IKHLASLAH MENJADI DIRI SENDIRI AGAR HIDUP PENUH DENGAN KETENANGAN DAN KESEJAHTERAAN
Saturday, 21 May 2011
~HAPPY 13th BIRTHDAY IRFAN !!!~
Friday, 20 May 2011
Happy Anniversary!!!
SEMOGA KASIH SAYANG BERKEKALAN DAN BERBAHAGIA KE AKHIR HAYAT
Amin, AMIN ya rabbal aalamin
Tuesday, 17 May 2011
HAPPY TEACHER'S DAY!!!
Salam sayang buat semua kenkawan di mana saja kalian berada. Semoga sentiasa di dalam rahmat Allah hendaknya. Setiap tahun pada 16 Mei ni, semua guru di Malaya akan menyambut hari guru... Ye lah kan..dah namanya guru, kenalah sambut Hari Guru..Tak kan nk sambut hari peladang pulak..hehehe...
Jadi, dikesempatan ini, aku ingin juga mengucapkan Selamat Hari Guru buat semua guru-guru aku yang pernah mendidik aku sejak dari sekolah tadika sehingga lah menjadikan aku manusia seperti hari ini yang juga merupakan seorang guru... Dedikasi buat guru dan bekas guru dari Sekolah TADIKA di KG3, SK Kota Gelanggi 3, Sek Agama Rakyat KG3, SM Panglima Garang Abdul Samad Benta (ting 1-4), SM Jengka Pusat(ting 4-5), SM Jengka 2 (ting 6), Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka, dan Universiti Terbuka Malaysia. Semoga Allah memberkati segala ilmu yang telah dicurahkan. Tidak lupa juga buat rakan seperjuangan yang menjadi pendidik walau di mana saja kalian berada.
Tema Hari Guru 2011;
GURU OH GURU
Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979
(Al-fatihah buat semua guru yang terlebih dahulu menyahut panggilan Illahi)
Thursday, 12 May 2011
Skyhigh @ Dandenong
Dah 2 tahun dok sini, tapi takde peluang nak pergi ke Skyhigh yang terletak di daerah Dandenong ni. Akhirnya, hari yang tak dirancang ni pun tiba juga bila kebetulan kami ke rumah Sam/Ena di Clayton. Dengan rela hati, diorg ni mempelawa kitorang pergi ke sana walaupun dah pergi, tapi sanggup jugak jadi pemandu pelancong tak bertauliah tu kan..hehehe... Sebenarnya, bila kita tak plan, tup2 sampai lah pulak kan..kalau plan bagai nak rak, tup2 tak jadi...emmm..layan je lah gambar ni untuk kenangan kitorang nanti bila dah berada di bumi Malaysia negara ku tercinta....(Tupun, kalau kitorang balik Mesia lah kan..hikhikhik...)
Fig @ Buah Tin....
KHASIAT BUAH TIN
Terhidar dari keracunan.
Melincinkan tekak dan dada.
Mencucikan hati dan jantung.
Membersihkan lendir yang terdapat dalam usus.
Jika dimakan bersama buah pala akan tawar racun.
Menghilangkan penyakit buasir.
Jika dimakan seperti biasa:
Menyembuhkan penyakit bangkak telinga.
Mempercepatkan pertumbuhan gigi.
sumber: http://malaysians-qatar.topicboard.net/t430-khasiat-buah-buahan-herba-dan-hidupan
Tuesday, 10 May 2011
Apam gula hangus
Adoiyaiii...hari ni sejuk betul lah kat sini... rasa sejuk ni dah betul-betul sampai ke tulang kering aku tau... Suhu kat dalam rumah pun dah 12 deg C. Belum lagi suhu kat luar... Kalau dah sejuk2 ni, apa lagi yang terfikir kat kepala otak aku ni kalau bukan citer bab-bab makan... tetiba je perut ni rase lapo semacam. Kalau tak citer pasal makan, bukan Jumee namanya...hehehe.. Emmm...dah lah takde usaha nak berdiet..maunya bertambah berat badan time time sejuk camni... Nama nak joging??? emmm lupakan ajelah..time summer pun xde sekali pun berjoging, sejuk2 camni lak nak buat2 rajin..... malam lah sikit...
Hari ni aku skip masak...sebabnya, lauk semalam ikan sembilang berlada ada lagi. Jadinya, pikir punya pikir..aku terfikir lah pulak nak buat kuih apam gula hangus. Resepinya? Apa lagi kalau bukan khidmat pak cik google kan... Hanya dengan satu sentuhan, resepi datang depan mata. Yang penting, bahan-bahan kat dapur kena ada lah kan. Dan hasilnya memang tak menghampakan. Tengok je gambar kuih apam gula hangus aku yang elok gebu dan montok kat sebelah atas tu kan... Hehehe.... Sambil-sambil tu blh tengok resepi kat bawah ni... sumber: myresepi/hazz_63.
Apam gula Hangus:
Bahan-bahan:
2 biji telur
1 cawan gula pasir
1 cawan air
1 sudu teh soda bikarbonat
2 sudu besar susu pekat manis
2 sudu besar marjerin
1 1/2 cwn tepung gandum
1/2 cwn minyak masak
Cara-cara:
1-Gula dihanguskan dan bertukar perang, campurkan dgn 1 cwn air.
2-Di dalam blender masukkan susu, mentega, telur dan soda. Blend lbh kurang 3
minit.
3-Masukkan gula yang dah disejukkan tadi, blend lagi.
4- Akhir sekali, masukkan tepung dan putar lagi hingga sebati.
5-Kukus dlm loyang yang dah di sapu minyak masak selama 45 minit.
6-Boleh jugak menggunakan acuan yang kecik-kecik.
7-Sekiranya adunan nampak cair, bolehlah ditambah dengan sedikit tepung gandum agar apam tadi tidak mendap dan basah di bahagian bawahnya...
Haa..yang ni, kuih yang dah siap di'taperware'kan untuk dibawak ke rumah kawan aku... Dah hantar dah pun... Balik dari sana barulah aku masukkan entry ni .
Monday, 9 May 2011
Ikan sembilang berlada
Salam hari Isnin buat semua. Mesti dah siap makan tengahari dah kan. Aku pulak baru je nak masukkan entry masakan tengahari tadi. Malas je rasa nk buat kerja masak memasak ni. Nak pulak cuaca sejuk-sejuk ni, apa lagi, rasa nak tarik selimut je kan. Lepas anak-anak pergi sekolah pagi tadi aku dok melekat kat atas sofa. tidur, bangun tgk jam..pastu tidur balik... Jam 12 tghari baru aku mula nak berkayuh kat dapur. NI, masa aku tgh semangat nak masukkan entry hari ni, tup tup dah kul 8.32 mlm dah pun.. Kiranya time ni dah blh dikira tgh malam lah kot.. Ye lah kan..isyak dah masuk kul 6.50ptg tadi. Mata pun dah berat sangat dah ni..Rasa ngantuk semacam je. Namun ku gagahi jua supaya aku tak ter'miss' nak masukkan entry ni...
Hari ni aku masak ikan sembilang berlada. Makanan kegemaran kami sekeluarga, terutama anak-anak aku. Memang seronok tengok diorang berselera bila makan. Dari mana aku dapat ikan sembilang kat Melben ni? Jawapannya apa lagi, kalau bukan dari kedai Vietnam. Memang tak susah, cuma bawak duit je ye.... Apapun, jom tgk resepinya kat bawah ni ye....
Ikan sembilang berlada:
Bahan-bahan:
4 ekor ikan sembilang dibersihkan, digoreng.
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2-3 senduk cili blend (agak2 bersesuaian dgn jumlah ikan)
1 keping asam gelugor
garam dan gula secukupnya
3/4 cwn minyak untuk menumis (agak2 ikut keperluan cili)
Cara-cara: Ikan sembilang dibersihkan dan letakkan garam dan kunyit. Goreng hingga garing. Angkat dan ketepikan. Bawang merah/besar dan bawang putih ditumbuk ataupun boleh diblend bersama cili. Panaskan minyak dan tumis bawang dan cili blend hingga betul2 garing. kalau tak cukup minyak, blh tambahkan sedikit lagi. bila cili dah garing, masukkan asam keping, gula dan garam. Masukkan ikan dan gaul rata. tutup api dan biarkan seketika. Bila dah sejuk sikit, boleh buangkan sdikit minyak yg mula bertakung tu. Angkat dan sedia untuk dihidang.
So, nanti boleh lah buat kan..senang je...nak nak pulak cili blend dan bawang blend dah tersedia di dalam peti ais.. cepat je setle kan... Happy cooking to all!!!
Sunday, 8 May 2011
Kuih Lompang warna-warni
Kuih Lompang;
Bahan-bahan;
2 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung sagu
1 cawan gula
4 cawan air (2 cawan campur dalam tepung, 2 cawan untuk masak dengan gula).
Daun pandan (letak semasa masak air gula)
Kelapa parut + garam untuk tabur di atasnya.
Cara-cara: Bancuh tepung beras dan tepung sagu dgn 2 cawan air. Gula di masak dengan 2 cawan air dan sejukkan sedikit. Masukkan air gula ke dalam bancuhan tepung. Kacau rata dan bahagikan kepada beberapa bahagian untuk letak pewarna kesukaan. Masukkan ke dalam acuan kuih lompang dan kukus selama 20 minit. Bila dah masak, keluarkan dari acuan dan taburkan kelapa di atasnya. Seelok-eloknya, kelapa yang digaul dgn garam dikukus terlebih dahulu supaya tidak cepat basi.
Okay, selamat mencuba dan "HAPPY MOTHER'S DAY!!!"
Mother's Day Special
Apapun, jutaan terima kasih diucapkan buat kaum bapa yang mengadakan majlis yang cukup bermakna ini...
KUIH KOLEH KACANG 5 Ramadhan
Assalamualaikum wbt 5 Ramadhan 1442/ 17 April 2021 Alhamdulillah.. Sedar tak sedar dah 5 ramadhan hari ni. Hari ni hari Sabtu, sis sekeluarg...
-
Assalamualaikum wbt Hari ni PKP ke 30 yang merupakan hari ke 2 PKP bagi Fasa 3. Hari ni sis masak simple sangat utk menu lunch kami. Tak l...
-
Assalamualaikum wbt Hari ni PKP fasa 4 bermula yang menjadi hari ke 43 pkp keseluruhannya. Hari ni juga merupakan hari ke 6 ramadhan. Sedar...
-
Assalamualaikum wbt Hari ni hari ke 64 PKP: Hari ke 8 pkp fasa 5 20 MEI 2020: 27 RAMADHAN 1441 Mee fungus ni sis cuba2 je buat resepi b...