Friday 1 July 2011

~SARDIN MASAK HITAM~



Sardin Masak Hitam
..Sebut namanya pun macam takde selera je kan... Tapi percayalah, kalau kena dengan caranya, kadang-kadang boleh mengalahkan ranking ayam masak merah, asam pedas, masaklemak cili api ataupun rendang daging... Dulu-dulu, kita rasa segan je nk bagitau orang yg kita masak sardin...Kita dengan bangganya bagitau hari ni masak kurma daging ataupun sup tulang. Percaya atau tidak, zaman dah berubah, dunia dah maju, sardin pun dah mahal harganya tau..Kalau kita citer pasal masak sardin, pastinya orang yg dengar tu akan cakap...'Emmm esok nak masak sardin jugaklah..dah lama tak masak sardin'. Dan ada jugak yang akan menyampuk.."Feberet anak I tau!!!"... Pastinya kita kena lebihkan jumlah masak nasi hari tersebut jika menunya sambal sardin...

Oklah..jom kita sambung citer pasal sambal sardin masak hitam ni... Setakat yang aku tahu, Sardin masak macam ni hanya terdapat di negeri Pahang je okay!!! (Kalau ada negeri lain yg masak mcm ni, ianya di luar pengetahuan aku)..Itupun mengimbas kenangan lebih 20 tahun yang lalu, di mana masakan ni akan dibuat oleh tukang masak asrama aku di Sekolah Menengah Panglima Garang Abdul Samad, Benta, Pahang Darul Makmur.. Bila tiba menu sardin masak hitam ni, biasanya dewan makan akan penuh dan takde peluang kita orang semua nak mintak lauk lebih. Yang menariknya, menu sardin hitam ni disediakan oleh satu-satunya tukang masak asrama lelaki yang kami panggilnya "Pak Itam". Memang menjadi kegemaran hampir semua penghuni asrama ketika itu.. Bila tiba turn pak itam yg masak, kami semua akan tunggu menu sardin masak hitam ni... Dan aku rase ianya merupakan resepi asli dari pak itam. kalaulah mase tu dah ada faceboke, pastinya butang "like" akan tertera pd masakan ni..hehehe...

Alamak, meleret pulak aku merepek kat sini..Jom, kita tengok resepi yang aku agak2 dan ubahsuai ikut keperluan ni ye....

Sardin Masak Hitam:

1 tin sardin cap ayam (ape2 cap pun ok)
1 biji bawang besar
4-5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 biji cili besar (merah)
3-4 sudu cili blend (ataupun cili serbuk)
4-5 sudu besar kicap (aku guna kicap manis kipas udang)
garam
1 keping asam gelugur/air asam jawa
Minyak secukupnya untuk menggoreng ikan sardin.

Cara-cara:
1. Asingkan isi sardin dengan kuahnya.. Ambil ikan je..kuah dibuang...
2. Panaskan minyak. ** Bila masak sardin ni, biasenya minyak akan jadi hitam, jadi, jangan letak banyak minyak seperti kita goreng ikan. letak minyak yg agak2 utk muat2 sardin tu je...Sardin akan meletop2, kena tutup kuali, bila nk balikkan ikan tu, perlahankan api (ataupun nak senang, tutup api kejap, lepas tu on kan blk). Bila ikan sardin dah garing, angkat dan ketepikan. Biasanya sardin ni dah hancur sikit dan xde rupa sardin dah pun...
3. Keluarkan minyak dan tinggalkan minyak lebihan dalam kuali untuk menumis.
4. Bawang besar, bawang putih, halia dimayang halus. Tumis bahan tu bersama cili kisar. Bila bahan tumis dah garing, boleh masukkan cili yang dihiris, garam dan kicap... ** kicap ni sebenarnya dah masin, so letak garam sikit je.
5. Akhir sekali masukkan sardin yg dah tukar kaler agak2 nak hitam dah tu...hehehe...

Harap anda semua berpuas hati dengan penerangan yang mudah ni...


Okay kenkawan...SELAMAT MENCUBA!!!!..











5 comments:

  1. ini dah kira standard dah ni, Jumee ....kamu lupa nak letak air asam jawa tak ?... Pak Itam Kadir kata dia tak goreng-goreng pun sardine tu dulu .... terus masuk je lepas tumis bawang dan cili tu .... kemudian baru masuk kicap ... dan lagi kata dia taruk cuka makan lebih kaw dari taruk asam jawa ....!!!!

    ReplyDelete
  2. cg roslani...yang saya ingat,pak itam memang goreng dulu sardin ni n kekadang memang hancur je sardinnye lepas kena goreng.. dpt kat bebudk asrama..licinnn.... saya letak asam keping je cg.....senang sikit....

    ReplyDelete
  3. menu awin & azmi hari ni!! nyam3! i likey2!

    ReplyDelete
  4. tq awin sbb sudi mencuba resepi ni....rindu kat awin @ bundoora (Melben)

    ReplyDelete
  5. tak pernah tak habis kalau mak masak . rindu mak :(

    ReplyDelete

KUIH KOLEH KACANG 5 Ramadhan

Assalamualaikum wbt 5 Ramadhan 1442/ 17 April 2021 Alhamdulillah.. Sedar tak sedar dah 5 ramadhan hari ni. Hari ni hari Sabtu, sis sekeluarg...