Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan

ketenangan dan keamanan

Saturday, 20 June 2015

Ramadhan 3: Pengat Pisang & kuey teow goreng

Share
Assalamualaikum.... dan salam ramadhan.

Hari ni dah 3 hari umat Islam seluruh dunia berpuasa. Hari ni aku buat pengat pisang yang menjadi peberet anak bujang. Aku buat lebih untuk di bawa berbuka puasa di rumah mertua. Okay la kan.. makanan pemanis mulut untuk berbuka puasa. 

Resepi Pengat Pisang:

Bahan-bahan:

3 biji pisang tanduk ~potong kecil2
1 kotak santan kotak (400ml) aku guna santan KARA sebab ianya lebih pekat dan wangi.
1/2 ketul gula kabung. (kalau guna gula Melaka pun boleh)
3 sudu besar gula pasir
1 1/2 camca garam halus
sehelai daun pandan
2 sudu besar sagu (basuh dan toskan)
air lbh kurang 1 liter. (agak2 la kepekatan kuahnya nanti)

Cara-cara:
Masukkan pisang dan air ke dalam periuk. Letakkan di atas api. Masak hingga mendidih. Masukkan gula kabung/melaka, gula pasir, garam, biji sagu dan daun pandan. Bila sudah mendidh, kacau2 kan pisang di dalam periuk tadi. Bila pisang sudah agak2 masak, perlahankan api dan masukkan santan. Sentiasa kacau kuah pisang ni supaya santan tak berketul... Kacau2 la ye lebih kurang 2-3 minit je. Tutup api dan sedia untuk dihidang.
Hias la ikut kreativiti kalau nak snap gambar macam aku ni...heeeeeee.... 




ok..dah tahu resepi pengat pisang kan.. Jom kita buat kuey teow goreng pulak.




Kuey teow gorng basah:

Bahan-bahan:
1 bungkus kuey teow
5 ulas bawang putih_diketuk
5 biji bawang merah-ditumbuk
3 sudu cili kisar
1 cawan udang basah
1 ketul fishcake-dipotong
1 ketul tahu-dipotong dadu
2 batang sawi
1 biji tomato
2 biji telur ayam
1 mangkuk taugeh
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
5-6 sudu besar kicap pekat manis
1-2 sudu besar kicap masin
garam secukupnya
3 cawan air
daun sup, daun bawang dan cili besar sebagai hiasan.
1/2 cwn minyak untuk menumis
paste ayam atau paste ikan bilis atau maggi cukup rasa(jika suka)

Cara-cara:
Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga naik bau. Kemudian masukkan bawang merah yg telah ditumbuk. masukkan cili dan masak hingga cili garing. Masukkan udang, fishball, dan tauhu. Kemudian masukkan sos tiram, sos cili, kicap, sawi, tomato dan garam. Masukkan air dan pecahkan telur di dalamnya. kacau2 kan supaya telur hancur. Masukkan kuey teow dan taugeh. kaup balikkan sebentar dan tutup api. Sedia untuk dihidang.. Hias dgn daun sup, daun bawang dan cili besar kaler merah hijau. TARAAAA.....

 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
.

Thank's for visiting my blog