IKHLASLAH MENJADI DIRI SENDIRI AGAR HIDUP PENUH DENGAN KETENANGAN DAN KESEJAHTERAAN
Thursday, 5 May 2011
Keropok Lekor Melbourne!!!!
Mari. mari, mari!!!!...3 singgit, 3 singgit, 3 singgiiiittt!!!!
Haaaa....Korang caya tak kalau aku cakap, aku yang buat kepok lekor ni??? Suka hati lah korang nak caya ke tidak..Yang pastinya aku memang tengah rasa bangga tak habis lagi ni sebab aku berjaya jugak buat kepok lekor ni..hihihi.....Tapinya kan..punya lah habis satu badan aku berlumur dengan tepung..hehehe..maklumlah..first time buat... Tak berapa nak tahu skill lagi..main hantam bola je...Kejap rase lembik, tambah tepung..pastu masih rase melekat-lekat kat tangan..ambik lagi tepung...sudahnya...berkecah dapur aku dengan tepung ni..hehehe...Apapun,hasilnya amat memuaskan hati aku. Anak-anak balik dari sekolah tak nampak nasi dah..terus je terkam kepok lekor aku ni. seghonokkk sangatt!!!! TAK SANGKA AKHIRNYA AKU BERJAYA JUGAK BUAT KEPOK LEKOR NI...Sukeeeee.....memang senyum sampai ke telinga tau!!! Apapun kena bagi kredit kat myresepi.com (aa_iezah) atas sumbangan resepi ni....Jom kita belek resepinya kat bawah ni.
Keropok Lekor:
1 kg ikan selayang/yellow mackerel (bila dah buang tulang dan perut ikan cuma tinggal 500 gram je)
500 gram tepung ubi ataupun tepung sagu (kat melben ni x dpt nak bezakan mana satu tpg sagu, mana satu tpg ubi~ senang citer cari je yg namanya topiaca)
garam secukupnya
beberapa ketul kiub ais/air sejuk
sedikit air~agak2 je
Cara-cara: Asingkan ikan dari tulangnya. Tumbuk ataupun kisar hingga lumat. Tumbuk ataupun blend sekali dengan ais. Gaulkan tepung dengan isi ikan dan juga sedikit air. Aku tak letak semua tepung tu, supaya rase banyak ikan. Jangan lupa masukkan juga garam. Kemudian, bentukkan adunan menjadi bulat memanjang macam silinder. Rebus di dalam air mendidih. Bila keropok timbul bermakna sudah masak dan sedia untuk digoreng.
p/s: Aku buat keropok ni dalam 2 versi. Versi pertama, rebus dan kemudian goreng keropok yang dah direbus tadi. Versi kedua, gentel memanjang, gaul sedikit tepung ubi lagi dan terus digoreng. Kalau pergi kat Kuantan, aku selalu beli versi kedua ni kat area Tg. Lumpur. Memang best dan rase lagi fresh....
.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KUIH KOLEH KACANG 5 Ramadhan
Assalamualaikum wbt 5 Ramadhan 1442/ 17 April 2021 Alhamdulillah.. Sedar tak sedar dah 5 ramadhan hari ni. Hari ni hari Sabtu, sis sekeluarg...
-
Assalamualaikum wbt Hari ni PKP ke 30 yang merupakan hari ke 2 PKP bagi Fasa 3. Hari ni sis masak simple sangat utk menu lunch kami. Tak l...
-
Assalamualaikum wbt Hari ni PKP fasa 4 bermula yang menjadi hari ke 43 pkp keseluruhannya. Hari ni juga merupakan hari ke 6 ramadhan. Sedar...
-
Assalamualaikum wbt Hari ni hari ke 64 PKP: Hari ke 8 pkp fasa 5 20 MEI 2020: 27 RAMADHAN 1441 Mee fungus ni sis cuba2 je buat resepi b...
Kalau nak beli bagaimana ya
ReplyDeleteMaaf ye yasridah.. Sy sudah kembali ke tanah air malaysia. Saya buat keropok lekor ni semasa berada di melben je.
ReplyDeleteOh ia ke rugi saya tak dapat membelinye
ReplyDeleteYasridah study di melben ke? Melben kat area mana ye? Kalau betul2 nak makan,, maybe akak blh bg contact number kwn akak kat sana... N dia blh buatkan keropok lekor..homemade punye..hehehe
ReplyDeleteSalam sister...Yas memang duduk sini n nak sangat makan ni...rindu la...email to me sis at peternyas@optusnet.com.au
ReplyDeleteJazakallah Khairan
https://m.facebook.com/MarrigorriKitchen
Delete