Tuesday, 2 August 2011

Lemak Rebung Dengan Perut

Assalamualaikum.........


Hari ni aku masukkan entry masak lemak perut campur rebung. Kalau di Malaysia, belum tentu aku ada usaha nak buat masak perut ni. Di Melbourne pulak meriah dengan masak-memasak ni kan. Pulak tu, nak dapatkan sumber perut lembu ni pun senang je. Pergi je kat mana-mana kedai daging HALAL dan tanya je perut lembu ni. Insyallah, kalau ada rezeki kita, dapatlah perut ni. Yang bestnya, perut ni pun dah siap dibersihkan sebersih-bersihnya. Cuma kita kena rebus lama sikit untuk lembutkannya. Ada la 2-3 jam jugak ambik masa. Kalau ada perut ni, mesti kena carikan pasangannya. Apa lagi kalau bukan rebung kan... Citer pasal rebung ni pun, tak susah nak cari. Cari je kat mana-mana kedai Vietnam, sure dapat. Ianya dijual di dalam peket ataupun di dalam tin. Ishk...banyak pulak celoteh aku ni. Jom kita belek-belek resepi kat bawah ni.

Lemak rebung dgn perut:

Bahan-bahan;
250 gram perut lembu (rebus hingga empuk)
400 gram rebung
1 tin santan
1 biji bawang besar
1 inci kunyit hidup
7-8 biji cili padi (ikut kepedasan masing2)
2 keping asam gelugur
2 batang serai (aku guna serai kisar yg disejukbeku)
garam

Cara-cara:
Perut lembu direbus hingga betul-betul empuk dan di hiris nipis. Rebung dipotong mengikut kesesuaian. Kisar kunyit hidup, bawang besar dan cili padi. Satukan perut, rebung dan bahan kisar di dalam periuk. Masukkan santan dan masak di atas api. Masukkan juga asam keping serai dan garam. Hendaklah sentiasa dikacau supaya santan tidak pecah minyak. Bila kuah sudah mendidih, tutup api dan sedia untuk dihidang...

Bihun Kungfu Dari Melben

Salam hari Selasa buat semua. cepatnya masa berlalu. Hari ni dah masuk hari kedua kita berpuasa. Belum plan apa-apa untuk berbuka hari ni. Sambil-sambil tu, sempat jugak aku belek-belek koleksi gambar-gambar masakan yang pernah aku buat kat bumi Melben ni. Kebetulan gambar yg ni, aku lom sempat masukkan kat blog lagi. Jadinya, apa kata kita tengok resepi untuk buat bihun kungfu ni. Jangan terpedaya dengan gambar ni, maklumlah...berpuasa... Tengok gambar pun blh meruntun jiwa dan raga...hehehe.. Resepi ni aku sertakan buat sesape yg terasa nk buat sendiri. Setidak-tidaknya, bagi idea nk order apa kat kedai makan waktu berbuka nanti.

Bihun Kungfu:
Bahan-bahan:
bihun, rendam dan toskan
isi ayam, potong kecil-kecil/nipis
sayur-sayuran~kobis bunga, sawi, carrot, tomato (blh diubahsuai)
beberapa biji telur ayam (1 pinggan, 1 biji telur)

bahan tumis untuk 4 orang:
1 biji bawang besar~potong dadu
1 labu bawang putih, ditumbuk/diketuk
6-7 biji cili padi~diracik
1 ketul kiub ayam
sedikit air
2-3 sudu tepung jagung
minyak secukupnya

hiasan:
cili hijau (besar)
bwg goreng

Langkah 1:
1-Ambil bihun dan letak dalam cawan. Agak-agak bihun 1/2 @ 2/3 daripada mug.
2-Dalam cawan berasingan, masukkan sebiji telur dan pukul sedikit dengan garfu.
3-Tuangkan telur ke dalam mug yang ada bihun tadi...
4-Dalam masa yang sama, panaskan minyak (minyak agak2 blh muat bihun dalam mug tu)
5-Bila minyak dah panas, masukkan bahan tadi ke dalam kuali, dan goreng sehingga bihun garing.
6-Angkat, letak dalam piring/mangkuk hidang dan ketepikan.

Langkah 2:
1-Sediakan sayur-sayur dan isi ayam seperti gambar di bawah.
2-Tumis bawang putih sehingga naik bau. Masukkan bawang besar.
3-Kemudian, masukkan isi ayam.
4-Bila ayam dah masak, masukkan sayur-sayur, cili padi, garam dan kiub ayam.
5-Akhir sekali, masukkan tepung jagung yang dibancuh dengan air. Tutup api.
6-Tuangkan ke dalam pinggan yang telah tersedia dengan bihun yang sudah digoreng dgn telur.

Harap semua berpuas hati dengan penerangan di atas...

Selamat Berbuka!!!!

Ramadhan Datang Lagi

Begitu pantasnya masa berlalu.. Rasanya baru semalam kita semua berpuasa bagi tahun 2010/1431H. Kini, ramdhan datang lagi... Alhamdulillah kerana masih dapat bersama-sama menyambutnya pada tahun ni dan masih berkesempatan berpuasa di bumi melben untuk kali yang ke 3. Kunjungan bulan yang mulia dalam segala bulan ini akan memberi sejuta rahmat buat muslimin dan muslimat di segenap pelosok dunia. Tentunya pada bulan yang berkah ini semua berazam untuk memperbanyakkan amalan kerana pahala yang berganda menanti mereka yang bertaqwa. Sebagai umat Islam, kita sangat-sangat digalakkan untuk bersedekah kerana ia dapat memakmurkan lagi kehidupan ini serta orang yang menerima sedekah itu. Jadinya, kepada sesiapa yang berhajat untuk bersedekah, eloklah disegerakan ye.

Hari ni, hari pertama berpuasa, pastinya macam-macam menu yang kita fikirkan.. Maklumlah..tekak orang berpuasa ni, nafsunya tinggi sikitkan. Kalau boleh semua permintaan anak-anak nak kita tunaikan termasuk jugak permintaan diri sendiri. Jadi, terlaksanalah pelbagai menu untuk berbuka puasa. Hari-hari berikutnya, mungkin sejenis lauk je kot. Silap-silap, pergi cari surau untuk makan free....hahahha.

Hari ni berbuka puasa at 22 Mindoro Crescent, Lalor...rumah kami, syurga kami..... Antara masakan di hari pertama, sebagai pembuka bulan ramadhan ialah rendang kerang, daging masak merah, sayur masak lemak putih, ikan masak kicap, sambal belacan berulamkan mentimun, puding jagung bersama fruit cocktail. Kira dah macam beli lauk kat bazar ramdhan je. Alhamdulillah, semua gembira menikmati juadah yang dihidangkan..



Monday, 1 August 2011

Ikan Masak Kicap

Assalamualaikum..... Jom kita tengok resepi ikan masak kicap yang simple. Sesekali kita ubah angin pada masakan yang tak pedas la pulak kan... Memang senang je nak buat ni. Tak pedas, sesuai untuk berbuka puasa tak lama lagi.

Bahan-bahan:
Beberapa ketul ikan (apa-apa ikan je)
1 biji bawang besar ~ dimayang
6 ulas bawang putih~ diketuk
1 inci halia~dimayang halus
rempah tumis (bunga cengkih, kayu manis, bunga lawang, buah pelaga)
1 sudu cili kisar
2 sudu sos tomato
1 sudu sos cili
1 sudu kicap masin
kicap manis secukupnya


Cara-cara:
1. Ikan digoreng terlebih dahulu, angkat dan ketepikan.
2. Keluarkan minyak gorengan dan tinggalkan sedikit utk menumis.
3. Tumis rempah tumis, cili kisar, bawang putih dan halia. kemudian masukkan
bawang besar.
4. Masukkan sos dan kicap dan sedikit air.
5. Akhir sekali masukkan ikan goreng tadi. Sedia untuk dihidang....


Wednesday, 27 July 2011

~CHICKEN PADPRIK~

Assalamualaikum.... Salam ceria buat semua...kali ni tetiba aku ada kerajinan yg tinggi untuk masukkan entry baru kat blog ni. Bukan apapun, saje suka-suka sambil mengisi masa lapang aku yg free memanjang ni. Maklumlah...org yg xde keje kan...Cuma, aku takut ada yg naik menyampah tengok aku masukkan entry masakan ni kat blog.. Tapi, bila pikir balik, blog kita, suka hati kitalah nk letak apa kan..kan... sapa yg suka blh bukak, yang tak suka, sila abaikan...Ini pun, aku je yg ada perasan takut ni..sebenarnya, takde kena mengena pun dgn yg hidup ataupun yg telah meninggalkan kita... Jom kita tgk resepi nak buat ayam masak padprik ni...

Padprik ayam:
Bahan-bahan:
1 ekor ayam sederhana(potong kecil-kecil)
1 senduk cili kisar
6 ulas bawang putih~ditumbuk
1 biji bawang besar~dimayang
beberapa tangkai cili padi
3 helai daun limau purut
2 batang serai-diketuk
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kicap pekat manis
garam, gula
minyak untuk menumis

sayur-sayur:
1 batang lobak merah
sedikit kacang buncis/kcg panjang
1 batang daun seleri
sedikit kobis bunga

Cara-cara:
Tumis cili kisar dan bawang putih. Masukkan ayam dan biarkan air ayam kering dan ayam cukup masak. Masukkan daun limau purut, serai, sos cili, sos tomato, sos tiram, kicap, cili padi, bawang besar, garam dan gula. Akhir sekali, masukkan sayur-sayuran. Kacau seketika dan tutup api. Sedia untuk dihidang...Senanggggg!!!!!!!!!!!..Selamat mencuba sebagai menu untuk berbuka puasa di bulan ramadhan nanti ye.

Tuesday, 26 July 2011

Nasi Kerabu Versi Melbourne

Assalamualaikum......
Sebenarnya, nasi kerabu ni adalah makanan kegemaran kami sekeluarga. Makanan ni lah yang kami rindui kepada negara Malaysia tercinta. Bukan apa, setiap kali tibanya hujung minggu, inilah makanan yang akan kami beli jika pergi ke pasar malam. Di Melbourne ni, tau tau je lah kan..kalau rasa nak makan itu semua, kenalah belajar-belajar buat sendiri kan. Nak buat nasi kerabu ni bukanlah susah sangat, tapi kejenye renyah sbb banyak benda nak disediakan. Terima kasih kat kawan aku di sini (Syidah) di atas sumbangan resepi. Sebenarnya, plan awal nak ajak dia datang buat sesame kat rumah aku, tp last minit dia ada plan lain..so terpaksalah aku buat sesorang dengan dibantu oleh dayang-dayang jemputan. hehehe...Jom..jom..kita semak resepi satu persatu.. Kepada syidah, mintak share resepinya kat sini ye...

Nasi Kerabu
Bahan-bahan:

A) Nasi
3 cawan beras basmathi + 6 cawan air
5 helai daun limau purut
1 helai daun pandan-disimpul
1 batang serai-dititik
garam
sedikit pewarna biru (untuk cantik je)

Cara-cara:
Masukkan semua bahan ke dalam rice cooker dan masak seperti biasa.

B) Kuah
1 biji bawang besar (merah)*
1 inci halia*
1 inci lengkuas*
2 senduk cili blend*
sedikit belacan
1 batang serai-dititk
1 keping asam gelugur
gula melaka dan garam secukupnya
sedikit minyak utk menumis
1 tin santan
*** sukatan boleh diubahsuai


Cara-cara:
Blend semua bahan *** di atas. Panaskan minyak di dalam periuk, tumis bahan blend. Masukkan santan, serai, asam keping, gula dan garam. Bila mendidih dan telah pecah minyak, bolehlah tutup apinya.
*** menurut kawan aku, santan fresh di Malaysia, senang nk pecah minyak. Kat Melbourne ni, susah sikit so, agak2 dah mendidih dan pekat, blh lah diangkat.

C) Sambal ikan dan kelapa
4 ekor ikan greasy mackerel (@yellow mackerel)
200 gram kelapa (frozen)
1 biji bawang besar (kaler merah)*
1 inci halia*
5 biji bawang putih*
1 inci lengkuas*
1 sudu kecil lada hitam*
garam*
*semua bahan dimayang. nak tumbuk pun boleh jugak.

Cara-cara:
Ikan direbus, buang tulang dan ditumbuk hingga lumat.
Kelapa ditumbuk sedikit. Campurkan dengan semua bahan yang dimayang dan masak atas kuali. Kacau dan kaub balikkan sehingga masak. Masukkan juga garam. Bila dah masak, angkat dan ketepikan.

D) Solok lada
4 biji cili besar kaler hijau. Buang bijinya.
3 ekor ikan yellow mackerel/greasy mackerel
100 gram kelapa frozen
1 inci halia
1 biji bawang besar.
garam
1/2 tin santan + 1/2 tin air. Kalau nak guna 1 tin santan pun boleh jugak..Agak-agak byk mana cili.

Cara-cara:
Ikan direbus, buang tulang dan ditumbuk bersama kelapa, bawang merah/besar dan halia. masukkan garam. Ratakan semua bahan dan masukkan ke dalam cili tadi.
Masukkan cili yang telah dimasukkan bahan-bahan tersebut ke dalam periuk. Kemudian tuangkan santan dan masukkan garam. Rebus di atas api hingga cili solok masak. Tutup api dan sedia dihidang.

E) Ulam-ulaman
Timun, taugeh, bunga kantan, kacang panjang, daun kesum, daun selum, daun selasih dan sebagainya.
Semua bahan dihiris halus.

F) Kuah cili/lada
beberapa biji cili padi + cili besar warna merah
1 sudu teh garam
4-5 sudu gula
1/2 cawan cuka.
** cili, cuka, gula dan garam kena agak2 sesedap rasa.

Cara-cara:
Masukkan semua bahan dalam blender dan blend hingga cili hancur. Masukkan di dalam mangkuk untuk dihidang.

G) Budu secukupnya

H) Keropok ikan secukupnya





Fuhhh..berpeluh nak siapkan bahan-bahannya kan.. Punyalah banyak bahan yang disediakan. Kalau aku sensorang je tanpa bantuan dayang-dayang jemputan, memang sah tak buat nasi kerabu ni. Hehehee.... Sebab tu aku ckp tadi, nak membuatnya tak susah, cuma renyah dgn bahan-bahan semasa penyediaan tu. Apapun, kepada sesiapa yang berada di perantauan, boleh jadikan resepi kat atas tu sebagai rujukan kalau-kalau ada yang teringin nak makan nasi kerabu ni. Satu lagi, yang aku terlupa nak letak iaitu telur asin. Terlupa nak beli kat kedai..heheh.. Takde telur asin pun dah licin nasi kerabu tu..
~juri jemputan diterbangkan khas dari New Castle~
~lagi juri jemputan~
~dayang-dayang bertugas yg membantu pembikinan nasi kerabu~

Wednesday, 20 July 2011

LAKSAM

Aku buat laksam ni dah 2,3 minggu lepas.., baru hari ni bkesempatan nak masukkan 'entry'nya. bagi sesape yg berminat nak buat sendiri, bolehlah cuba resepi di bawah. Kalau tak rajin nak buat pun, tak jadi hal. Sekurang-kurangnya bagi idea kat korang untuk jadikan salah satu makanan yang patut dibeli di pasar malam nanti..hehhee... Kalau nak diikutkan, laksam ni kena buat sendiri (kukus atas tudung periuk, gulung macam kuey tiaw, pastu potong-potong), tapi tau-tau je lah kan... Aku ni tak berapa rajin sgt. Beli je laksa dan rebus. Yang penting kuahnya kan..kan...

Jom kita tengok dan scan resepi di bawah sebagai panduan.

Resepi Laksam:
Bahan-bahan;
1-2 peket laksa kering (Rebus dan toskan)
Ulam-ulaman (kobis/taugeh, daun kesum, daun selasih, kacang panjang, timun)
semua bahan diracik halus

Sambal:
Cili kering, garam, belacan
(cili direndam dgn air panas. Tumbuk bersama belacan dan garam. Ketepikan)

Kuah:
1kg ikan selayang(yellow mackerel)/greasy mackerel (xtau ada tak ikan ni kat mesia)
(ikan direbus, asingkan tulang dan isinya, blend isi+air. Akhir sekali blend tulang+air, tapis). Masukkan dalam periuk.

2 biji bawang besar(merah)/10 ulas bawang kecil, 1 inci halia, 1 sudu besar lada hitam.. Kisar halus.
1 kotak santan (1 liter)
asam keping
garam
gula

~Masukkan bahan kisar dan santan ke dalam periuk ikan tadi dan kacau supaya santan tak pecah minyak. Masukkan asam keping, garam dan gula secukup rasa. Bila sudah mendidih, matikan api dan sedia untuk dihidang.


KUIH KOLEH KACANG 5 Ramadhan

Assalamualaikum wbt 5 Ramadhan 1442/ 17 April 2021 Alhamdulillah.. Sedar tak sedar dah 5 ramadhan hari ni. Hari ni hari Sabtu, sis sekeluarg...