Wednesday 20 October 2010

Telur Itik Masak Lemak


Kepada sesiapa yang tak tau nak masak apa hari ni.. Apa kata cuba masak lemak telur itik pulak. Masakan yang simple tapi menyelerakan. Nak membuatnya pun tidak lah sesusah mana pun. Walaupun tak susah, aku letak jugak bahan-bahan nak buat masak lemak ni ye.

Bahan-bahan:
Beberapa biji telur itik
Santan
Bawang merah, cili api, kunyit hidup (tumbuk @ blend)
asam keping
serai (dititik)
garam

Caranya: Masuk semua bahan, kecuali telur itik. Kena jaga-jaga supaya santan tak pecah minyak. Bila dah mendidih, perlahan kan api dan pecahkan telur itik satu persatu ke dalam periuk. Boleh letak tomato, untuk nampak cantik. Bila dah masak, angkat dan hidangkan...

Senang je kan?...




Friday 15 October 2010

Jom PIZZA!!!!!



Hari ni aku buat pizza untuk lunch. Anak-anak lah yang paling suka bila aku buat pizza ni. Asal aku angkat je dari oven, terus lesap..angkat lagi... lesap lagiii....... emmm....ok lah kan.. kang kalau aku angkat, diorang tengokkkkk je pun...sape lak yang nak makan... betul tak...

First time aku buat pizza kat bumi Melben ni... Kalau kat Malaysia tu, ada la 2, 3 kali je aku buat pizza ni. Lepas tu..aku dah malas nak buat. Apa lagi, pizza hut la jawapannya... tak payah nak susah-susahkan diri....


Dah lama sangat aku berangan nak buat pizza ni, tapi tak jumpa masa yang sesuai... Kiranya, hari ni hari yang sesuai lah kot... He3...


Nak buat pizza ni, tak la susah mana, cuma bila kita tak pernah buat, tu yang jadi seram sejuk je bila nak mula tu kan. So, hari ni, aku kumpulkan segala kekuatan utk mulakan langkah berperang dengan segala macam bahan-bahan bagi penyediaan pizza ni... Ehhh... macam lah banyak sangat bahan yang nak disediakan... Tak pelah... bagi yang nak ikut resepi aku, boleh je tengok kat bawah ni.. Sebenarnya, nak buat base je yang pentingnya... Bahan-bahan untuk toping nya, ape2 yang kita rasa nak letak, kita boleh letak... suka hati mak bapak kita la ye.. sebab kita yang buat...


Kat bawah ni, adalah version yang aku buat... Aku ni pun bukannya pandai sangat.. sebelum mulakan langkah, puas jugak aku meng'google' sana sini dan buat perbandingan antara satu resepi dengan resepi yang lain... Aku pilih cara dan bahan yang aku rasa ianya senang nak buat.. Dannn... hasil kombinasinya, maka terhasil lah pizza versi aku ni..


Bahan untuk doh pizza: (300 gm tepung gandum, 7 gm yis, 20 gm mentega, 10 gm gula halus, 1 camcam teh garam, 1 sudu besar madu, 170 ml air).
.~Yang ni aku ubahsuai sikit dari resepi asal blog tiffinbiru.blogspot.com~


Aku letak semua bahan ni kat dalam mixer dan putar. 2 minit lepas tu, doh aku dah siap. Biarkan lebih kurang 1/2 jam supaya doh menaik sekali ganda dari bentuk asal. Lepas 1/2 jam, canai doh dan letak kat atas dulang pizza. Kalau takde dulang pizza pun takpe, canai jadi bulat leper dan letak je kat atas dulang pembakar. Then bakar doh kosong selama lebih kurang 20 minit.



Untuk intinya: 250 gm daging kisar, 4 biji bawang putih, sebiji bawang besar, 2-3 sudu cili blend, 1 botol sos pasta ataupun boleh je ganti dengan sos tomato dan sos cili.

Bawang putih dan bawang merah ditumbuk/blend. Tumis kedua-duanya. Masukkan cili dan biarkan garing. Lepas tu masukkan daging dan kacau sehingga daging masak. Masukkan sos pasta, garam dan gula. (kalau takde sos pasta, letak je sos cili dan sos tomato).


Bahan toping: Cheese mozarella, cendawan butang, capsicum (boleh ubahsuai ikut suka hati).


    1. Letak inti daging kat atas base pizza.













    2. pastu letak cendawan dan capsicum dan seangkatan dengannya.















    1. Akhir sekali letakkan cheese mozarella. Dan masukkan dalam oven, bakar lebih kurang 10-15 minit atau sehingga masak.



































    Kat bawah ni lah rupa pizza aku yang dah siap di masak....okay tak aku buat pizza ni?????

















    Yang ni pulak pizza family saiz, ikut tray pizza.. tapi tak dapat nak snap gambar full version...Sebabnya, semua dah tak sabar nak makan......hehehe


















    OK....SELAMAT MENJAMU SELERA!!!!

    Thursday 14 October 2010

    Mee Sup Untuk Makan Malam

    Malam ni, kitorang makan mee sup sebagai dinner. Dah lama nak buat sup tulang ni. Baru malam ni dapat laksanakan permintaan anak aku... Kiranya hari ni baru datang seru nak buat. Apapun, kami semua enjoy menikmati mee sup sebagai menu makan malam pada hari ini....

    Nak buat mee sup malam ni memang adventure sikit... Sebab tu lah aku kena kumpul segala kekuatan dari segi mental dan fizikal. YE lah kan...nak merebus tulang ni je dah ambik masa dekat 2 jam sebab nak pastikan isi daging betul2 empuk..(tulangnya memang tak akan empuk punya walaupun rebus 2 hari 2 malam)... Itu satu bab. Bab kedua pulak, nak kena buat mee kuning. Jadinya, sambil-sambil aku rebus tulang tu, aku buat lah mee kuning. Bab ketiga, nak buat bergedel. Bab ke 4, buat sambal kicap.. Fuhhhhh!!!!!...Memang adventure kan? Nak buat mee sup tulang ni, dah macam tulis buku lah pulak... Siap ada bab 1,2 ,3....

    Bahan sup tulang: 1 kg tulang lembu~rebus sehingga empuk. Tumis bawang putih dan halia hingga garing dan tuangkan ke dalam periuk yang ada tulang tu. Masukkan sup bunjut, 1 sudu lada hitam (tumbuk kasar), garam, daun selery(daun sadri) dan daun bawang.


    Bahan untuk buat bergedel versi aku: kentang potong wedges, gaulkan dengan garam, goreng. Bila dah empuk, angkat dan tumbuk. Gaulkan dengan daun bawang dan serbuk lada hitam. Lepas tu buat bulat leper, celup kat dalam telur dan goreng.


    Bahan sambal kicap: 1 cawan kicap manis, 5 ulas bawang putih, air perahan limau, cili padi, garam dan gula. Blend/tumbuk hingga lumat.


    Sediakan mee kuning (nanti aku bagi resepi untuk buat mee kuning ye), sayur sawi (celurkan), tomato (potong nipis), bawang goreng, daun bawang.....


    Macamana???? Rumit tak nak sediakan mee sup ni? Memang terasa lah rumit nye, sebab tu aku cakap tadi, kena kumpulkan segala kekuatan untuk buat mee sup ni... Semangat Malaysia Boleh kena tinggi beb!..... Dannnnnnn........Hasilnya....


    T...A...R...AAAAAA!!!!!!!!!!!!!!!

    Inilah rupa mee sup tulang aku...... Selamat menjamu selera ye.. Kalau malas nak buat, beli je kat kedai simpang okay!!!


    p/s: Tapikan... kat bumi Melbourne ni takde kedai simpang, sebab tu aku kena buat... kalau takkkk... dah lama dah aku pergi beli......







    Mushroom soup

    Pagi tadi aku breakfast mushroom soup dengan garlic bread. Sesekali bersarapan ala-ala barat gitu... hahahha... Sebenarnya, mushroom soup ni kita selalu je makan kat Pizza hut kan?... Hari ni pulak..tetiba je nak buat menu ni. Ini pun salah satu kegemaran anak-anak aku. Tapi kalau buat sesekali tu, ok la..kalau dah selalu sangat buat, memang diorg tak boleh nak jalan sangat dangan makanan ni. Almaklum lahhh, tekak orang Mesia kan....hehehe..
    Banyak resepi mushroom soup ni, kalau nak buat cara aku ni.. boleh jugak. Aku pun ambik kat blog sorang kawan.
    (Blog julieluvneezam.blogspot.com).

    Bahan-bahan dan cara-cara: 2 cawan susu segar, 1 1/2 cawan air, sedikit garam, sedikit black pepper dan white pepper, 1 kiub pati ayam dan 4-5 biji cendawan butang segar (nak lebih cendawan pun boleh). Masak semuanya di atas api sederhana. Kacau sentiasa. Bila dah mendidih, masukkan 3-4 sudu tepung gandum. Kacau lagi dan bila dah cukup pekat boleh lah diangkat untuk dimakan bersama dengan roti bawang putih ataupun bahasa omputehnya garlic bread. Senang je kan?Dannnnn....

    KeeeeTIINGGGGG!!!!
    Inilah rupa mushroom soup aku.... Sila-sila ye....jangan malu-malu...





    p/s: Emmmmm dok pikir pikir.... Nak masak ape ek tengahari ni?????

    Aku Tengah layan citer "Epilog Syurga Cinta"..... Bestttt jugaaakkkk citer ni....





    Wednesday 13 October 2010

    Popia


    Sesaje je buat popia ni untuk minum petang. Sudahnya, sebelah malamnya kitorang semua tak makan malam sebab dah kenyang makan popia aku yang sangat sedap ni...Hahaha.... Jangan lah rasa nak muntah pulak dengan statement aku ni okay... Maafkan lah dengan tulisan yang mengarut ni ye. Kalau nak tahu camner nak buat popia ni, sila klik di sini...


    ~Inilah rupa popia aku yang sempat diambil gambarnya...
    Tak sempat nak banyak, kejap je dah habis...~
    ~Teramat lah sesuai untuk minum petang~







    ~TRIFLE~


    Aku buat trifle ni masa ada orang datang beraya kat rumah aku. Lagipun, dah lama sangat anak aku mintak buatkan trifle ni... Bukan apa, kalau makanan yang aku tak berapa suka makan, maka permintaan diorang pun lambat lah aku tunaikan.... Lagipun, takut je tak menjadi trifle ni... Teruknya aku ni kan... Tak kisahlah..janji aku buatkan jugak. Cepat atau lambat, itu bukan persoalannya okay..... Haa... kepada sesiapa yang nak buat trifle versi aku, boleh lah ikut resepi kat bawah ni ye...



    Bahan-bahan A:
    1. 1 liter susu segar
    2. 2 biji kuning telur
    3. 2 sudu besar tepung jagung
    4. 4 sudu gula
    5. esen vanila
    Caranya: Masak semua bahan di atas sehingga pekat. Sejukkan ataupun biarkan ianya suam sikit ye.

    Bahan B: Sekotak serbuk agar-agar. Masak ikut arahan pada peket tu. Biasanya kalau di Malaysia, serbuk agar ni dah siap dengan warna sekali. So, boleh la pilih warna yang disukai. Biarkan sejuk ataupun suam-suam.

    Bahan C: Kek gulung/butter cake. Aku buat guna sponge kek je. 1 tin laici @ 1 tin nanas @buah-buahan campuran @ 1 tin peach (pilih kombinasi buah-buahan yang kita suka)...

    ~potong kek dan susun macam kat atas tu,
    tengok lah kek aku, siap ada kaler hijau kuning lagi~

    ~kemudian, letakkan mix fruit cocktail,
    peaches @ yang seangkatan dgnnya~

    ~tuangkan bahan A~

    ~Last sekali, barulah tuangkan agar-agar,
    sejukkan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan~


    Tuesday 12 October 2010

    KEK for LSC


    Malam tadi aku buat kek ni. Anak aku nak bawak ke sekolah sempena majlis jamuan untuk kelas ESL nya. Kek biasa je, letak icing camni baru nampak cam sedap je kan.. Maklumlah..yang nak makan pun budak-budak sekolah. Anak aku yang beria-ria nak buat kek kaler hijau ni, sebab nak ikut warna baju sekolah dia. Masa mula-mula, nak letak kaler hijau ni...emmmm biar betul, takkan ada kek kaler hijau kot... Tapi bila dh siap deco, cantik gak warna tu kan..Nampak cool je... Bila tengok dan tenung lelama... mula lah aku jadi terperasan sorang-sorang..hahaha...

    ~Kek dah sama kaler dgn baju sekolah~








    Sunday 10 October 2010

    Daging Masak Merah

    Kali ni aku masukkan pula entry resepi daging masak merah versi aku. Tapi..aku buat ni, rupa parasnya takdelah nampak sangat macam daging masak merah. Dulu, masa kat Malaysia, aku pernah pergi makan kat satu restoran masakan Thai, dan diorang buat daging masak merah macam ni la lebih kurang... Memang sedap sangat, so aku pun sesaja je nak cuba buat macam kat kedai yang aku pernah pergi tu... Dan... rasanya memang tak menghampakan.. memang sedaappppp pun... Ni bukan kes aku yang nak puji diri sendiri ye. Anak2 aku yang cakap sedap okay!. Alah, sebenarnya sedap tak sedap, ianya sesuatu yg subjektif. Susah nak describe rasa macamana. Bergantung pada citarasa masing-masing kan.

    Bahan-bahan:

    1. 1/2 kg daging lembu batang pinang.
    2. 6-7 ulas bawang putih di tumbuk kasar (chopped).
    3. Bawang besar. Potong macam potong kentang wedges.
    4. 1 1/2 senduk cili blend.
    5. 3 sudu besar Sos cili, 2 sudu besar sos tomato dan 1 sudu besar kicap manis. (Boleh ubah suai suka hati).
    6. Garam dan gula.

    Cara-caranya:

    1. Daging dihiris nipis dan dibersihkan. Kemudian gaulkan dengan sedikit garam, 1 sudu tepung jagung dan minyak zaitun. Perapkan selama lebih kurang 30-40 minit. Kalau terlebih masa pun takpe.
    2. Kemudian, goreng daging supaya agak garing ataupun bila daging bertukar warna keperang-perangan.. Jangan terlalu garing, nanti daging keras dan liat. Angkat dan ketepikan.
    3. Tumis bawang putih dan cili blend sehingga garing. Masukkan sos cili, sos tomato dan kicap manis. Letak garam dan gula. Kemudian masukkan daging dan bawang besar. Kacau rata dan sedia untuk dihidang. Pastikan bawang besar tidak terlalu masak. Senang je kan? Ok, selamat mencuba pada yang ingin mencuba sesuatu yang baru.

    TELUR BUNGKUS




    Kat entry kali ni aku sesaja je nak letak resepi untuk buat telur bungkus ni.... Kredit sepatutnya aku bagi kat anak aku Aamira, sebab dia yang bagi aku idea camner nak dekorate belah kat tengah telur bungkus tu... Baru nampak menarik sikit kan...

    Bahan-bahan untuk inti telur bungkus:

    1. 300 gm isi ayam (potong kecik2)
    2. 6 ulas bawang putih (ketuk2 dan dicincang)-kalau blh jgn tumbuk lumat
    3. bawang besar (potong kiub)
    4. 2 helai daun limau purut
    5. 3 sudu cili blend
    6. 3 sudu sos cili
    7. 2 sudu sos tomato
    8. 1 sudu sudu kicap manis
    9. lobak merah (potong kiub kecik2 biar nampak comel..heheh)
    10. bunga kobis (potong kecik2 jugak)
    11. tomato (potong kiub)
    12. 3-4 biji cili padi (potong halus)
    13. garam
    14. gula

    Cara-caranya:

    1. Panaskan minyak untuk menumis
    2. Tumis bawang putih sehingga naik bau.
    3. Masukkan cili blend. Masak cili sampai garing. Masukkan isi ayam. Biarkan isi masak seketika.. letak air sikit.
    4. Tambahkan sos tomato, sos cili, kicap, gula dan garam.Letakkan jugak daun limau purut.
    5. Masukkan carrot, cauliflower, bwg besar, cili padi dan akhir sekali masukkan tomato. Tutup api..

    Kemudian pukul 2 biji telur + sedikit garam... Buat macam telur dadar dan kalau boleh biar nipis dan lebar sikit daripada telur dadar... Hishhh ayat apa ntah aku guna ni... tak kisah lah kan..janji faham... Lepas tu, masukkan inti yang dah masak tadi, dan bungkus lah sesuka hati ye... jangan buat macam kuih tepung bungkus sudahhhhhhh!!!!


    p/s: kalau telur bungkus korang tak jadi... emmm jgn susah hati..just buat macam telur dadar biasa.. letak atas piring, then letak je inti yang ditumis tu kat atas telur dadar je.... laaaagiiiii senang kan...... Yang penting rasanya sedap... Okay..bye...

    DINING In The GARDEN.........

    Hari ni aku kira memang detik bersejarah buat semua orang kerana tarikh yang begitu menarik sekali... 10.10.10. Memang cantik nombor ni kan? Ramai yang cuba untuk abadikan tarikh hari ini menjadi detik yang manis untuk dikenang... Ada yang jadikan hari ni untuk melangsungkan perkahwinan (macam angkasawan negara, Syed Muszaphar Shukor), ada yang adakan majlis pertunangan (macam biras aku kt JB), ada juga yang mengharapkan kelahiran org baru sebagai penyeri rumahtangga dan macam2 lagi... Tapi bagi aku, cuma mengharapkan kebahagiaan bersama keluarga tercinta... dulu, kini dan selamanya.

    Namun begitu, aku dan anak-anak tak mahu lepaskan peluang untuk menjadikan tarikh hari ini sesuatu yang indah buat kami sekeluarga. Hehehe..mesti korang gelak kat aku pulak. Sebenarnya idea ni datangnya dari anak-anak aku. Aku ikut je...Kebetulan, pagi-pagi lagi suami aku dah keluar berjumpa dgn kawannya. So, anak-anak nak buat surprise lah untuk abah diorg... Alah..sebenarnya bukan lah surprise apa pun.... Anak-anak bercadang nak lunch ala-ala kat garden gitu.. Bukannya jauh pun tempatnya, kat belakang rumah aku je..heheh.. Kebetulan pulak, hari ni anak2 request nak makan special sikit, so aku buat tom yam, daging masak merah dan telur bungkus... Emmmm kiranya hari ni aku masak lain dari hari2 yang lain... Apa lagi, kami anak-beranak bertungkus lumus membuat persediaan makan tengahari ala-ala kat taman kayangan gitu... hahaha..boleh ke aku buat statement camtu?... Suka hati kitorg lah kan, nak nama kan tema apa.. Asalkan itu boleh memberi kebahagiaan buat aku dan anak-anak... Yang pasti, bila suami aku sampai kat rumah, dia memang teruja dengan apa yang kami buat.... Anak-anak aku tersangatlah bangganya di mana diorang dua-beradik ni bertindak sebagai plan manager untuk event hari ni... Sanggup tu angkat meja dan kerusi bagi merealisasikan impian diorg... Aku pulak, masterchef of the day (rasanya cam tetap dan berpencen jeee!!).

    ~menu hari ini~
    ~telur bungkus~
    ~daging masak merah~

    ~yummyyy!!!~

    ~Kami menikmati hidangan makan tengahari... ~

    ~chef of the day~



    ~sekejap je...dah licin!!~

    ~kenyang!~
    ~gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati~

    ~masa utk berkemas~

    ~angkat jangan tak angkat~


    Friday 8 October 2010

    SALAM PERANTAUAN DARI MELBOURNE

    Pejam celik, pejam celik.. dah sebulan kita semua menyambut hari raya dan... Syawal mula menginjak pergi meninggalkan kita. Hati aku mula tertanya-tanya sendiri..Apakah aku akan bertemu lagi dengan Ramadhan dan Syawal tahun depan??? Semoga kita semua diberi kesempatan untuk bertemu lagi di tahun2 akan datang..

    Dalam pada tu, tetiba aku teringat masa bulan puasa hari tu aku ada hantar beberapa ucapan Salam Perantauan kat suratkhabar di Malaysia dan kiriman-kiriman tu semua disiarkan sama ada di online dan juga di akhbar-akhbar tempatan. Bukan apa pun, sekadar bingkisan ucapan buat keluarga tersayang, sanak-saudara dan insan-insan yang mengenali aku.. Dedikasi ini, secara peribadi aku tujukan juga buat Guru-guru yang pernah mengajar aku, kenkawan aku sejak di sekolah TADIKA, Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Maktab Perguruan dan juga semasa aku menjadi pelajar di Universiti Terbuka Malaysia (OUM). Sekadar ucapan yang tulus ikhlas dari aku di bumi Melbourne.


    http://xtive.kosmo.com.my/kosmo/salam_kampus/display.php?id=418

    http://xtive.utusan.com.my/salam_perantauan/display.php?id=1725


    ~yang disiarkan di utusan online dan juga suratkhabar utusan~

    ~kononnya nak zoom in..tp sama je saiz..heheh~

    ~berita harian~


    ~Salam Kampus di KOSMO~

    KUIH KOLEH KACANG 5 Ramadhan

    Assalamualaikum wbt 5 Ramadhan 1442/ 17 April 2021 Alhamdulillah.. Sedar tak sedar dah 5 ramadhan hari ni. Hari ni hari Sabtu, sis sekeluarg...