Yang ni adalah daging goreng versi lain pulak.. Dulu-dulu, aku dah masukkan entry daging goreng tapi versi lain.. Kat Melben ni, memang senang sangat nak cari daging batang pinang yang fresh. Kedai yang jual daging halal ni pun bersepah kat area rumah aku ni.. kiranya, dalam 6 km dari rumah aku, boleh dapat 4 buah kedai halal meat. Senang kan. Yang bestnya, macam2 bahagian daging boleh kita dapat di sini.. topside lain, rib lain, curry cutlet lain...dan macam2 lagi.. Itu baru citer bab daging lembu n kambing. Belum citer bab ayam lagi. Macam-macam bahagian ayam blh didapati di sini. Dada ayam, kepak, drumstick, hati, pedal dan macam-macam ada..(dah macam iklan ASTRO tau...)... Kalau setakat tulang lembu ke tulang kambing ke...$2 dah boleh dapat 1 kg. Murah kan....Jangan tulang kat Mesia...sama mahal dengan harga daging. Nanti, bila aku ada peluang snap gambar kat kedai tu, aku akan masukkan kat blog ni okay.... Sebenarnya, dah lama aku buat daging goreng versi camni..baru ni dapat masukkan kat blog aku ni.
Bahan-bahan:
1/2 kg daging batang pinang (topside)
2 biji bawang besar
5-6 ulas bawang putih
1 inci halia
4 biji cili besar (2 hijau, 2 merah)
1 sudu besar sos tiram
1 tangkai daun sup
1 sudu besar serbuk lada hitam (yg ditumbuk kasar)
minyak untuk menumis
garam secukupnya
air secukupnya
Cara-cara:
1- daging di potong nipis.
2- Bawang putih dan halia ditumbuk.
3- Bawang besar dan daun sup di mayang.
4- cili dibelah 2
5- Tumis bawang putih dan halia.
6- Masukkan daging dan kacau. Masukkan air dan biarkan seketika supaya daging empuk.
7- Bila daging dah empuk, masukkan bawang besar, daun sup, sos tiram, serbuk lada hitam, garam dan cili. Kacau lagi dan tutup api.
IKHLASLAH MENJADI DIRI SENDIRI AGAR HIDUP PENUH DENGAN KETENANGAN DAN KESEJAHTERAAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KUIH KOLEH KACANG 5 Ramadhan
Assalamualaikum wbt 5 Ramadhan 1442/ 17 April 2021 Alhamdulillah.. Sedar tak sedar dah 5 ramadhan hari ni. Hari ni hari Sabtu, sis sekeluarg...
-
Assalamualaikum wbt Hari ni PKP ke 30 yang merupakan hari ke 2 PKP bagi Fasa 3. Hari ni sis masak simple sangat utk menu lunch kami. Tak l...
-
Assalamualaikum wbt Hari ni PKP fasa 4 bermula yang menjadi hari ke 43 pkp keseluruhannya. Hari ni juga merupakan hari ke 6 ramadhan. Sedar...
-
Assalamualaikum wbt Hari ni hari ke 64 PKP: Hari ke 8 pkp fasa 5 20 MEI 2020: 27 RAMADHAN 1441 Mee fungus ni sis cuba2 je buat resepi b...
No comments:
Post a Comment