Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan

ketenangan dan keamanan

Sunday, 8 May 2011

Kuih Lompang warna-warni

Share
Meriah tak nampak kuih lompang aku ni? Dah macam kaler rumah sukan dah kan.. Complete set dgn biru, merah, hijau, kuning tu.... Seumur hidup aku, inilah kali pertama aku buat kuih lompang ni... Seronok sangat bila buat kuih menjadi dengan cantik berserinya..Walaupun bukanlah kuih feberet pun. Bila dah buat tui,anak-anak makan sorang seketul je...Eeeee..penat je buat kan.. Sib baik rumah aku ada ramai tetamu... Kalau tak, alamatnya tak luak lah kuih aku ni. Lagipun semuanya dah belasah KFC tadi, mana lagi nak letak kuih ni kan... Saje je sekadar suka-suka sebabnya, kebetulan ada kawan aku bawakkan acuan ni untuk aku. Jadinya aku buat lah untuk mengasah skill membuat kuih-muih ni kan.. Rupa-rupanya,memang senang sangat nak buat kuih ni.. Kalau betul-betul, dalam 1/2 jam je dah siap. Jom kita jengah resepinya ye... Mana la tahu, kot-kot sekali sekala korang nak try buat sendiri kan... Sambil berehat-rehat dihujung minggu, nak bagi anak-anak makan air basuh tangan kita..hehehe... Jom, jom... kita tgk resepi kat bwh ni ye. Sumber resepi ni dari myresepi.com..

Kuih Lompang;
Bahan-bahan;

2 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung sagu
1 cawan gula
4 cawan air (2 cawan campur dalam tepung, 2 cawan untuk masak dengan gula).

Daun pandan (letak semasa masak air gula)

Kelapa parut + garam untuk tabur di atasnya.

Cara-cara: Bancuh tepung beras dan tepung sagu dgn 2 cawan air. Gula di masak dengan 2 cawan air dan sejukkan sedikit. Masukkan air gula ke dalam bancuhan tepung. Kacau rata dan bahagikan kepada beberapa bahagian untuk letak pewarna kesukaan. Masukkan ke dalam acuan kuih lompang dan kukus selama 20 minit. Bila dah masak, keluarkan dari acuan dan taburkan kelapa di atasnya. Seelok-eloknya, kelapa yang digaul dgn garam dikukus terlebih dahulu supaya tidak cepat basi.

Okay, selamat mencuba dan "HAPPY MOTHER'S DAY!!!"


0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
.

Thank's for visiting my blog