Saturday 16 May 2020

PIZZA HOMEMADE YANG SEDAP & MUSHROOM SOUP

Assalamualaikum wbt
Hari ni PKP ke 60 (ngam 2 bulan sis dok rumah): Hari ke 4 fasa 5
16 Mei 2020: 23 Ramadhan 1441

Hari ni juga merupakan hari besar buat kami insan yang bergelar guru. Malangnya, sambutan hari guru hanya dapat diadakan secara maya sahaja memandangkan kita semua masih lagi terikat dgn PKP. Yang penting kita semua harus menjaga diri sendiri utk memastikan penularan rantaian covid_19 dapat diputuskan. Semoga ianya cepat berlalu dan kita semua dapat bekerja sepaerti biasa.

Hari ni sis buat homemade pizza. Ala-ala makan pizza dan mushroom soup. Wahhh nikmat je kan... Selalunya, dalam bulan ramadhan, sehari memang ada menu PHD samada makan di restoran PHd atau PHD Delivery.
Tapi tahun ni kita buat kelainan sedikit di mana sis akan jadi acik pizza tu. Kita buat pizza from scratch ye...Haishhhh berdabau pulak hati ini. Takut je, expectation tak sama dgn hasil. Takde menu lain utk berbuka ni tau... Sedikit seram jugak lah kalau x sedap walaupun pernah buat sekali dua sedikit masa dulu..

Banyak jugak sis buat research dari blog ke blog, tak dengan itu, tengok youtube lagi, resepi mat saleh pun sis jengah utk mencari resepi doh yang lembut. Akhirnya sis guna resepi dari youtube "Resepi ringkas". Dohnya sangat lembut, garing ditepi dan lembut di dalamnya.. Memang puas hati lah dengan hasilnya.
Menggunakan resepi doh dari youtuba tersebut, sis buat Hawaiian Chicken Pizza. Wahhhh bunyi macam nama pizza kat pizza hut kan. Serius... pizza sis buat lagi sedap dari itu hehehe. Rotinya pulak, kalau sejuk pun liat.


Sos Pizza cara sis-sos versi melayu
Bahan-bahan:
1/2 tin tomato puree
4 sudu besar cili kisar
4-5 ulas bawang putih-ditumbuk halus.
sedikit italian herbs (oregano, rose marry, thym dan sebagainya)
minyak zaitun utk menumis
sedikit gula dan garam

Cara-cara:
1. Panaskan sedikit minyak zaitun. Tumis bawang dan cili kisar hingga masak.
2. Masukkan sos tomato puree, gula dan garam.
3. Masukkan serbuk lada hitam dan serbuk herba kering. 1 sudu kecil setiap satunya atau mengikut citarasa masing-masing.
4. Angkat dan ketepikan

Bahan-bahan: Tumis isi ayam

4 ulas bawang putih-tumbuk halus
2 keping dada ayam-dikisar(sis kisar guna food processor)
1-2 sudu serbuk lada hitam
1/2 kiub ayam
Sedikit minyak zaitun (2 sudu besar)

Cara-cara:
1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Tumis bawang putih hingga naik bau.
3. Masukkan isi ayam kisar dan kacau hingga air ayam tu kering.
4. Masukkan kiub ayam dan serbuk lada hitam.
5. Perasakan dgn garam(kiub dah masin)..tambah garam bila perlu shj
6. Bila dah masak, angkat dan ketepikan.

Bahan-bahan toping
Serbuk cheese parmesan
Keju Mozarella secukupnya
Capsicum
Nanas-potong kiub
1 biji tomato-potong kiub
1/2 tin cendawan butang (kalau ada cendawan shitake fresh lg sedap)
1/2 biji bawang holland

Resepi Doh Pizza yang Lembut

Bahan-bahan doh
1/2 cawan air suam
1 sd besar yis
1 sd kecil gula
2 cawan tepung gandum
1/2 sd kecil garam
1 sd kecil pelembut roti
2 sd besar minyak zaitun/minyak masak

Cara-cara:
1. bancuh yis dan gula bersama air suam. Biarkan berbuih(lbh kurang 5-10 minit)
2. Di dalam bekas lain, gaul tepung, garam dan pelembut roti.
3. Masukkan minyak dan air yis tadi. Uli hingga menjadi doh. Sis masuk dalam mixer je. Tambahkan sedikit air jika doh terlalu keras. Uli hingga sebati.
4. Sapukan bekas dengan minyak dan letak doh tadi, biarkan ianya naik 2 kali ganda. Perap lbh kurang 1 jam ataupun naik 2 kali ganda.
5. Bahagi doh kepada 2 bahagian ataupun mengikut kesesuaian bekas masing-masing. Canai doh menjadi leper dan letak di atas pan pizza atau bekas yang sesuai (tudung periuk pun blh.

Cara penyediaan pizza:
1. Sapu sos kegemaran dan letak lah toping mengikut citarasa masing-masing.
2. Lepas sapu sos, taburkan parmesan cheese dan parutan mozarela cheese.
3. Kemudian taburkan isi ayam tadi, diikuti dgn bahan2 spt nanas, capsicum, tomato dan sebagainya.
4. Blh juga ganti dgn crab stick, sausage dan lain2 lagi.
5. Akhir sekali, taburkan parutan mozarella hingga penuh menutupi bahan2 tadi.
6. Bakar api bawah selama lbh kurang 20 minit. Selepas 20 minit, guna api atas utk cairkan lagi cheese tu...(bergantung kpd jenis oven masing-masing ye)
7. Bila dah masak, angkat dan sedia dihidang. Kalau ada pizza cutter lg cantik lah potongan pizza tu nanti. Tetiba pizza cutter sis hilang entah ke mana tak dpt dikesan.
8. Sis buat 1 extra large pizza(ikut acuannya), dan satu lagi small pizza. Yang small pizza tu, sis letak sos bbq. Mula2 nak buat yg large tu letak bbq sos, tapi takut tak sedap... Rupanya letak bbq sos pun sgt sedap... heheheh.














 tgk keju cair ni blh meleleh air liur tau...






No comments:

Post a Comment

KUIH KOLEH KACANG 5 Ramadhan

Assalamualaikum wbt 5 Ramadhan 1442/ 17 April 2021 Alhamdulillah.. Sedar tak sedar dah 5 ramadhan hari ni. Hari ni hari Sabtu, sis sekeluarg...