Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan

ketenangan dan keamanan

Monday, 23 April 2012

Puding Karemel

Share
Assalamualaikum buat semua...
Selamat bersiaran semula setelah sekian lama tergendala hasrat nakmasukkan resepi puding karemel ni... Aku nak mintak la maap bebanyak kepada kenkawan yg menantikan kemunculan resepi ni.. Memang ambik masa sungguh kan...Bukan apa, setiap hari , balik dari sekolah..rasa penat sangat. Ye la kan.. terkejar-kejar ke sana ke mari... tup2 dah ptg. Kejap je dah ubah hari, pastu ubah minggu, pastu ubah bulan... Alahai....jadinya, maafkan lah diri ini okay!!!....




Cerita pasal puding karemel ni... Kawan aku dah bagi resepi ni 5 tahun dulu. Pantang dengar kenkawan salin resepi, aku pun sibuk salin jugak... membuatnya..tidak jugak... Alih-alih setiap kali bulan ramadhan, aku akan beli je puding karemel ni kat bazar ramadhan. itulah uniknya bila berada di bumi Malaysia, bawak je duit, semua masalah selesai.. Apa masakan akan tersedia dgn mudah hanya dengan satu jari..Ketingggg!!!!!!!!!!!!!!!...Siapppppppp!!!!!!!!!!!!!!!

Di pendekkan cerita, sekembalinya aku dari bumi Melben, sekali lagi aku mintak resepi ni...kuatkan semangat untuk buat puding ni...Sebenarnya, masa di Melben, pernah jugak lah sekali dua aku buat puding karemel ni berpandukan resepi dari blog2 masakan, tp xde lah nampak cantik sangat. kira ok lah, anak2 boleh makan. Tapi kan, bila aku buat resepi dari kali ni, rasenya sangat sedap. Special thank to my fren (Pn Norfisah) for the recipe ni... dgn ucapan..ada resepi lain tak? Nanti share la lagi ye... hehehe... jom kita tengok resepi nak buat puding karemel ni...

Baiklah puan-puan dan tuan-tuan... Resepinya ialah...

8 biji telur ayam (gred A lg bagus)
3/4 cawan gula
1 tin susu cair Carnation
1 tin air
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar tepung jagung

3 sudu besar gula (untuk buat gula hangus)






Cara-cara:
1. Panaskan periuk pengukus
2. Sediakan loyang lebih kurang berukuran 8 inci.
3. Letakkan loyang di atas dapur dgn api perlahan. Masukkan 3 sudu gula pasir dan biarkan gula mencair menjadi karemel. Ratakan dengan sudu. Angkat dan biarkan sejuk.
4. Masukkan telur, gula,esen, tepung jagung, air dan susu dalam blender.
5. Kisar bahan di atas. Tapis ke dalam loyang yang ada gula karemel tadi.
6. Masukkan dalam kukusan dan kukus lebih kurang 15-20 minit ataupun sehingga masak.
7. Tip nak tahu puding kita dah masak ke belum... cucukkan dengan pisau, kalau tak melekat makananya puding dah masak lah tu...
8. Angkat dan sejukkan seketika sebelum di terbalikkan di atas pinggan...

Senang je kan.....Selamat Mencuba!!!!












Sunday, 18 March 2012

Cake 4 Me!

Share
Assalamualaikum.....
Emmmm...apa nak cakap ek... Aku buat kek ni selepas 2 hari besday aku. Biase la...xde sape nak buatkan kek untuk aku masa jadi besday girl..So, buat sendiri la kan...hahaha.. Yang sebenarnya, aku saje je nak test oven aku ni. Belum pandai nak godak-godak function nya. Jadinya, aku ambik kesempatan buat kek devil's food choc ni. Buat pun kecik je, sebab kes tak puas hati bila buat 2 minggu sblm tu kek tak berapa nak comei je hasilnya (macam tak naik sgt dan tak berapa gebu).. Kebetulan tak sibuk sangat kat sekolah, so, kuranglah penatnya bila sampai kat rumah. Selalunya, bila dah balik dari sekolah tu, penat giler. lepak habis.

Hari ni, memang berpuas hati dengan hasil kek tu walaupun letak ganache nya senget benget, tapi kira oraitlah kan... Lepas tu, suka2 je letak tulisan "happy birthday", kononnya sempena hari jadi aku la...sendiri buat kek, sendiri wish...Boleh gitu???? Hikhikhik.......



Ada sesape nak resepi kek ulang tayang ni tak? Sila klik sini untuk resepinya ye...Thanks kak nor dari secubit garam kerana sudi share resepi..p/s: ni kiranya mode malas nak salin resepinya...heheheh

Kepada sesapa yang ada kesempatan, sila lah cuba resepi kek ni. Bagi peminat kek coklat, ramai yang kata kek ni sedap. Aku ni memang tak suka kek coklat, suka buat je.

Ok, jumpa lagi ye...



Friday, 16 March 2012

Jalan-jalan @ Mahkota Parade, Melaka

Share
Assalamualaikum..... Emmmm pejam celik, pejam celik, cuti sekolah seminggu ni dah berada di penghujungnya. Kesian pulak kat anak2 aku yang tak dapat jalan ke mana-mana. Ye lah kan..yang bujangnya, ada rugby pada sabtu dan ahad. Isnin-Rabu pulak ada kelas tambahan di sekolah sampai petang. Anak dara aku pulak yang sibuk ajak jenjalan. Dah bosan terperap kat rumah ni. Yelah kan, nak tunggu si abahnya pulak, hari sabtu ahad je baru balik. Alahai..kesiannya anak omak!!!!...Kalau anak-anak yang umurnya 4, 5 tahun, boleh la aku bawak pergi taman permainan main buaian dan gelongsor. Kanak-kanak kecik kalau dah bawak pergi park macamtu memang senyap la diorang kan. Tapi, kalau dah umur 14, 16 tahun, memang tak pandangnya taman-taman tu kan. Sakit kepala aku dok pikir nak bawak diorang pergi mana. Nak pergi ke Genting Highland, jauhla pulak aku nak drive. Setelah bermesyuarat aku tiga beranak, kami ambik keputusan untuk Mahkota Parade je. Yela kan..anak dah remaja kan.. Kena lah bawak ke tempat yang sesuai dengan umur diorng tu kan. Jom layan aktiviti anak-anak di MP tu.

Bowling Time!!!!!!
Dah lama anak-anak berhajat nak pergi main bowling. Semasa di Melbourne dulu pun, anak-anak pergi dengan kenkawan sekolah diorang je.


Tengoklah muka diorang..hepi semacam je..maklumlah, bola banyak masuk longkang..Ahaksss!!

Archery
Selesai melayan anak-anak bermain bowling. Test power kat tempat memanah pulak.



Menjamu Selera @Sushi King!!

Sempat bawak ke tempat makanan feberet anak dara aku.

Inilah dia model restoran "Sushi King"...hehehe...


Walaupun agak penat, tapi aku tetap berpuas hati bila dapat menggembirakan hati anak-anak. Ahhhhhhh.....2 hari lagi sekolah dak nak bukak....Dah start keje balik....

Thursday, 1 March 2012

Happy Birthday to me!!!

Share
Alhamdulillah..1.3.2012...Tarikh bermakna untuk aku..Aku amat bersyukur ke hadrat Illahi kerana masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi ciptaanNya ini. Hari ni bertambah lagi umur aku ke angka baru...iaitu ke 38.... Yang menjadi kan aku berada di penghujung 30an... 2 years more to go.... ke angka baru.... Tapi itu semua bukan ukurannya. Yang penting hidup mesti ceria selalu kan..kan..kan...Semoga dengan pertambahan umur ini menjadikan kita lebih matang dan berusaha untuk menambahkan amalan sebagai bekalan di dunia dan akhirat. Ya Allah Ya Tuhankan... Permudahan segala urusanku, kurniakanlah aku kesihatan dan kesejahteraan hidup, murahkan rezeki ku, panjangkan umur dan teguhkan imanku....Aminnn....

Today is my 38th birthday, and I guess it’s time for a bit of reflection. 38 is definitely in the “late thirties” category, yet I don’t feel that old at all. I feel as though I’m in my late twenties, maybe.

Monday, 27 February 2012

Bunga Rampai

Share

Assalamualaikum....
Emmmm...bila sebut je bunga rampai, ianya amat sinonim dengan majlis perkahwinan. Semestinya, musim cuti persekolahan bulan Disember dan cuti Tahun Baru Cina baru2 ni merupakan musim orang mengadakan majlis perkahwinan. Aku sempat snap gambar bunga rampai ni semasa majlis perkahwinan biras aku di Johor Bharu pada 3 Disember lepas. Jom kita tengok, apakah bahan-bahan asas yang diperlukan untuk menghasilkan bunga rampai ni.

Bunga rampai:
Bahan-bahan:
Daun pandan secukupnya- dimayang halus
Bunga-bunga pelbagai warna- dipotong kecil
beberapa helai daun limau purut-dimayang
1 biji limau purut-diparut
pewangi kegemaran

Cara-cara: Campurkan semua bahan. Gaulkan dengan minyak wangi kesukaan anda. Taraaaaa.....bunga rampai siap!!!!! Senang je kan....Kemudiannya, boleh lah di letakkan di dalam bilik pengantin supaya harum semerbak.....



Thursday, 23 February 2012

Kek Karemel Versi Aku

Share

Assalamualaikum....
Bila sebut je nama kek karemel ni, aku teringat pada blog popular Masam Manis. Bila tengok dia buat kek ni, memang rase teruja sangat dan rasanya bukan aku sorang yang teruja, malah semua pengikut blog dia akak teruja dgn hasil kek karemel yang dia buat, yang disertakan gambar2 yang cantik menarik. Terpanggil untuk mencuba. Tapi tu lah kan.. aku ni, kalau nak buat aktiviti masak memasak terutama dalam membuat kek ni, kena persediaan dari segi mental dan fizikal.. Malam semalam, aku kuatkan semangat nak cuba buat kek yang dah lama menjadi idaman aku ni. Walaupun badan ni penat, tp tetap kuatkan semangat nak buat. Hasilnya, kek karemel aku ni tak brp menarik perhatian. Rupa paras pun tak secantik kek yang kak ita buat. Karemelnya pulak nipis je sebab loyang yang aku guna agak besar (itu je loyang yg aku ada). Tapi takpelah kan..yang penting rasenya tetap sedap.
Bagi sesape yang nak mencuba resepi ni, boleh lah pegi ke blog masam manis. Kat situ ditunjukkan step by step cara untuk buat kek karemel ni... Buat kak ita, mintak share resepi kat blog ni juga ye.



KEK KAREMEL
by : Munirah Baharum

Gula Hangus

2 sudu besar gula pasir

Sediakan loyang 8 inc.
Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.
Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
Ratakan gula dgn menyenget2 kan loyang kiri dan kanan
Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras.
Ketepikan

Bahan Karemel
1/2 tin susu cair
70g gula castor
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur

Kacau susu dan gula hingga gula larut.
Kacau telur dan esen perlahan.
Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje.
Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.
Ketepikan.
Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.
(Adunan ni tak perlu di bakar dulu ye! kita akan bakar adunan ni bersama adunan kek nanti )


Adunan Kek Bahan 1
70g gula kastor
3 biji telur kuning
135ml air
45ml minyak masak

Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.

Adunan Kek Bahan 2
140 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder


Matikan mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak
Masukan sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.
Ketepikan.

Merinque
6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
70g gula castor
1 sudu teh krim of tar2

Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering
Pukul putih telur hingga berbuih
Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh
Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunantepung tadi.
Gaul rata secara kaup balik
Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.

Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak.
Letakkan pewarna yang anda sukai.

Kemudian tuangkan adunan kek ni ke atas lapisan karemel tadi.
Belang- belangkan adunan
Tuang 3 sudu lapisan pupple, kemudian 3 sudu lapisan pink di tengah-tengah lapisan purple. Kemudian tuangkan pula 3 sudu lapisan biru di tengah-tengah lapisan pink.
Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu pula.
Akhir sekali dengan satu sudu.
Lorekkan atas adunan dengan lidi.

Panaskan oven terlebih dahulu. Ita panaskan pada suhu 170 C terlebih dahulu. Bila dah masukkan kek dalam oven ita tukar pada suhu 160C
Gunakan api bawah sahaja.

Kaedah Steam Bath
Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi
Letakkan pada rak bawah dalam oven.
Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.
Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
Selepas masak ita biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.
Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama.
Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk.



Tuesday, 14 February 2012

INFO~ Kacang botol

Share


Assalamualikum....
Sekejap tadi aku dah masukkan entry berkaitan tanaman yang terdapat di belakang rumah aku. Aku nak kongsi sedikit info berkaitan dengan tanaman kacang botol. Kacang botol ni sangat sedap dibuat ulam, goreng berlada bersama udang, digoreng biasa dan juga dibuat kerabu.

Info ini aku petik dari web: http://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Kacang_Botor

Pokok Kacang Botor (bahasa Inggeris: winged bean atau Goa bean), juga dipanggil kacang botol, kacang kelisa, kacang sirek, atau kalkang, ialah tumbuhan kekacang tropika yang berasal dari Papua New Guinea. Pokok ini tumbuh dengan baik dalam iklim tropika lembap dengan hujan lebat dan oleh itu, banyak terdapat di kawasan khatulistiwa dari Filipina dan Indonesia ke India, Myanmar, dan Sri Lanka.

Pokok Kacang Botor merupakan sejenis pokok menjalar yang tumbuh dengan cara memanjat atau melilit. Setinggi 3-4 meter, pokok ini adalah lebih tinggi dan besar, berbanding pokok kekacang biasa. Pokok Kacang Botor ialah tumbuhan herba saka, tetapi boleh ditumbuh sebagai pokok semusim.

Lenggai kacang biasanya sepanjang 15-22 sentimeter (6-9 inci) dan mempunyai empat sayap, dengan tepi yang beropol-ropol pada sepanjangnya. Kulitnya lekit-lekit, dan isinya kelihatan separuh lut cahaya di dalam lenggai yang muda. Ketika lenggai cukup masak, warnanya bertukar menjadi perang-abu dan lenggai itu terbelah untuk membebaskan biji-bijinya. Bunganya besar dan berwarna biru pucat. Kekacangnya serupa dengan kacang soya dari segi kegunaan dan kandungan pemakanan, dengan kandungan protein sebanyak 29.8% - 39%.

Pokok Kacang Botor merupakan salah satu pokok mengikat nitrogen yang terbaik, dengan penodulan dilaksanakan oleh Rhizobium, sejenis bakteria tanah. Disebabkan keupayaannya untuk mengikat gas nitrogen dari atmosfera, pokok ini tidak memerlukan atau tidak memerlukan banyak baja.

Sebagai pokok tropika, Pokok Kacang Botor amat peka akan fros. Pokok ini tidak akan berbunga jika panjang siang melebihi 12 jam. Biji benih mempunyai kulit yang keras, dan untuk membantu percambahan, biji benih boleh direndam sebelum menanam. Pokok ini bertumbuh dengan cepat, dan mencapai panjang sebanyak empat meter dalam tempoh beberapa minggu.


Kegunaan

Pokok Kacang Botor telah diberi nama samaran, "pasar raya satu spesies", kerana hampir semua bahagian tumbuhan ini boleh dimakan.:

  • Lenggai mudanya yang digunakan sebagai sayur atau ulam merupakan bahagian tumbuhan yang paling banyak dimakan, dan boleh dituai dalam tempoh 2-3 bulan selepas penanaman.
  • Kacang mempunyai rasa yang sama dengan pucuk asparagus.
  • Bunga sering digunakan untuk mewarnakan beras dan pastri.
  • Daun muda boleh dimasak sebagai sayur daun yang serupa dengan daun bayam.
  • Akar yang mempunyai perisa kacang boleh digunakan sebagai sayur berubi yang serupa dengan ubi kentang. Akar pokok ini lebih kaya dengan protein, berbanding ubi kentang.
  • Biji-biji kering amat berguna sebagai tepung, dan boleh dijadikan minuman seakan-akan kopi.

Setiap bahagian Pokok Kacang Botor boleh membekalkan vitamin A dan vitamin-vitamin yang lain. Adalah mungkin bahawa dengan sedikit pembaikan genetik melalui pembiakbakaan pilihan, Pokok Kacang Botor boleh meningkatkan taraf hidup berjuta-juta orang di negara-negara tropika yang miskin.




Info berkaitan panduan penanaman kacang botol ni, aku ambil dari web http://www.organikpro.com/files/Kacang_Botor-Panduan_Menanam.pdf

PANDUAN MENANAM KACANG BOTOR/BOTOL

PENGENALAN
Kacang botor (Psophocarpus tetragonolobus D.C.) atau kacang kelisa adalah sejenis sayuran berbuah yang sangat
kaya dengan protin dan lemak serta vitamin A dan B. Ianya dipercayai berasal dari Papua New Guinea dan Asia
Tenggara.
Pokok kacang botor tumbuh melilit dan memerlukan pancang/kayu junjung untuk memanjat. Ia selalu ditanam sebagai
tanaman jangka pendek di kebun sayur atau di tepi-tepi pagar rumah.
Buah potong berukuran 15-20 cm panjang dan mempunyai 4 sayap yang bergerigis. Biasanya buah digunakan dalam
masakan dan juga dimakan mentah sebagai ulam.

TANAH
Kacang botor boleh ditanam di berbagai-bagai jenis tanah iaitu dari ringan berpasir hingga kepada tanah lempong serta
tanah gambut. Elakkan dari menanam di kawasan yang bertakung air. Tanah yang gembur, subur, baik salirannya dan
pH 5.5 – 6.0 adalah paling sesuai.

PENANAMAN
Menyedia kawasan
Bajak dan gemburkan tanah sedalam 20-30 cm untuk memudahkan akar tumbuh dengan baik. Sediakan batas
berukuran 1.3 m lebar, 30 cm tinggi dan panjangnya 7.5 m atau mengikut keadaan kawasan. Jarak antara batas adalah
30 cm.
Menanam
Kacang botor dibiakkan dengan biji benih. Biji benihnya boleh diambil dari buah-buah yang telah cukup tua yang
berwarna perang kehitaman. Gaul biji benih dengan racun kulat, contohnya thiram dengan kadar 3 g bagi 100 g biji
benih sebelum menanam.
Biji benih boleh ditanam dengan jarak 50 cm antara pokok dan 1 m antara barisan ataupun 60 cm x 60 cm. Tiap-tiap
batas mengandungi dua barisan pokok. Tanam terus biji benih ke atas batas sebanyak dua biji selubang, lebih kurang
2.5 cm dalam. Biji benih akan bercambah dalam masa 14 hari. Cabut dan tinggalkan hanya satu anak benih yang sihat
pada setiap lubang. Untuk kawasan seluas 0.4 ha lebih kurang 7 kg biji benih diperlukan.
Menyedia Junjung
Untuk mendapatkan hasil yang baik kacang botor perlu diberi junjung. Sokong anak-anak tanaman dengan
menggunakan kayu pancang berukuran 2 – 2.5 m panjang. Condongkan kayu-kayu sokongan yang bertentangan
supaya bersilang dan ikat di bahagian atas tempat bertemu untuk mendapatkan sokongan yang kuat. Kemudian
lentangkan kayu-kayu pada tiap-tiap tempat persilangan. Pastikan anak-anak tanaman melilit kayu sokongan. Cara ini
sesuai untuk kawasan penanaman yang kecil.
Satu cara lagi untuk menyokong pokok adalah dengan sistem trellis. Pacakkan sebatang kayu/tiang-tiang beruti yang
berukuran lebih kurang 2.5 m panjang dan bergarispusat 8-10 cm di bahagian tengah kedua-dua hujung tiap-tiap batas.
Pacakkan pula tiang kayu berukuran 0.6 m panjang dan 5-6 cm garispusat di hujung penjuru tiap-tiap batas.
Sambungkang tiang-tiang kayu yang bertentangan antara kedua hujung batas dengan dawai kasar. Gunakan tali rafia
untuk membantu anak pokok memanjat junjung.

PENJAGAAN
Menyiram
Siram pokok 2 kali sehari iaitu pagi dan petang kerana anak pokok memerlukan air yang banyak untuk membesar.
Membaja
Pembajaan asas dengan baja organan atau baja asli seperti tahi ayam reput dan kompos sebanyak 7 tan metrik untuk
0.4 hektar atau kira-kira 22.5 kg sebatas yang berukuran 1.3 m x 7.5 m adalah mencukupi. Baja ini digaulkan ke dalam
tanah seminggu sebelum menanam.
Untuk baja tambahan gunakan baja kimia iaitu baja sebatian N:P2O5:K2O:MgO 12:12:17:2 + T.E. sebanyak lebih
kurang 1.5 kg sebatas atau 15-20 g/pokok ketika berumur 3, 5 dan 8 minggu. Ini memerlukan lebih kurang 450 kg baja
untuk 0.4 hektar. Baja boleh ditabur di keliling pokok sejarak 10 cm dari pangkalnya atau ditabur berjalur mengikut
barisan tanaman.
Pembajaan berikutnya boleh dibuat selepas memungut hasil atau apabila kesuburan pokok kelihatan merosot.
Merumput
Rumpai perlu dikawal sepanjang masa bagi mengelakkan persaingan dengan pokok untuk mendapatkan zat makanan,
cahaya matahari dan air. Kerja merumput biasanya dilakukan dengan tangan, cangkul atau tajak.
Mengikat Rafia
Apabila anak-anak pokok berumur 2 minggu, bolehlah mula mengikat tali rafia ke dawai junjung untuk membantu
pokok memanjat. Ikatkan tali-tali rafia tersebut bersilang menghubungkan dawai bahagian bawah dengan dawai
bahagian atas. Tentukan pokok meliliti tali-tali rafia tersebut.

MEMUNGUT HASIL
Hasil buah boleh dikutip 10-12 minggu selepas ditanam. Pilihlah buah yang hijau serta rapuh dan berukuran 15-20 cm
panjang. Kutipan boleh dibuat setiap 2-3 hari sekali untuk mengelakkan daripada buah banyak menjadi tua. Buah yang
tua akan bersabut dan tidak sedap dimakan. Pokok yang subur boleh menghasilkan 10 biji buah sepokok sekali petik
selang dua hari.
Hasil purata buah yang boleh diperolehi dianggarkan antar 4,000 – 5,000 kg/0.4 ha. Buah-buah kacang botor ini selalu
terdapat dijual di pasar-pasar dengan harga RM 1.00 seikat.


Related Posts with Thumbnails
.

Thank's for visiting my blog