilihan tuan rumah... Tapi kan, dalam pada jemu pun, aku belasah gak kan.. Tak nampak lak tanda-tanda macam org xde selera nak makan...... Hehehe....


Pada sesape yang takde idea nak masak ape, boleh lah masak asam pedas untuk menu tengahari ataupun malam okay... Asam pedas hari ni aku guna ikan selayang je.. Selalu sangat buat asam pedas ikan yang besar2, sesekali guna ikan selayang pun sedap gak... Tapi kan, kat Melbourne ni takde pulak ikan terubuk,...kalau buat asam pedas ikan terubuk, emmmm.....laaaaagiiii best.....

Walaupun korang semua dah tahu buat asam pedas ni, tp aku letak gak bahan-bahannya kat entry ni secara ringkas... Kira macam ingat semula lah... Sukatannya, korang pandai-pandailah adjust okay... Aku ni main agak-agak je...
Bahan-bahannya: cili, bawang putih, bwg merah, halia, lengkuas (blend semua bahan dan tumis sampai naik bau).. masukkan air, serai (dititik), daun kesum, air asam jawa, garam dan sedikit gula....(kalau ada bunga kantan pun ok gak).. Kemudian masukkan apa-apa ikan yang korang suka. Didihkan sehingga ikan masak dan sedia untuk dihidang buat seisi keluarga..
(Sebenarnya aku dah ngantuk, tu yang malas nak tulis bahan-bahan utk buat asam pedas ni)..
Ok lah ek, nak masuk tidur dulu... Daaaaaa.....


0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
.

Thank's for visiting my blog