IKHLASLAH MENJADI DIRI SENDIRI AGAR HIDUP PENUH DENGAN KETENANGAN DAN KESEJAHTERAAN
Tuesday, 29 November 2011
NASI DAGING
Saturday, 26 November 2011
Salam Maal Hijrah 1433
Salam Maal Hijrah 1433 dari aku untuk semua yang mengenali diri ini. Semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosa kita yang telah lalu dan diberi Nur untuk kita lalui hari-hari yang mendatang. Ya Allah, ya Tuhankan, permudahkan segala urusan kami, murahkan rezeki kami, jauhkan kami dari segala kemungkaran, selamatkan kami walau di mana saja kami berada dan berkatilah hidup kami,.. Amiinnnn...
Telur Tebu
Korang pernah tak tengok objek kat atas tu. Ianya merupakan sejenis sayuran,yang aku kira hanya terkenal di negeri Pahang je..(sori kalau tersalah info).. Sebabnya, rata-rata, kalau aku tanye pada kenkawan, diorang tak kenal pun dan pastinya tak pernah makan sayur macam gambar kat atas tu. Nama sayur tu ialah telur tebu. Sebenarnya, aku tak pasti, ianya dipanggil "tebu telur" ataupun "telur tebu". Ye la kan, macam orang panggil "pisang goreng" dan "goreng pisang". Yang penting mesej tu sampai.
Aku jumpa telur tebu ni semasa berjalan-jalan di pasar tani di Kuantan semasa aku ke rumah kakak aku bulan lepas. Yang menariknya, penanaman telur tebu ni telahpun di komersial kan.. Jadinya, tak susahlah untuk aku dan penggemar-penggemar telur tebu untuk mendapatkan bekalan. Yang pasti, ianya akan menjadi sayur yang akan aku beli, kalau blk ke Pahang di lain masa. Sebenarnya, telur tebu ni kira spesis adik-beradik tebu jugak. Cuma tebu yang biasa, kita ambil batangnya untuk mendapatkan airnya sebagai minuman, manakala tebu yang ini diambil telurnya untuk dimasak sayur. Telur tebu ni biasanya dimasak lemak putih yang boleh dicampur dengan pucuk labu.. rasanya..pehhhh...... memang sedap dan lain dari sayur yang lain...Oppsss...sorry, terlupa nak ambil gambar telur tebu yang sudah dimasak. Bukan apa, aku betul-betul teruja sebab dah hampir 20 tahun tak makan sayur ni. Lebih2 teruja lagi ialah kakak ipar aku yang berasal dari Johor dan semestinya suami aku yg berasal dari Melaka. Ianyanya menjadi kegemaran anak-anak aku jugak. Insyallah, pada musim akan datang, aku akan ambil gambar sayur yang sudah dimasak...
Friday, 25 November 2011
PIsang Goreng Rangup!
Pisang Goreng Rangup
Bahan-bahan:
2 biji pisang tanduk (potong serong, agak2 setebal 1 cm)
2 senduk tepung gandum
1 senduk tepung beras
1 sudu mentega
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil kunyit serbuk
Air secukupnya (terlupa nak sukat air)-kira agak-agak la ye.
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara: Campurkan semua bahan ke dalam bekas (kecuali pisang). Kacau sebati. Panaskan minyak dan goreng pisang seperti biasa. Bila sudah bertukar warna kekuningan, bolehlah diangkat untuk dihidang.
Oklah..nanti sesape yang sudi blh mencubanya ye.. Pasti tidak menghampakan... Bye... dah ngantuk ni....Uwaaaaaahhhhh!!!! Good Night!!!!
Asam Pedas Ikan Pari
Asam Pedas Ikan Pari
Bahan-bahan:
1/2 kg ikan pari (dipotong kecil dan dibersihkan)
7 ulas bawang putih*
1 biji bawang besar*
1 inci halia*
1 inci lengkuas*
2 batang serai*
1/2 inci kunyit hidup*
1 mangkuk cili kering*
**** bahan bertanda dikisar halus
1 biji bawang besar-dimayang
1 mangkuk air asam jawa
5 helai daun limau purut
1 batang terung panjang(dibelah dan dipotong)
1 kuntum bunga kantan (dibelah 2)
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis
Cara-cara:
1- Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang besar yg telah dihiris tadi. Bila dah garing masukkan bahan kisar.
2- Bila cili dah garing, masukkan ikan, ais asam jawa dan daun limau purut.
3- Masukkan air asam jawa. Jika perlu, tambahkan sedikit air. Biar mendidih.
4- Kemudian, masukkan garam, gula, bunga kantan dan terung.
5- Biarkan mendidih ataupun sehingga terung lembut. Tutup api dan sedia untuk dihidang.
Sunday, 20 November 2011
Kerabu Kacang Botol
KERABU KACANG BOTOL
Bahan-bahan:
10 batang Kacang botol(diracik halus)
1 kuntum bunga kantan (diracik)
5-6 tangkai cili padi(diracik)
1 batang serai (dimayang)
1 biji bawang besar(dimayang)
1 biji limau nipis(diambil airnya)
sedikit gula dan garam
Cara-caranya: Satukan semua bahan di dalam satu bekas dan digaul rata,. Rasakan dengan gula dan garam. Sedia untuk dihidang...
Kat bawah ni, aku masukkan sedikit info berkaitan dengan kacang botol ni...
INFO SIHAT
Psophocarpus tetragonolobus ialah nama botani bagi kacang botol. Nama sinonim yang lain bagi kacang botol ialah Dolichos tetragonolobus dan Botor tetrogonolobus. Walaupun nama botani ada nama genus, nama kedua atau nama spesies adalah sama, iaitu tetragonolobus dan ini merujuk buah yang mempunyai empat cuping.
Kacang botol biasanya tumbuh secara segar walaupun tidak dibaja dan hidup di tanah yang kurang subur. Ini kerana akar kacang botol menghasilkan banyak bintil yang mengandungi bakteria pengikat nitrogen. Hubungan simbiotik antara akar kacang botol dengan bakteria dapat hidup dalam bintil-bintil yang boleh mencapai sebesar 1.5 cm ukuran garis pusat. Hasil pengikatan nitrogen atmosfera terhadap bentuk sebatian nitrogen menjadi baja bagi kacang botol.
Khasiat dan nilai perubatan dalam kacang botol
Kacang botol adalah sejenis sayuran yang mengandungi banyak protein. Disamping itu kacang botol muda mengandungi banyak kalsium, besi dan vitamin A. Daunnya mempunyai nilai pemakanan yang baik dengan kandungan 5-7 % protein, banyak mengandungi vitamin A, vitamin C dan garam galian.
Biji kacang botol yang masak mempunyai nilai pemakanan yang paling menarik. Manakala buah kacang botol yang muda pula mengandungi 1-3 % protein. Nilai kandungan protein yang terdapat pada kacang botol lebih tinggi jika dibandingkan dengan sayur-sayuran tropika yang lain yang daripada jenis kekacang. Selain itu, kandungan asid amino dalam kacang botol juga mempunyai persamaan dengan kacang soya.
Kandungan asid oleik dan linoleik berjumlah 67 % daripada jumlah penuh komponen asid lemak. Asid tepu pula berjumlah 29 %. Nisbah asid lemak tepu atau tidak tepu ialah 1:3. Kandungan tokofenol, garam galian fosforus, zink, dan kalsium adalah tinggi. Manakala ubi kacang botol yang segar mengandungi 8-10 % protein, tetapi kandungan asid aminonya adalah rendah. Kacang botol pula mengandungi 30 % kandungan karbohidrat.
Kacang botol mempunyai khasiat dan nilainya dalam perubatan. Bagi orang yang diserang demam campak, daun kacang botol yang direbus dengan bahan campuran lain boleh disapukan ke seluruh badan bagi melegakan penyakit tersebut. Di samping itu, akar kacang botol yang ditumbuk lumat digunakan untuk mengubati penyakit vertigo. Manakala air bancuhan daun kacang botol digunakan untuk mencuci mata yang bengkak dan bisul yang bernanah. Daunnya yang ditumbuk lumat juga boleh disapukan pada bahagian bengkak dan bisul serta daunnya juga boleh dimakan untuk mengubati ulser kulit.
Sumber: http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s3_99/azmah.htm
Saturday, 19 November 2011
Kerabu Mangga
KERABU MANGGA
Bahan-bahan:
1 biji mangga muda (diracik)
1 kuntum bunga kantan
1 helai daun limau purut
1 batang serai
beberapa tangkai cili padi
1 biji bawang besar
2 sudu udang kering(ditumbuk)
3 sudu gula
1 camca garam
Cara-cara: Bunga kantan, daun limau purut, serai, bawang besar dan cili padi dimayang halus. Satukan di dalam bekas bersama dengan mangga yang telah diracik tadi. Masukkan gula dan garam. Gaul sebati. Sedia untuk dihidang...
Ikan Pari Bakar Berlada
IKAN PARI BAKAR BERLADA
Bahan-bahan:
1/2 kg ikan pari
cili kisar secukupnya (dikisar bersama bawang besar dan bawang putih)
sedikit garam
daun pisang secukupnya
foil aluminium
Bahan pencicah:
5-6 tangkai cili padi*
2 ulas bawang putih*
2-3 biji limau kasturi (ambil airnya)*
1/2 cawan kicap manis*
sedikit gula dan garam*
***blend semua bahan bertanda ****
bawang besar dimayang.
Cara-cara: Sediakan foil aluminium. Letakkan daun pisang di atasnya. Letakkan 2 sdu besar cili kisar di atas daun pisang. Kemudian letak ikan dan letak lagi cili di atas ikan pula. Bungkus kemas, letakkan di atas alat pemanggang dan bakar di atas dapur dgn api yang sederhana. Balik-balikkan ikan supaya masak serata. Bila dah masak, sedia untuk dimakan dan dicicah bersama dgn kuah kicap. Senang je..
Selamat mencuba.
Friday, 11 November 2011
~LAKSAM~
Assalamualaikum.... Aku buat laksam ni setahun yang lepas, cuma hari ni baru je nak buat ulangtayang bagi mengimbas kembali apa yang aku masak semasa berada di bumi Melbourne dulu. Laksam ni aku buat, kalau tak salah semasa hari raya haji tahun 2010. Lamanya kan? Kiranya entry yang termasuk dlam senarai "Wajib Tayang" la ye..hehehe. Nak resepi tak? Sila KLIK kat sini....
Wednesday, 2 November 2011
Kuih Dangai
Salam buat semua...
Lama betul tak bersiaran di lama blog ni. Macam sibuk je hari2 sampaikan tak sempat nak jenguk blog ni. Bila aku nak mula bukak blog, ada je halangan... Semenjak dua menjak ni, bila petang je, hujan lebat membasahi bumi Malaysia. Baru terasa sejuk sikit tanah tumpah darah aku ni. Sesekali teringat jugak kenangan manis di bumi Melben. Bila la aku dapat berkunjung ke sana lagi.. Kalau dah hujan2 ni kan, perut ni mula la dok berbunyi je... Macam2 terlintas nak makan untuk minum petang. Salah satu kuih yang jadi feberet aku ialah kuih dangai ni. Kuih ni semakin lama semakin pupus. Anak-anak zaman sekarang pun taktau nama kuih ni. Takpelah..jom kita tgk resepi nak buat kuih dangai.
Kuih Dangai:
Bahan-bahan:
100 gram tepung pulut
1 biji kelapa (ambil bahagian putih sahaja)
sedikit garam
Cara-cara: Gaul kelapa bersama tepung dan sedikit garam. masukkan ke dalam acuan dantabur gula di atasnya. Bakar hingga masak. Senang je kan..selamat mencuba.
Cantik tak kuih dangai aku tu? Errrr...sebenarnya kuih dangai ni aku beli kat kedai sempang....hehehe... Belum dapat buat lagi sebab takde acuannye... insyallah, aku diusahakan untuk membuatnya satu hari nanti... Pada yang teringin nak buat, aku ucapkan selamat mencuba....!
KUIH KOLEH KACANG 5 Ramadhan
Assalamualaikum wbt 5 Ramadhan 1442/ 17 April 2021 Alhamdulillah.. Sedar tak sedar dah 5 ramadhan hari ni. Hari ni hari Sabtu, sis sekeluarg...
-
Assalamualaikum wbt Hari ni PKP ke 30 yang merupakan hari ke 2 PKP bagi Fasa 3. Hari ni sis masak simple sangat utk menu lunch kami. Tak l...
-
Assalamualaikum wbt Hari ni PKP fasa 4 bermula yang menjadi hari ke 43 pkp keseluruhannya. Hari ni juga merupakan hari ke 6 ramadhan. Sedar...
-
Assalamualaikum wbt Hari ni hari ke 64 PKP: Hari ke 8 pkp fasa 5 20 MEI 2020: 27 RAMADHAN 1441 Mee fungus ni sis cuba2 je buat resepi b...