Thursday 15 April 2021

KARI KEPALA IKAN 3 RAMADHAN

Assalamualaikum wbt

3 RAMADHAN 1442/15 APRIL 2021

Hari ni kita berbuka nasi je, takde kuih-kuih pemanis mulut..Sebab sis sendiri dah cukup manis. Hahaha.
Minggu lepas suami sis ada beli ikan dari nelayan di pantai berdekatan. Kami penduduk yg dekat2 pantai ni dah kira jarang beli ikan di pasaraya. Memang beli ikan baru naik je yang rasa lebih sedap dan manis isi ikannya. Dapat ikan besar macam ni, kepalanya memang sedap buat kari. Digandingkan dgn 2 jenis sayur iaitu sayur bendi goreng dan peria berlada. Ikan ni nama dia ikan kaci... spesies mcm ikan jenahak macamtu la lbh kurang.


Resepi Kari Kepala Ikan

Kepala ikan jenahak/kaci/merah-lbh kurang berat kepala tu dlm 1kg

5 ulas bawang putih-tumbuk/kisar
1 biji bawang besar-tumbuk/kisar
1-2 inci halia-tumbuk
2 sudu cili kisar
5 sudu besar penuh kari ikan
rempah tumis 4 sekawan
3 tangkai daun kari
air asam jawa secukupnya. Asam jawa lebih sikit sbb tak letak santan.
Bendi secukupnya.

Bahan racik/mayang
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1/2 inci halia

1/2 cawan minyak utk menumis
air secukupnya.
gula, garam dan maggi cukup rasa atau kiub ikan bilis

Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan tumis rempah 4 sekawan dan daun kari. 
2. Masukkan bahan yang dimayang dan masak hingga naik bau.
3. Masukkan cili kisar dan bahan2 tumbuk. Kacau hingga garing.
4. Bila dah garing, perlahankan api dan masukkan rempah kari. Masukkan sedikit air dan biarkan kari masak secukupnya sehingga pecah minyak. Part ni, jika kari banyak, blh tambah sedikit minyak supaya dapat garingkan rempah kari. 
4. Masukkan kepala ikan dan air asam jawa secukupnya. Biarkan mendidih supaya ikan cukup masak.
5. Masukkan garam, maggi cukup rasa dan gula9jika perlu). Sis tak letak gula.
6. Akhir sekali masukkan bendi dan tomato (jika ada).


Bendi goreng

2 ulas bawang putih
1/4 biji bawang besar
ikan bilis secukupnya
***tumbuk

kacang bendi
sebiji telur
asam keping
kicap manis
garam-jika perlu

Cara-cara:
1. Panaskan minyak untuk menumis.
2. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan asam keping.
3. Perlahankan api. Potong bendi satu persatu dan masuk ke dalam kuali. Kena potong bendi terus dlm kuali tu ye..Jangan potong bendi awal sgt nanti keluar lendir bendi tu.
4. Bila dah selesai memotong bendi, gaul rata. Masukkan kicap dan pecahkan telur. 
5. Gaul rata dan tutup api.

Peria goreng berlada

2 ulas bawang putih, 1/4 biji bawang merah, sdikit ikan bilis
-tumbuk
1 sudu cili kisar
1/2 biji peria-potong nipis, rendam air garam
1 biji telur
Garam

Cara-cara:
1. Panaskan minyak utk menumis.
2. Masukkan bahan tumis dan cili kisar. Tumis hingga naik bau.
3. Masukkan peria dan sedikit air utk lembutkan peria.
4. Masukkan sedikit garam.
5. Bila peria dah lembut, pecahkan telur dan kacau rata.
6. Siappp.


No comments:

Post a Comment

KUIH KOLEH KACANG 5 Ramadhan

Assalamualaikum wbt 5 Ramadhan 1442/ 17 April 2021 Alhamdulillah.. Sedar tak sedar dah 5 ramadhan hari ni. Hari ni hari Sabtu, sis sekeluarg...