Friday, 7 January 2011

Trip to gold Coast day 5 2010

5 Januari 2010~ Sea World, Gold Coast

Yeayyyy!!!!!!!! Hari yang dijanjikan telah pun tiba...Kami dah pun berada di bumi Gold Coast. Anak-anak aku, awal-awal lagi kami dah bersiap. Destinasi pertama kami pada hari ini ialah SEA WORLD. Best sangat. Semua tempat kami pergi. Sehari suntuk kami kat situ, memang penat tak terkata. tak ingat makan minum pun. Kebetulan pulak masa kami singgah kat kiosk Tosted TV, diorang tengah buat penggambaran untuk rancangan toasted TV tu.. Yang bestnya, krew penggambaran tu ajak kami sama2 menyertai penggambaran tu..Heheheh...kiranya, kitorang ni satu-satunya org Mesia yang masuk TV ostolia..hehhe..bangga kejap tau. Rancangan Toasted TV ni kiranya lebih kurang sama dengan "Kelab Disney Malaysia" ataupun "TV3 Kids".Lepas tu, kami ambik peluang lah bergambar dengan pengacaranya yang glamer tu..
~pose~
~show time, sesame street~

~Irfan menyelam tengok shark~
~Mana shark nya??~
~TOASTED TV~

~kebetulan pulak baju same kaler dgn pengacara tu...~


~Selepas pertunjukan dolphin~
~macam2 rides yang kami naik~~sebelum balik, mesti bergambar kat sini~

Memang enjoy sesangat bila berada kat Sea World ni. Anak-anak aku memang terlebih-lebih hepi lagi. Pada hari esoknya, kami pergi ke MOViE WORLD.



Thursday, 6 January 2011

Trip To Gold Coast Day 6-2010

6 Januari 2010

Percutian kami masuk hari ke 6 hari ni dan hari ke 2 di Gold Coast. Destinasi yang kami pilih pada hari ni ialah 'MOVIE WORLD'. Kat sini, kami jumpa banyak karektor-karektor terkenal dalam filem yang di keluarkan oleh "Warner Brothers". Karektor2 yang paling dapat perhatian ialah aksi2 kartun macam Shrek, Tweety bird, Bugs bunny dan sebagainya.Tak ketinggalan karektor dalam filem superman, batman, catwomen, scooby doo dan beberapa filem lain yang seangkatan dengannya. Karektor Merlyn Monroe pun ada tau.....Ada banyak permainan-permainan yang memang mencabar bagi aku yang semestinya gayat bila naik tmpat yang tinggi. So, banyak jugak ride yang aku skip...hehhehe...bila sampai turn kitorang, mula lah aku kena berlakon, cakap nk pitam.... jadinya anak-anak aku dan abah diorang je yang naik ride tu.. fuhhh...memang nak gugur jantung aku tgk diorang naik ride batman dan superman escape tu... Kat dalam ni jugak ada show pendek yang dilakonkan oleh karektor-karektor filem untuk dipertontonkan kepada kami, pengunjung di Movie World ni. Memang terhibur. Pertunjukan yang tak boleh aku lupa ialah aksi dari krew "STUNT DRIVER". Memang aksi-aksi stunt yang diorang buat tu betul-betul nampak profesional. Admire sunggah kat pelakon-pelakonnya...hehehe...Teramat-amat kagum dan rasa tak rugi menontonnya. Kami siap masuk 2 kali untuk tgk pertunjukkan 'Stunt Driver' ni tau. Nanti aku upload kan videonya ye. Satu lagi tempat yang aku rasa memang excited berada di situ ialah, aku dapat naik kapal yang dijadikan prop untuk filem terbaru "The Cronicle of NARNIA: The Voyage Of The Dawn Trader". Bangganya aku, dapat naik kapal yang digunakan oleh Prince Caspien di dalam pelayarannya.
~pintu masuk Movie World~
~batman & catwomen~
~superman escape~

~roller coster ni yang aku tak naik~


~masa parade~
~scooby doo~
~Warner Brothers Kids~
~shrek~
~bug bunny~
~kat depan pintu masuk utk ride road runner show~
~merlyn monroe~
~atas kapal yg digunakan utk filem NARNIA~


~tgk diorg naik batman ride ni, aku dah rase mcm nak tercabut nyawa~
ps: seat yg kosong tu sepatutnya aku duduk, tp last minit aku cabuuuttt!!!!
Bukan apa, nanti xde orang yang nak snap gambar diorg kan..kan..kan...

Pada sebelah malamnya, kitorang sempat lagi pusing2 pekan Surfer Paradise. Anak-anak tinggal kat bilik hotel sbb dah kepenatan. Tapi, tau2 je lah,...kat sini malam memang xde attraction ape pun melainkan bar je yang bukak. Kami sesaje je ronda2 nak tgk suasana malam kat gold coast ni. Sempat jugak kami 'melawat' satu2nya Hard Rock Cafe di Australia ni. Saje nak tengok kan... tapi malangnya, kedai tu tutup awal, so posing2 kat luar cafe je lah ye.... .

~muka toye jam 12 tgh malam~
~gitar elvis presly....~
~pantai @ surfer paradise~

Wednesday, 5 January 2011

Trip To Gold Coast Day 7-2010

7 Januari 2010

Hari ni kami pergi ke taman tema air pulak..(Water theme park)... So, uniform hari ni ialah ala-ala baju mandi lah kan...hehehe.. Tempat ni... laaaagi lah buat aku rase seram sejuk .. Maklumlah, aku ni memang takut sangat lemas..Rase fobia je nak masuk dalam air.... Tapi tau je lah, anak2 aku ni paksa jugak aku ikut diorg, so ikut je lah kan...dan banyak jugak tempat yang aku skip... tggu kat bawah je...sambil snap aksi anak-anak.. Pada sebelah malamnya, kami menonton movie kat tepi kolam... Anak-anak kecil semua dok kat atas pelampung kat dlm kolam tu sambil tgk movie citer "Ice Age"... Watching movie in the pool la kiranya kan...Pengalaman yang tak dapat kat tempat lain. Jadi, tengok je lah ek..gambar-gambar yg tak seberapa kat bawah ni.
~pintu masuk Wet n Wild~
~sedia untuk beraksi di water theme park~
~semua ride kat atas tu aku tak naik~

~watching movie in the pool~

Tuesday, 4 January 2011

Trip to Gold Coast Day 8&9-2010

8 & 9 Januari 2010

Hari ke 4 di Gold Coast, kami pergi ke Movie world untuk kali ke 2.. Lagipun, kami beli tiket 'unlimited pass', jadinya boleh masuk berapa kali pun kat mana-mana park ni selama 6 bulan. Yang pastinya dalam tempoh 6 bulan ni, kami tak akan datang punya. Jadinya, hari ni kami masuk lagi lah untuk kali ke 2. Kat tempat ni banyak sangat pertunjukan, dan ada antaranya kami terlepas dan ter'miss' pada hari pertama ke sini. Jadinya, kami masuk ke beberapa tempat yang kami miss tu....Kami pastikan takde tempat yang tertinggal pun. Disebabkan banyak masa pada hari, maka kami tengok aksi pertunjukkan "Stunt Driver" tu 2 kali.... nanti aku upload video aksi2 stunt driver tu ek... Memang best.. pelakon2 stunt tu memang pro... Awal-awal lagi kami dah beratur untuk masuk...Memang panjang betul queue...berpeluh lah jugak utk dapatkan tmpat tgk show tu.....

~kt depan pintu masuk~
~siap baju 'Stunt Driver' tu~
~show 'Stunt Driver'~
~dgn pelakon-palakon aksi stunt~
~bug bunny n tweety~
~show time!~
~batman return~

Pada sebelah petangnya, kami bergegas pula ke "DreamWorld". Dapat masuk sekejap pun kira ok lah kan....Orang kata, jangan tak pergi, kan.. sebab dah kebetulan sampai di Gold Coast..
Seterusnya, kami bergegas ke Surfer Paradise untuk ke Hard Rock Cafe. Ye lah kan, memasing tak nak lepaskan peluang untuk beli baju yang ada lambang Hard rock tu.. Aku ikut aje lah, asalkan aku dapat tumpang sekaki...hehehe....
Malam tu jugak, kami tinggalkan bumi Gold Coast untuk meneruskan perjalanan. Kami tiba di tempat penginapan lebih kurang jam 11 malam...Kami bermalam di Old Kent Road Apartment yang terletak di Ulmarra, New South Wales...Lepak habis, tidur sampai tak ingat dunia.

Sebelah paginye, sebelum meneruskan perjalanan, kami sempat jugak posing2 kat depan apartment penginapan kitorang tu...



~sempat pose kat depan apartment penginapan kami~

Kami teruskan lagi perjalanan dan bermalam di bandar Sydney. Sebenarnya aku pun dah tak ingat apa nama motel tu.. Takpelah kan, yang penting ianya bertempat di Sydney...

KUIH KOLEH KACANG 5 Ramadhan

Assalamualaikum wbt 5 Ramadhan 1442/ 17 April 2021 Alhamdulillah.. Sedar tak sedar dah 5 ramadhan hari ni. Hari ni hari Sabtu, sis sekeluarg...