IKHLASLAH MENJADI DIRI SENDIRI AGAR HIDUP PENUH DENGAN KETENANGAN DAN KESEJAHTERAAN
Monday 9 May 2011
Ikan sembilang berlada
Salam hari Isnin buat semua. Mesti dah siap makan tengahari dah kan. Aku pulak baru je nak masukkan entry masakan tengahari tadi. Malas je rasa nk buat kerja masak memasak ni. Nak pulak cuaca sejuk-sejuk ni, apa lagi, rasa nak tarik selimut je kan. Lepas anak-anak pergi sekolah pagi tadi aku dok melekat kat atas sofa. tidur, bangun tgk jam..pastu tidur balik... Jam 12 tghari baru aku mula nak berkayuh kat dapur. NI, masa aku tgh semangat nak masukkan entry hari ni, tup tup dah kul 8.32 mlm dah pun.. Kiranya time ni dah blh dikira tgh malam lah kot.. Ye lah kan..isyak dah masuk kul 6.50ptg tadi. Mata pun dah berat sangat dah ni..Rasa ngantuk semacam je. Namun ku gagahi jua supaya aku tak ter'miss' nak masukkan entry ni...
Hari ni aku masak ikan sembilang berlada. Makanan kegemaran kami sekeluarga, terutama anak-anak aku. Memang seronok tengok diorang berselera bila makan. Dari mana aku dapat ikan sembilang kat Melben ni? Jawapannya apa lagi, kalau bukan dari kedai Vietnam. Memang tak susah, cuma bawak duit je ye.... Apapun, jom tgk resepinya kat bawah ni ye....
Ikan sembilang berlada:
Bahan-bahan:
4 ekor ikan sembilang dibersihkan, digoreng.
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2-3 senduk cili blend (agak2 bersesuaian dgn jumlah ikan)
1 keping asam gelugor
garam dan gula secukupnya
3/4 cwn minyak untuk menumis (agak2 ikut keperluan cili)
Cara-cara: Ikan sembilang dibersihkan dan letakkan garam dan kunyit. Goreng hingga garing. Angkat dan ketepikan. Bawang merah/besar dan bawang putih ditumbuk ataupun boleh diblend bersama cili. Panaskan minyak dan tumis bawang dan cili blend hingga betul2 garing. kalau tak cukup minyak, blh tambahkan sedikit lagi. bila cili dah garing, masukkan asam keping, gula dan garam. Masukkan ikan dan gaul rata. tutup api dan biarkan seketika. Bila dah sejuk sikit, boleh buangkan sdikit minyak yg mula bertakung tu. Angkat dan sedia untuk dihidang.
So, nanti boleh lah buat kan..senang je...nak nak pulak cili blend dan bawang blend dah tersedia di dalam peti ais.. cepat je setle kan... Happy cooking to all!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KUIH KOLEH KACANG 5 Ramadhan
Assalamualaikum wbt 5 Ramadhan 1442/ 17 April 2021 Alhamdulillah.. Sedar tak sedar dah 5 ramadhan hari ni. Hari ni hari Sabtu, sis sekeluarg...
-
Assalamualaikum wbt Hari ni PKP ke 30 yang merupakan hari ke 2 PKP bagi Fasa 3. Hari ni sis masak simple sangat utk menu lunch kami. Tak l...
-
Assalamualaikum wbt Hari ni PKP fasa 4 bermula yang menjadi hari ke 43 pkp keseluruhannya. Hari ni juga merupakan hari ke 6 ramadhan. Sedar...
-
Assalamualaikum wbt Hari ni hari ke 64 PKP: Hari ke 8 pkp fasa 5 20 MEI 2020: 27 RAMADHAN 1441 Mee fungus ni sis cuba2 je buat resepi b...
No comments:
Post a Comment