Friday, 16 September 2011

SELAMAT HARI MALAYSIA




Assalamualaikum.... Salam satu Malaysia buat kenkawan di bumi Malaysia tercinta. Hari ni, 16 September telah pun diisytiharkan sebagai Hari Malaysia sempena penubuhan Tanah Melayu pada 16 September 1963. Buat semua, aku ucapkan SELAMAT HARI MALAYSIA dari aku di bumi Melbourne. Sambutan hari Malaysia ni jugak diadakan di bumi Melbourne. Bagi University tempat suami aku belajar ni pun mengadakan Malaysian Festival pada hari ini mengambil sempena Hari Malaysia. Malaysian Festival ini diadakan bagi memperkenalkan negara Malaysia kepada pelajar-pelajar antarabangsa. Pada hari ni dipertunjukkan pelbagai jenis masakan Malaysia, budaya dan adam resam negara kita. Aku sendiri ditugaskan untuk membuat "Teh Tarik" yang menjadi satu trade mark orang-orang di Malaysia. Majlis tersebut akan bermula jam 11 pagi. Lepas ni akan aku upload gambar-gambar sekitar Malaysian Festival di La Trobe University itu nanti.
Sekali lagi...

SELAMAT HARI MALAYSIA BUAT NEGARAKU TERCINTA...

AKU BANGGA MENJADI ANAK MALAYSIA!!!





No comments:

Post a Comment

KUIH KOLEH KACANG 5 Ramadhan

Assalamualaikum wbt 5 Ramadhan 1442/ 17 April 2021 Alhamdulillah.. Sedar tak sedar dah 5 ramadhan hari ni. Hari ni hari Sabtu, sis sekeluarg...