Monday 22 June 2015

Ramadhan 5: Mee Goreng Sempoi


Assalamualaikum... Dan salam 1 Malaysia
Hari ni kita belajar buat mee goreng pulak ye. Hahaha... resepi senang ni pun nak belajar jugak ke? Bukan apa, makcik tulis resepi ni untuk memudahkan anak2 dara di luar sana yg baru nak berjinak2 dgn dunia masakan. Jommm... kita share resepi.

Mee goreng sempoi

Bahan-bahan:
1 bungkus mee kuning~basuh untuk hilangkan bau kapur
10 ekor udang
4 ulas bawang putih~diketuk
3 sudu cili kisar
fishball dan fishcake(makcik xletak pun sbb xde kat rmh)
1 biji telur
kicap
1 sudu sos tiram
1 sudu sos cili
garam
minyak untuk menumis
sedikit sawi dan taugeh
tomato, daun sup,cili hijau dan cili merah sbg hiasan

Cara-cara:
1. Masukkan minyak secukupnya, tumis bawang putih dan cili kisar hingga naik bau.
2. Masukkan udang, biarkan sebentar. Kemudian masukkan sawi, sos tiram, sos cili dan kicap.
3. Masukkan telur dan perasakan dgn garam. Kacau sekejap.
4. Seterusnya masukkan mee dan taugeh. kacau lagi. Tutup api dan mee sedia untuk dihidang.
5. Hias dgn tomato, cili dan daun sup.

Hahaha..memang sempoi je hidangan mee makcik ni kan anak2...Tak sampai pun setengah jam..mee sedia dihidang.. Aku masak ni pun selepas solat maghrib. Semasa berbuka tadi kami makan kurma dan mertabak yg dibeli di bazar ramadhan.. Teringin jugak nak buat mertabak tapi.. rasanya macam tak terbuat kot.. Tak kuasa nak penatkan diri setakat nak makan sekeping je kan. Itupun share 3 org.  Selamat mencuba!!

No comments:

Post a Comment

KUIH KOLEH KACANG 5 Ramadhan

Assalamualaikum wbt 5 Ramadhan 1442/ 17 April 2021 Alhamdulillah.. Sedar tak sedar dah 5 ramadhan hari ni. Hari ni hari Sabtu, sis sekeluarg...