Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan

ketenangan dan keamanan

Thursday, 6 January 2011

Trip To Gold Coast Day 6-2010

Share
6 Januari 2010

Percutian kami masuk hari ke 6 hari ni dan hari ke 2 di Gold Coast. Destinasi yang kami pilih pada hari ni ialah 'MOVIE WORLD'. Kat sini, kami jumpa banyak karektor-karektor terkenal dalam filem yang di keluarkan oleh "Warner Brothers". Karektor2 yang paling dapat perhatian ialah aksi2 kartun macam Shrek, Tweety bird, Bugs bunny dan sebagainya.Tak ketinggalan karektor dalam filem superman, batman, catwomen, scooby doo dan beberapa filem lain yang seangkatan dengannya. Karektor Merlyn Monroe pun ada tau.....Ada banyak permainan-permainan yang memang mencabar bagi aku yang semestinya gayat bila naik tmpat yang tinggi. So, banyak jugak ride yang aku skip...hehhehe...bila sampai turn kitorang, mula lah aku kena berlakon, cakap nk pitam.... jadinya anak-anak aku dan abah diorang je yang naik ride tu.. fuhhh...memang nak gugur jantung aku tgk diorang naik ride batman dan superman escape tu... Kat dalam ni jugak ada show pendek yang dilakonkan oleh karektor-karektor filem untuk dipertontonkan kepada kami, pengunjung di Movie World ni. Memang terhibur. Pertunjukan yang tak boleh aku lupa ialah aksi dari krew "STUNT DRIVER". Memang aksi-aksi stunt yang diorang buat tu betul-betul nampak profesional. Admire sunggah kat pelakon-pelakonnya...hehehe...Teramat-amat kagum dan rasa tak rugi menontonnya. Kami siap masuk 2 kali untuk tgk pertunjukkan 'Stunt Driver' ni tau. Nanti aku upload kan videonya ye. Satu lagi tempat yang aku rasa memang excited berada di situ ialah, aku dapat naik kapal yang dijadikan prop untuk filem terbaru "The Cronicle of NARNIA: The Voyage Of The Dawn Trader". Bangganya aku, dapat naik kapal yang digunakan oleh Prince Caspien di dalam pelayarannya.
~pintu masuk Movie World~
~batman & catwomen~
~superman escape~

~roller coster ni yang aku tak naik~


~masa parade~
~scooby doo~
~Warner Brothers Kids~
~shrek~
~bug bunny~
~kat depan pintu masuk utk ride road runner show~
~merlyn monroe~
~atas kapal yg digunakan utk filem NARNIA~


~tgk diorg naik batman ride ni, aku dah rase mcm nak tercabut nyawa~
ps: seat yg kosong tu sepatutnya aku duduk, tp last minit aku cabuuuttt!!!!
Bukan apa, nanti xde orang yang nak snap gambar diorg kan..kan..kan...

Pada sebelah malamnya, kitorang sempat lagi pusing2 pekan Surfer Paradise. Anak-anak tinggal kat bilik hotel sbb dah kepenatan. Tapi, tau2 je lah,...kat sini malam memang xde attraction ape pun melainkan bar je yang bukak. Kami sesaje je ronda2 nak tgk suasana malam kat gold coast ni. Sempat jugak kami 'melawat' satu2nya Hard Rock Cafe di Australia ni. Saje nak tengok kan... tapi malangnya, kedai tu tutup awal, so posing2 kat luar cafe je lah ye.... .

~muka toye jam 12 tgh malam~
~gitar elvis presly....~
~pantai @ surfer paradise~

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
.

Thank's for visiting my blog