Saturday 17 April 2021

KUIH KOLEH KACANG 5 Ramadhan

Assalamualaikum wbt

5 Ramadhan 1442/ 17 April 2021

Alhamdulillah.. Sedar tak sedar dah 5 ramadhan hari ni. Hari ni hari Sabtu, sis sekeluarga berbuka di rumah mertua di Bukit Bruang, Melaka. Hari ni kita buat laksa johor dan koleh kacang utk juadah berbuaka hari ni. Seronok rasanya bila mertua puji laksa johor dan koleh kacang sedap. Seronok juga tengok diaorg makan bertambah. 
Koleh kacang ni kegemaran anak dara sis dan suami. Tapi en suami macam biasa, makan 1-2 potong je. 
Ajom kita tgk resepi koleh kacang sedap ni. Hasil teropong di blog azlita masam manis. Resepi ni sis olah ikut kemanisan yang kita nak ye. Kurang kurang manis ala-ala jaga kesihatan la kekononnya. Bila buat sendiri ni kita blh ejas ikut apa yang kita nak. Kurang manis, lembut-lembut kuih tu dan lebih tahi minyak nye. Wallaaa... memang puas hati la kan...




Resepi koleh kacang

Tahi minyak
1 biji santan asli. Santan kotak tahi minyak kurang menjadi.
Perah kelapa dan ambil pati santan.
Masak atas kuali dengan api perlahan. 
Masukkan sedikit garam.
BIarkan ianya mendidih hingga keluar minyak dan terhasil ketul2 santan yang dinamakan tahi minyak.
Tutup api, angkat dan toskan utk dapatkan tahi minyak tu. 

AIR GULA

200 gram gula merah timbang
150 ml air
2 helai daun pandan
** masak atas api hingga gula larut. Tutup api dan tapis. Biarkan sejuk.

BAHAN ADUNAN TEPUNG

150 gram tepung kacang hijau-yang telah disangai
secubit garam
200ml santan Kara
650 ml air
1 helai daun pandan-disimpul
1 sudu makan minyak kelapa_baki dari tahi minyak yg diasingkan

Cara-cara:
1. Satukan semua bahan, kecuali daun pandan dan minyak.
2. Masukkan dalam blender dan kisar sebati.
3. Tuang ke dalam kuali non stick. Tuang air gula tadi dan daun pandan.
4. Masak atas dapur dgn api sederhana dan sentiasa kacau. 
5. Masak hingga ia meletup-letup kecil.
6. Kecilkan api dan tambah minyak kelapa. 
7. Kacau lagi hingga pekat dan kental.
8. Anggaran masa 25 minit lebih kurang. 25 minit masa memasak.
9. Keluarkan daun pandan.
10. Tuang ke dalam loyang yg dioleskan dengan minyak kelapa lebihan tahi minyak.
11. Hentak-hentakkan untuk menghilangkan gelembung udara.
12. Taburkan tahi minyak di atasnya dan biarkan sejuk serta mengeras.
13. Bila dah sejuk boleh dipotong dgn pisau plastik yang telah dioles dengan minyak kelapa.





Friday 16 April 2021

KUIH TAKO 4 RAMADHAN

Assalamualaikum wbt

4 Ramadhan 1442/ 17 April 2021
                                                   

Resepi kuih tako

Bahagian bawah:
2g gram tepung hoen kwee warna hijau.
(blh guna warna putih original)
1 1/2 cawan air daun pandan
1/2 cawan gula

-Masuk semua bahan dalam periuk dan masak api perlahan hingga likat.

jagung dlm tin secukup nya.

-Masukkan 1 camca jagung dalam acuan, tuang bahan hijau. Ketepikan,

Bahagian atas.
25 gram tepung hoen kwee original-putih
2 cawan santan (1/2 cawan santan kotak kara + 1 1/2 cawan air)
Secubit garam-kena ada rasa masin sikit baru sedap

-Masukkan semua bahan dalam periuk dan kacau atas api perlahan-lahan.
-Bila dah pekat dan likat, tuang ke atas lapisan hijau tadi. dan biarkan sejuk. Simpan dalam peti sejuk lagi sedap. Pastikan lapisan bawah telah mengeras sebelum diletakkan lapisan putih.

Selamat mencuba ye...









TELUR BUNGKUS 4 RAMADHAN

ASSALAMUALAIKUM WBT

4 Ramadhan 1442/ 16 APRIL 2021


RESEPI TELUR BUNGKUS

Bahan-bahan:

1 ketul dada ayam-dicincang halus
3 ulas bawang putih-tumbuk
1/2 inci halia-xde pun takpe
2 sudu cili kisar
1 batang serai diketuk
4-5 biji cili padi di racik.
3 helai daun limau purut-racik
1/2 biji bawang besar-potong kiub
1/2 batang karot-potong kiub
1 biji tomato-potong kiub
daun sup
3 sudu besar cili sos
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil kicap manis
gula, garam(kalau perlu shj. sos cili dan kicap dah ada rasa manis dan masin)
maggi cukup rasa.

Cara-cara:
1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih, serai dan cili kisar. Masak hingga naik bau.
2. Masukkan isi ayam dan biarkan ia masak seketika. Letak sedikit air. Kacau rata.
3. Masukkan bawang besar, daun limau, cili padi, daun sup, karot, tomato, sos cili, kicap dan sos tiram.
4. Masukkan sedikit maggi cukup rasa. Kacau sebati, siappp..







Thursday 15 April 2021

KARI KEPALA IKAN 3 RAMADHAN

Assalamualaikum wbt

3 RAMADHAN 1442/15 APRIL 2021

Hari ni kita berbuka nasi je, takde kuih-kuih pemanis mulut..Sebab sis sendiri dah cukup manis. Hahaha.
Minggu lepas suami sis ada beli ikan dari nelayan di pantai berdekatan. Kami penduduk yg dekat2 pantai ni dah kira jarang beli ikan di pasaraya. Memang beli ikan baru naik je yang rasa lebih sedap dan manis isi ikannya. Dapat ikan besar macam ni, kepalanya memang sedap buat kari. Digandingkan dgn 2 jenis sayur iaitu sayur bendi goreng dan peria berlada. Ikan ni nama dia ikan kaci... spesies mcm ikan jenahak macamtu la lbh kurang.


Resepi Kari Kepala Ikan

Kepala ikan jenahak/kaci/merah-lbh kurang berat kepala tu dlm 1kg

5 ulas bawang putih-tumbuk/kisar
1 biji bawang besar-tumbuk/kisar
1-2 inci halia-tumbuk
2 sudu cili kisar
5 sudu besar penuh kari ikan
rempah tumis 4 sekawan
3 tangkai daun kari
air asam jawa secukupnya. Asam jawa lebih sikit sbb tak letak santan.
Bendi secukupnya.

Bahan racik/mayang
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1/2 inci halia

1/2 cawan minyak utk menumis
air secukupnya.
gula, garam dan maggi cukup rasa atau kiub ikan bilis

Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan tumis rempah 4 sekawan dan daun kari. 
2. Masukkan bahan yang dimayang dan masak hingga naik bau.
3. Masukkan cili kisar dan bahan2 tumbuk. Kacau hingga garing.
4. Bila dah garing, perlahankan api dan masukkan rempah kari. Masukkan sedikit air dan biarkan kari masak secukupnya sehingga pecah minyak. Part ni, jika kari banyak, blh tambah sedikit minyak supaya dapat garingkan rempah kari. 
4. Masukkan kepala ikan dan air asam jawa secukupnya. Biarkan mendidih supaya ikan cukup masak.
5. Masukkan garam, maggi cukup rasa dan gula9jika perlu). Sis tak letak gula.
6. Akhir sekali masukkan bendi dan tomato (jika ada).


Bendi goreng

2 ulas bawang putih
1/4 biji bawang besar
ikan bilis secukupnya
***tumbuk

kacang bendi
sebiji telur
asam keping
kicap manis
garam-jika perlu

Cara-cara:
1. Panaskan minyak untuk menumis.
2. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan asam keping.
3. Perlahankan api. Potong bendi satu persatu dan masuk ke dalam kuali. Kena potong bendi terus dlm kuali tu ye..Jangan potong bendi awal sgt nanti keluar lendir bendi tu.
4. Bila dah selesai memotong bendi, gaul rata. Masukkan kicap dan pecahkan telur. 
5. Gaul rata dan tutup api.

Peria goreng berlada

2 ulas bawang putih, 1/4 biji bawang merah, sdikit ikan bilis
-tumbuk
1 sudu cili kisar
1/2 biji peria-potong nipis, rendam air garam
1 biji telur
Garam

Cara-cara:
1. Panaskan minyak utk menumis.
2. Masukkan bahan tumis dan cili kisar. Tumis hingga naik bau.
3. Masukkan peria dan sedikit air utk lembutkan peria.
4. Masukkan sedikit garam.
5. Bila peria dah lembut, pecahkan telur dan kacau rata.
6. Siappp.


BIHUN GORENG 2 Ramadhan 2021

Assalamualaikum wbt

2 Ramadhan 2021/14 April 2021

Hari kedua puasa masih tercari-menu apa nak berbuka. Tapi pada sis senang je, masak yang simple, boleh kenyang dan menepati citarasa suami dan anak. Hari ni memang masak simple sangat. Buat bihun goreng je.  Kuih pulak dah macam main pondok-pondok je. Bancuh tepung sebesar telur ayam je pastu bahagi 3 bahagian utk di buat bubur butir nangka. Resepi di sebelah ye.



Resepi bihun goreng

Bahan-bahan:
1/2 peket bihun
-rendam (kalau nk cepat rendam dgn air suam). Jangan guna air panas, kang sekejapan benyek bihun tu...

Bahan tumis:
3 ulas bawang putih-tumbuk
1/2 biji bawang besar-tumbuk
2 sudu cili kisar
4 ekor sotong 
1 ketul kiub ikan bilis
2 sudu sos cili
2 sudu so tiram
2 sudu kicap manis kipas udang-apa2 jenama pun boleh hehehe
2 genggam taugeh
2 tangkai sawi-ada saki baki yg tanam hari tu
1/2 batang lobak merah-potong bulat2 dan memanjang
beberapa biji bebola ikan

Hiasan
1 biji tomato
sedikit daun sup
limau kasturi
3 biji telur-dadarkan, gulung dan potong.

Cara-cara:
1. Tumis bahan tumbuk dan cili kisar hingga naik bau.
2. Masukkan sos cili, kicap, sos tiram dan kiub ikan bilis.
3. Masukkan lobak merah, bebola ikan, sotong dan bihun. Kacau sebati dan masukkan 1/2 cawan air utk lembutkan bihun.
4. Biarkan seketika supaya sebati. 
5. Bila bihun dan masak, masukkan sawi. 
6. Kacau sekejap, masukkan taugeh dan tutup api. 
7. Masukkan dalam bekas sesuai dan hias ikut citarasa anda. 

BUBUR BUTIR NANGKA

Assalamualaikum wbt

2 RAMADHAN 2021/14 APRIL 2021
Bila tiba bulan ramadhan ni, tekak mula terbayangkan kuih2 manis sebagai pencuci mulut. Tapi tu la kan.. terasa nak makan dalam masa yg sama dok bajet taknak makan byk, jadinya kita buat sikit je la kan. Makan dgn anak perempuan sis je. En suami memang tak kan makan kuih pelik2 ni hehehe. Makanya, tiba bulan puasa ni, memang sis dgn anak akan buat kuih macam main pondok-pondok je. 
Hari ni kita buat bubur butir nangka yg bancuhan siapnya sebesar telur ayam je.   Susah tu nak ejas sikit sangat. Cukup la dpt sorang semangkuk kecik. Banyak buat, banyak la masuk tekak kan...Jadi kita buat sikit je la....


Resepi bubur butir nangka.

Bahan-bahan:
1 cawan tepung pulut
air secukup nya
pewarna merah, hijau, kuning

1/2 kotak santan
1 cawan air
1-2 sudu gula pasir(sis guna gula perang)
1/2 camca garam
1/2 camca halba
Sehelai daun pandan.

Cara-cara
1. Bancuh tepung dengan sedikit air. Tepung ni kena hati2. Masukkan air sikit-sikit ye. Kalau tak, cepat je tepung korang jadi bubur sebelum masak. heheheh
2. Dah jadi doh, bahagikan 3 bahagian dan letak pewarna.
3. Panaskan air dalam periuk. 
4. Bila dah didih, masukkan doh ni yang dibuat bulat-bulat memanjang macam biji butir nangka tu ye. 
5. Masak macam buat kuih buah melaka. Bila dah timbul, angkat dengan penapis teh dan masukkan dalam bekas yang berisi air bersih. Letak dalam air ni supaya biji-biji nangka ni tak melekat sesama dia ye.
6. Masukkan air 1atau 1 1/2 cawan air bersih dalam periuk berasingan. Masukkan gula, garam, halba dan  daun pandan. Jangan letak santan dulu ye, nanti santan berketul, tak cantik pulak bubur kita tu.
7. Bila dah mendidih, masukkan kuih butir nangka tadi. Jangan pulak ko masukkan air rendam butir nangka tu tau!!!
8. Last sekali, perlahankan api dan masukkan santan.. Kacau sentiasa supaya santan tak berketul. Bila dah naik buih2 kecil, terus tutup api dan sedia dihidang. 







Tuesday 13 April 2021

KUIH ONDE-ONDE @ KUIH BUAH MELAKA

Assalamualaikum wbt

Salam 1 Ramadhan 2021

Bersiaran lagi kita di tahun 2021 ni utk simpanan koleksi menu yang sis buat sepanjang ramadhan 2021 ni. Harap blog ni lengkap la sebulan ramadhan tahun ni. supaya mudah dijadikan rujukan sesiapa sahaja yang keputusan idea utk memasak di sepanjang bulan ramadhan ni. 
Hari ni hari pertama puasa, sis siapkan juadah simple sahaja utk di bawa berbuka di rumah mertua yang mengambil masa 40-45 minit perjalanan. Kita masak sesiap supaya dah sampai sanan nanti tidaklah kelam kabut kan.
Menu pertama yang merupakan menu favourite ramai org bila tiba bulan ramadhan ni ialah kuih buah melaka ataupun kuih onde-onde namanya. hehehe..
Jom la kita ulang tayang resepinya. Kali ni sis guna pati daun pandan untuk menaikkan aroma pandan asli. 

Kuih onde-onde

2    3 helai daun pandan- blend dgn 1/2 cawan air
1 1/2 cawan tepung pulut
sedikit garam
Air-jika perlu.
Kelapa muda utk salutan
gula kabung secukupnya dipotong kiub kecil-kecil

Caranya:
1. Tapis air pandan
2. Masukkan tepung dan secubit garam dalam besen yang sesuai.
3. Tuang sedikit sedikit dalam adunan tepung dan uli sehingga menjadi doh
4. Panaskan air secukupnya dalam periuk
5. Ambil sedikit tepung, masukkan gula kabung dan gentel-gentel lah cantik2 bulatnya lalu dicampakkan dengan berhati-hati ke dalam periuk air yg mendidih. Bila dah timbul, angkat menggunakan penapis teh yang besi ye. 
6. Golekkan ke dalam kelapa parut yang telah dicampurkan dengan sedikit garam
7. Siap utk dihidang.


SAMBAL IKAN KURAU SEGAR

2 ekor ikan kurau. belah 3-4  bahagian
Gaul garam kunyit dan digoreng hingga agak2 garing. Ketepikan.

Bahan Sambal

*4 ulas bawang putih-tumbuk
1 biji bawang besar-dimayang
1- 2 senduk cili kisar
minyak secukupnya
Air asam jawa
Garam
kiub ikan bilis atau maggi cukup rasa.

Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau.
2. Masukkan cili kisar dan masak hingga garing.
3. Masukkan bawang, besar garam, maggi cukup rasa dan air asam jawa secukupnya.
4. Masukkan ikan dan gaul rata,
5. Siap...





KUIH KOLEH KACANG 5 Ramadhan

Assalamualaikum wbt 5 Ramadhan 1442/ 17 April 2021 Alhamdulillah.. Sedar tak sedar dah 5 ramadhan hari ni. Hari ni hari Sabtu, sis sekeluarg...