Friday, 7 December 2012

CUTI-CUTI SARAWAK DAY 1

23 NOVEMBER 2012
Pada 23 Nov-26 Nov 2012 baru-baru ni aku sekeluarga telah bercuti ke Sarawak. Cuti-cuti Sarawak gitu. Sebenarnya, aku menumpang suami aku yang terlibat dengan kursus di sana. Alang-alang cuti sekolah kan...tumpang sekaki la ye. Perjalanan kami mengambil masa lebih kurang 1 jam 50 minit dengan menaiki pesawat MAS. Aikkk..itu pun nak bagtau ke... Apa-ape je la... Akhirnya, tercapai jugak hasrat aku nak menjejakkan kaki ke Kuching... Satu-satunya negeri di Malaysia ni yang aku belum pernah sampai. Alhamdulillah....

~taklimat oleh ketua rombg (yg tgh tu)~
Lebih kurang jam 12.15 tgh kami selamat tiba di hotel penginapan MERDEKA PALACE. Oleh kerana jangkamasa bercuti di bumi kenyalang ini sangat singkat, jadi kami tak mahu berehat lama di bilik hotel. Pada sebelah petangnya (3.00ptg), kami mulakan lawatan kami ke Waterfront Kuching yang mengambil masa 5 minit berjalan kaki untuk sessi "Rombongan Cik Kiah". Yelah kan...blh la sebut rombongan cik kiah, sbb kami ada 3 family.






Sementara menunggu menjelajak Sungai Sarawak dengan Sarawak River Cruise, kami mengambil kesempatan meninjau deretan  kedai yg menawarkan pelbagai cenderamata dan kraf  di situ. Kami jalan2 sambil cuci mata dan servey harga barangan sebelum dibeli. Hari ni sessi melawat kedai je dulu...




Kemudian lbh kurang jam 5.30 ptg kami menaiki Cruise untuk menyusuri Sungai Sarawak yang merupakan tarikan pelancong yang dtg ke sini. Perjalanan meneroka sungai Sarawak menaiki Sarawak River Cruise mengambil masa 1 jam 30 minit. Di atas Cruise tersebut, kami dihidangkan dengan jus dan kek lapis yang terkenal dan menjadi sinonim bagi negeri Sarawak ini. Kami juga dipersembahkan dengan tarian kebudayaan di atas kapal ini. Sangat berbaloi menaiki cruise ni.



 


Sepanjang perjalanan menaiki cruise ini, kami dapat melihat deretan bot2, rumah2 nelayan di tepi sungai dan pemandangan yang aku kira sgt menarik bagi pandangan aku. Dapat tengok sunset lagi...hehehe... Aku apa lagi..menjalankan tugas..klik..klik...dan klikkk....x sedar beratus keping gambar dah aku ambil.. Setiap sudut, aku abadikan di dalam camera kesayangan aku ni. Sangat puas hati melihat panorama indah di sepanjang sungai Sarawak ni.






Sebelah malamnya, bermulalah acara mesyuarat bagi kaum bapa. Jadi, hanya kaum ibu dan anak2 sahaja yang keluar ke gerai makan berhampiran untuk dinner.

Yang menariknya, pada sebelah malamnya, aku dikunjungi oleh rakan lama yang merupakan classmate semasa kami di tingkatan 4, 22 tahun dulu.  Bila dah jumpa kawan lama, biasalah kami berborak sampai x ingat. Macam2 cerita, dari kisah zaman sekolah sehingga lah kepada kisah kerjaya, keluarga dan macam2 lagi.. Yang paling best bila bercerita kisah zaman sekolah dulu bersama kawan-kawan yang lain dan seolah-olah aku sekarang ni berada di umur 16 tahun..... hahha..rase muda gituuu.

Perjalanan meneroka tempat menarik di Sarawak bersambung esok.

NASI AYAM PENYET



 

 Assalamualaikum dan salam di hari Jumaat yang mulia buat semua. Hari ni aku buat nasi ayam penyet. Sejak aku balik dari Melbourne setahun yang lalu, banyak aku terpandang akan restoran2 Nasi Ayam Penyet ni. Dalam hati aku berkata-kata juga,..Macam manalah gayanya ayam penyet tu...Kene lenyek dengan stimm roll ke, atau pun diketuk-ketuk dgn chopper mcm nasi ayam ke..maklumlah tak pernah makan. Alkisahya, semasa aku di Sarawak minggu lepas, kawan aku telah memperkenalkan dengan nasi ayam penyet ni. Hampir setiap hari kami makan nasi ayam penyet yang pelbagai versi. Laaaa...rupanya macam tu ayam penyet.. Nasi putih di makan bersama dengan ayam goreng rempah, sambal dan ulam-alaman. Sambal ni pulak, lain kedai, lain pulak rasa dan cara penyediaannya. Apapun, nasi ayam penyet ni memang best sebab, ayam gorengnya dihidang panas-panas.

Negeri Sarawak dah hampir 2 minggu aku tinggalkan. Tetiba tekak ni dok terbayang2 pulak pada nasi ayam penyet kat sana tu....Kecur air liur aku ni kan.. Sebab melayankan tekak dan air liur aku yg meleleh ni lah menyebabkan badan aku sebesar ni...Adoiyaiiii....... Sejarah nasi ayam penyet ni berasal dari Indonesia dan mungkin disebabkan Sarawak ni hampir dengan Indonesia, maka ia dah jadi terkenal pulak di situ. (Teori aku ni tak blh digunapakai 100%, sbb aku agak2 je....heheheee). Maka hari ni, nasi ayam penyet ni telah pun aku realisasikan. Penyediaannya lbh kurang dengan buat nasi ayam je cumanya beza dari segi penyediaan sambalnya dan juga takde sos kicap.
2 hari meng'google' resepi ayam penyet ni akhirnya, aku combine sana sini dan terhasillah nasi ayam penyet versi aku.





RESEPI NASI AYAM PENYET
Sumber: ambooyat@blog

AYAM BEREMPAH    
Bahan-bahan:
1 ekor Ayam  -belah 4 (ambil bahagian merryland(pangkal peha dan drumstik)
1/2 sudu jintan putih (kasar)*
3 sudu ketumbar*
1 sudu teh lada putih*
2 batang serai*
1 inci halia*
1 inci lengkuas*
1 inci kunyit hidup (blh guna serbuk)*
5-6 ulas bawang putih*
sedikit garam*
 sedikit air*
minyak masak untuk menggoreng

Cara-cara:

***** blend hingga lumat.Kemudian tuangkan atas ayam. Perap lbh kurang 1 hari. Kalau boleh ayam belum disejukbeku lagi..kena fresh dari pasar, barulah bahan-bahan perapan meresap jauh ke dalam badan ayam tu. Semalam aku beli ayam ni kul 12.00 tghari terus perap ayam dan biarkan di dalam bekas bertutup. Pada malamnya, sebelum tidur, barulah aku masukkan ke dalam peti ais bawah. Keesokkannya, keluarkan dari fridge dan goreng semasa hendak makan. Sedap di makan panas2....


~inilah rupa ayam berempahnya~
 
RESEPI SAMBAL
Bahan-bahan:
5 biji cili besar  kaler merah
5 biji cili padi (lebihkan kalau nak pedas)
5 biji bawang kecil/merah)-di mayang kasar
3 biji bawang putih-di mayang kasar
1 biji tomato-belah 4
sedikit belacan
sejemput ikan bilis (dalam 2 sudu besar)
sedikit gula melaka (rasa ikut manis yg dikehendaki)..lbh krg sebesar ibu jari
garam secukupnya
Sedikit minyak utk menggoreng-agak2 utk goreng ikan bilis je

Cara-cara:
1. Goreng ikan bilis hingga garing. Angkat. Goreng pulak belacan dan angkat.
2. Kemudian masukkan cili, bawang dan tomato. Agak2 dah layu, angkat. 
3. Biarkan kesemua bahan 1 dan 2 agak2 sejuk dan masukkan ke dalam blender. Sepatutnya 
    jangan blend terlalu lumat. Aku belasah je, x blh nak control, terus lumat je semua tu. Ikan bilis 
    aku masukkan last, tekan blender sekali ke 2 kali je....
4. Masukkan dalam periuk atau blh juga letak dalam kuali yg digunakan utk menggoreng 
    tadi..Itupun kalau kuali tu belum basuh lagi..heheeh ...Bila dah mendidih sekali je, blh matikan 
    api.

NASI:
Bahan-bahan;

2 cawan beras (kalau beras basmathi lagi bagus)-basuh dan toskan
3 3/4 cwn air (sukatan utk beras basmathi)
3 ulas bawang putih di tumbuk lumat
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang 
2 biji buah pelaga
1 sudu butter.. aku guna minyak sapi
1 helai daun pandan (xde pun xpe)
1/2 kiub ayam


Cara-cara: 
Panaskan minyak sapi/butter. Tumis bawang putih, kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga.. Masukkan beras yg di tos tadi... Kacau sekejap dan masukkan ke dalam rice cooker. Masukkan air dan daun pandan. Masak macam biasa. 

ULAM-ULAMAN:
Semasa makan nasi ayam penyet di Sarawak, diorg letak pelbagai jenis ulam. seperti kobis, ulam raja, kacang botol, tomato dan timun.. Lain kedai lain pulak jenis ulamnya... Kesimpulannya..apa saje jenis ulam blh letak kot...hehehe. Kebetulan pulak kat belakang rumah aku ada ulam raja dan kacang botol yang aku tanam. So, dah cantik sangat la kan...

Bahan-bahan:
Ulam raja
kacang botol
timun
tomato




Apabila semuanya dah tersedia, boleh lah dihidangkan mengikut citarasa masing-masing... SELAMAT MENCUBA!!!!!!




SEKIAN....................

Thursday, 6 December 2012

Yee Mee kantonis



 Haaaa..kali ni aku post yee mee kantonis pulak.. Yang pastinya, gambar ni aku dah peram lama... Jom tengok resepi yee mee kantonis ni ye.

YEE MEE KANTONIS:


Bahan-bahan:
1 ketul yee mee (atau pun kita panggil mee sanggul), x perlu masak..just tunggu kat dlm pinggan je.
2-3 ulas bawang putih - diketuk
1/2 biji bawang besar - potong kiub
1 hiris halia-dimayang halus
1 sudu isi ayam
1 ekor sotong
1 batang sawi-dipotong
1/2 batang lobak merah
sedikit bunga kobis
1/2 biji tomato
1 biji telur
1/2 kiub ayam
sedikit kobis
air secukupnya
cili jeruk secukupnya
2 sudu minyak untuk menumis
daun sup, daun bawang utk hiasan- aku xde benda ni
garam
**kalau nak sedikit pedas masukkan 2-3 tangkai cili padi yg dihiris.

CARA-CARA:
Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan bawang besar, isi ayam dan sotong. Masak sekejap. Masukkan air dan kiub ayam. Biarkan mendidih sekejap. Masukkan sayur. Kemudian pecahkan telur. kacau sedikit supaya telur berselerak..Bila telur dah masak, matikan api. Tuangkan ke dalam pinggan yg sudah tersedia menanti yee mee tadi. Hias dengan daun bawang dan cili jeruk.
TARRRAAAAAAAAAAAAAAA..................... SELAMAT MENJAMU SELERA.


















TERUBUK BAKAR


 Salam di pagi Khamis. Hari ni, masa aku godak2 folder kat desktop ni, tetiba terpandang akan terubuk bakar ni. Aku buat ni ala2 Ikan Bakar Malim yg sangat femes di Malim Melaka dan MITC Melaka.  4 tahun dulu, kiranya sebelum aku pergi Melbourne, selalu jugak la kami ke kedai ni untuk makan ikan bakar yang menggunakan sos yang lain dari kedai ikan bakar yg sedia ada. Keunikan sosnya la yang menjadi tarikan kedai ni hingga jadi begitu terkenal. Tapi..almaklumlah..bila dah terkenal, ramai pelanggan, harga, makin lama, makin mahal yang kadang2 tak sepadan dgn ikan yg kita ambil..hishhhh tension betul. Kalau boleh biarlah kita bayar setimpal dengan apa yang kita makan..betul tak.. Atas dasar itulah...aku cuba-cuba buat sos pencicah ni ala2 ikan bakar Malim tu. Jom kita tgk apakah bahan yang digunakan untuk buat sos kicapnya.

Resepi Ikan Bakar Malim:

Bahan-bahan:
1 ekor ikan terubuk-potong 2, gaul sedikit garam dan kunyit (blh juga perapkan dgn bwg putih dan halia... Bakar hingga cukup masak.

Sos Kicap:

1 biji bawang besar
3-4 ulas bawang putih
1 senduk cili blend
beberapa tangkai cili padi di hiris
air asam jawa
minyak untuk menumis
kicap pekat manis secukupnya (lbh krg 1 cawan)
garam dan gula *** jika perlu

Cara-cara:
Bawang besar dan bawang putih ditumbuk. Aku blend sekali dgn cili.. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar dan cili blend. Bila dah garing, masukkan cili padi, air asam jawa, kicap pekat manis. Kalau perlu masukkan garam dan gula. Bila dah masak, matikan api dapur. Ikan yang dah masak tadi diletakkan dalam pinggan. Tuangkan sos kicap dan perahkan limau kasturi semasa menghidang. SELAMAT MENCUBA!!!!!














Wednesday, 5 December 2012

PUDING RAJA


 


Assalamualaikum..... Emmmmm lama betul aku tak mengadap blog ni... Hampir setahun.. Kalau rumah tak bersapu seminggu dah penuh habuk, inikan pula blog yg tak dijenguk hampir setahun ni.. Sah bersawang, berhabuk dan penuh dgn sarang labah2... Adoiyaiii.... Bila hari ni aku kuatkan semangat bukak blog ni, tiba2 formatnya dah lain pulak... Berejam jugak aku godak sana sini utk mahirkan dgn format baru ni, akhirnya barulah berjaya... Berpolohhhhh weiiii.....


Ok, jom kita berbalik kepada puding raja yang aku buat ni... Kisahnya, pada minggu lepas setelah 22 tahun, aku bertemu kembali dgn classmate aku....Hanisah Abdul Halim. Yang seronoknya dia belanja aku lunch kat kedai tepi sungai Kuantan yang dikatakan sangat femes dengan masakan gulai tempoyak ikan patin. Lepas makan aku terpandang akan puding raja ni. Tak pernah makan, tapi aku tahu memang puding raja ni sangat femes di negeri Pahang terutama di daerah Pekan. Bila aku makan, memang sedap, lebih2 lagi puding ni menggunakan pisang lemak manis yang merupakan pisang feberet aku. uniknya, pisang ni hanya banyak terdapat di negeri Pahang. Sejak aku tinggal di Melaka selama ni, aku belum pernah jumpa pisang lemak manis ni di sini. Setiap kali balik kampung, aku akan beli pisang lemak manis ni bila berkesempatan. Nak dijadikan cerita, keesokan harinya, aku dok terbayang2 lagi akan pada puding raja ni. Sebelum balik ke Melaka, aku sempat membeli pisang lemak manis ni di Kuantan. **Cuma x sempat nak buat di rumah kakak aku di Kuantan kerana program kami yang sangat padat. (utk anak2 sedara ku, nanti kita buat ye).......

Sejarah puding raja ni, dikatakan cuma terkenal di kalangan istana Pekan sahaja pada suatu masa dahulu... Kini, puding raja dah menjadi sinonim pada signature dish untuk orang Pahang terutama di daerah Pekan. 

Okay, jom kita tengok resepi puding raja ni... Bahan asas dan paling penting untuk membuat puding raja ni, tentulah pisang lemak manis di mana pisang ni (setakat yang aku tahu), hanya senang didapati di negeri Pahang sahaja. Kalau pisang lain, aku tak tahulah boleh buat ke tidak ataupun mungkin rasanya sikit berbeza. ***kat bawah ni adalah gambar pisang lemak manis. Bentukya kecik2 je, besar sikit dari ibu jari tangan aku je. heheheh.


Resepi Puding Raja:
sumber:http://www.mdpekan.gov.my/web/guest/raja

Bahan-bahan:
  • Beberapa sikat pisang lemak manis (kalau blh yg mengkal2)
  • ceri merah dan hijau
  • 1 cawan gajus-digoreng
  • buah prun secukupnya-potong 2 @ 4
  • segenggam jala emas
  • 2 sudu minyak sapi**  -masukkan dalam minyak supaya pisang x melekat.
  • minyak secukupnya untuk menggoreng pisang    
Untuk kuah Puding:
1 tin susu cair carnation
1/2 tin air
3 biji kuning telur
sehelai daun pandan
1 cwn gula (ikut manis..aku kurangkan gula)
1 sudu teh esen vanila  

Cara memasak
  • Panaskan minyak dan minyak sapi untuk menggoreng dengan minyak yang penuh.
  • Goreng pisang sehingga kuning. Angkat dan letakkan di atas kertas minyak untuk meresap minyak yang berlebihan.
  • Goreng biji gajus.

Kuah Puding
  • Pukul kuning telur bersama susu cair/sejat dan air. Tapis untuk membuang pusat putih telur.
  • Masukkan gula dan kacau sehingga gula larut. Masak di atas api kecil bersama daun pandan sehingga sederhana pekat. Masukkan sedikit esen vanila. Jangan guna api besar dan kacau selalu supaya tidak bergentel. Keluarkan daun pandan bila siap.
Cara Menghidang
  • Aturkan pisang goreng 2-3 lapis di dalam mangkuk. Taburkan urat emas.
  • Kemudian aturkan buah prun, ceri dan biji gajus seperti gambar di bawah. Tuangkan kuah ke atasnya apabila hendak dimakan.
    Resepi jala emas:  pertama kali aku buat**

    sumber: http://www.myresipi.com/top/detail/3418
      aku kurangkan jumlah ikut kesesuaian

    5 biji telur ayam/itik- ambil kuningnya (tapis)
    150 gram gula
    2 cawan air
    1 helai daun pandan
    Cara-cara membuat jala emas
    Masak air, gula dan daun pandan. Masukkan kuning telur dalam bekas roti jala, dan jala lah ke dalam air gula. Angkat guna tapis teh.  Kat bawah ni rupa jala emas aku yang dah siap..
      
 





 Kepada semua kenkawan, saya ucapkan Selamat Mencuba ya!!!


Sunday, 22 April 2012

Puding Karemel

Assalamualaikum buat semua...
Selamat bersiaran semula setelah sekian lama tergendala hasrat nakmasukkan resepi puding karemel ni... Aku nak mintak la maap bebanyak kepada kenkawan yg menantikan kemunculan resepi ni.. Memang ambik masa sungguh kan...Bukan apa, setiap hari , balik dari sekolah..rasa penat sangat. Ye la kan.. terkejar-kejar ke sana ke mari... tup2 dah ptg. Kejap je dah ubah hari, pastu ubah minggu, pastu ubah bulan... Alahai....jadinya, maafkan lah diri ini okay!!!....




Cerita pasal puding karemel ni... Kawan aku dah bagi resepi ni 5 tahun dulu. Pantang dengar kenkawan salin resepi, aku pun sibuk salin jugak... membuatnya..tidak jugak... Alih-alih setiap kali bulan ramadhan, aku akan beli je puding karemel ni kat bazar ramadhan. itulah uniknya bila berada di bumi Malaysia, bawak je duit, semua masalah selesai.. Apa masakan akan tersedia dgn mudah hanya dengan satu jari..Ketingggg!!!!!!!!!!!!!!!...Siapppppppp!!!!!!!!!!!!!!!

Di pendekkan cerita, sekembalinya aku dari bumi Melben, sekali lagi aku mintak resepi ni...kuatkan semangat untuk buat puding ni...Sebenarnya, masa di Melben, pernah jugak lah sekali dua aku buat puding karemel ni berpandukan resepi dari blog2 masakan, tp xde lah nampak cantik sangat. kira ok lah, anak2 boleh makan. Tapi kan, bila aku buat resepi dari kali ni, rasenya sangat sedap. Special thank to my fren (Pn Norfisah) for the recipe ni... dgn ucapan..ada resepi lain tak? Nanti share la lagi ye... hehehe... jom kita tengok resepi nak buat puding karemel ni...

Baiklah puan-puan dan tuan-tuan... Resepinya ialah...

8 biji telur ayam (gred A lg bagus)
3/4 cawan gula
1 tin susu cair Carnation
1 tin air
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar tepung jagung

3 sudu besar gula (untuk buat gula hangus)






Cara-cara:
1. Panaskan periuk pengukus
2. Sediakan loyang lebih kurang berukuran 8 inci.
3. Letakkan loyang di atas dapur dgn api perlahan. Masukkan 3 sudu gula pasir dan biarkan gula mencair menjadi karemel. Ratakan dengan sudu. Angkat dan biarkan sejuk.
4. Masukkan telur, gula,esen, tepung jagung, air dan susu dalam blender.
5. Kisar bahan di atas. Tapis ke dalam loyang yang ada gula karemel tadi.
6. Masukkan dalam kukusan dan kukus lebih kurang 15-20 minit ataupun sehingga masak.
7. Tip nak tahu puding kita dah masak ke belum... cucukkan dengan pisau, kalau tak melekat makananya puding dah masak lah tu...
8. Angkat dan sejukkan seketika sebelum di terbalikkan di atas pinggan...

Senang je kan.....Selamat Mencuba!!!!












KUIH KOLEH KACANG 5 Ramadhan

Assalamualaikum wbt 5 Ramadhan 1442/ 17 April 2021 Alhamdulillah.. Sedar tak sedar dah 5 ramadhan hari ni. Hari ni hari Sabtu, sis sekeluarg...